:: Kan Betul ! ::

Macam yang aku cakap semalam … memang ler budak serabai tu nak kena ngan aku. Balik jer petang semalam aku pecut terus gie nursery. Sampai jer sana aku tengok dari jauh Malliq tengah didokong oleh akak lain. Yang budak baju ijo nih ok sket … kemas and muka tu friendly la. Budak tu cakap kat aku Malliq the whole day melalak. Tido pun melalak … masa aku angkat dia pun alahai … longlai jer aku nengok. Dah tu asik muntah …

Kisahnyer budak baju ijo tu citer … asal menangis jer budak serabai tu sumbat susu … asal nangis jer sumbat susu. Ada ke patut … kembung la budak tu oii! Geram la pulak aku dengo. Kalo buleh aku belasah budak serabai tu cam gambo kat atas tu … dah lama aku lepuk

Masa taklimat taska aritu owner dia bagitau even baby pun ada buat aktiviti. Cam baca soft-book, main toys, main cap² tangan … cap kaki, buat fizikal nyer aktiviti … gerak² tangan ke apa la. Masa aku daftar hari senin tu … budak kat situ suma cam zombie jer … muka mandom tak lively langsung. Cam buhsan giler kekanak tu … sian aku tengok

Tu yang aku tambah berat hati nak anto Malliq. Dah ler baby room tu direct masuk matahari … habis aku tengok suma orang kena silau … cam bengong jer. Bebudak suma cam tak tentu arah jer aku tengok

Pagi tadi lain lak hal … aku cam dah standby jer takmo anto Malliq … tapi pikio aku nih banyak komitmen nak kena tanggung … nak tak nak keje la jugak. Sampai jer opis, aku tengok keta berderet kat depan taska. Rupanya takde orang datang bukak taska. Malliq lak cam protes … sampai jer depan tu dia terus muntah gila banyak. Aku dah pening … konon nak bawak la Malliq naik opis dulu … kejap² laie anto dia bawah … sekali tu beg baju dia tertinggal kat umah! Boleh tak??? Aduhai azab sengsara aku dibuatnya. Balik ler ke umah balik … sib baik ler umah dekat. Balik umah salin baju, amik barang … gie balik. Masa sampai balik opis tu … taska dah bukak, tapi yang datang dari cawangan taska tu … bukan bebudak semalam. Tak kesah ler … aku terus angkut Malliq masuk baby room

Hari ni dia cam ok sket kot. Mungkin semalam 1st day then dapat lak akak serabai tu jaga dia. Arinih budak dari cawangan tu nampak suka la ngan bebudak. Ceria la aku tengok dia melayan bebudak. Then aku pesan itu ini amik pot la jugak dia. Dengar tak dengar … buat tak buat tu wallahualam la kan, tapi at least tak la melawan cakap aku. Malliq pun masa aku tinggalkan dia tu, dia elok la main² ngan satu baby girl nih. Tapi baby girl nih kesian tol lah … anak sapa aku tak tau ler. Dah ler muka cop bantal laie … taik mata berselepet … bau hancing, aku raba pampers dia … mak datuk aiii dah naik lodoh! Melayut jer lembik pampers tu. Kot yer pun nak anto taska … memang ada orang mandikan, salinkan baju … ko tukau ler pampers tu dulu. Salin baju … lapkan muka. Tak mandi takpe la tapi jangan ler bangsat sangat buat camtu kat anak sendiri. Apa ler … ada gak mak pak camni. Aku ni malas la jugak … tapi takde la sampai tahap keji camtu … samdol

Dari yang aku dengar … bebudak semalam tak datang sebab tak dapat EPF ke apa la. Sebab diaorang lom konfem. Kira cam lari aaa takmo keje dah. Cinabeng tol … nyusahkan orang. Kan aku dah kata tak ikhlas keje. Betul kan???

Sampai jer umah semalam, Malliq terus melepek kat aku … lembik jer. Sian tol … bila memain ngan dia kejap, dia dah perasan dah sampai umah, baru dia senyum² … kalo tak muka takde seri langsung. Pehtu bagi dia makan pumpkin laie … wah wah pandai dah makan. Laju jer dia habiskan … lepas makan terus pengsan. Penat sangat la tu kot … alahai anak mak. Cian dia … sorry la mak kena keje. Kalo mak dah ada biz sendiri nanti, kita dok umah sesama ok?

Comments

  1. kesiannya malliq..mak ko tak jaga lagi dia ke or kau saja nak letak kat ofis, kasi dekat?

    ReplyDelete
  2. :: Miss Brat ::

    mak aku takmo jaga laie dah ... dia nak ngemas umah adek aku nak kawen ... laie pun dia dah jaga anak akak 2 orang tu ... bagi lah dia rehat sket

    ReplyDelete
  3. Oh ye ke? nak kawin dah adik ko ye isk..isk.. kejap tul masa berjalan..takpelah at least nursery tu dekat dgn tempat keje ko :)

    ReplyDelete
  4. geram nyer aku dengar nursery mcm tu!!! teringat alya kene duluuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::