:: Komunikasi Yang Betul ::


Baca dengan pikiran yang terbuka
Ini kisah mengenai sepasang pengantin yang baru berkahwin empat bulan.

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "Ayang, period I dah lewat sebulan, tapi I tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena pegi check kat doktor."

Si suami terasa amat gembira lalu. Dia akan meluang masa untuk pergi bersama berjumpa gynaecologist. Sementara itu, dia meminta isterinya tidak memberitahu sesiapa pun sehingga benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini dilawati oleh seorang pegawai dari TNB yang datang menuntut bayaran tunggakan letrik. Pegawai TNB tu ketuk rumah bertanya, "Ini rumah Encik Ahmad ker?"

"Ya, saya ni isterinya. Ada apa Encik?"

Pegawai TNB memberitahu, "Puan, saya nak beritahu puan sudah sebulan lewat. Saya kena jalankan tugas. Puan tak boleh tunggu, nanti boss saya marah."

Si isteri hairan pegawai itu boleh tahu dia lewat sebulan. Dengan nada terkejut, si isteri itu membalas balik, "Apa? Macam mana pulak Encik tahu yang saya ni sebulan lewat?!"

Pegawai TNB menjawab dengan selamba, "Ala Puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Ini yang membuat siisteri lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahu!"

Dengan tenteram pegawai TNB tu menerangkan, "Relek Puan. Puan baru lewat sebulan. Ada yang lagi teruk sampai 5-6 bulan"

Siisteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai itu memberitahu dia akan bincang dengan suami saya. Pegawai TNB itu pun beredar.

Keesokan harinya, selepas Ahmad dia beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ, dia menjerit, "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan ke?! Bisness apa korang buat niii? Nak kena saman ke?"

Pegawai yang datang ke rumah Ahmad keluar dan mententeramkan keadaan.

"Sabar Encik. Sabar Encik. Apa susah, kalau Cik nak settle perkara ni, bayar je ...," kata pegawai TNB.

Ini membuat si Ahmad naik lagi berang. "Apa? Nak bayar korang? Belahlah ..."

Pegawai tersebut pun memberi peringatan, "Kalau macam tu, kami terpaksa 'potong' Encik punya ..."

"Apa? Potong?! Abih isteri saya di rumah nak pakai apa?"

"Nampak gayanya isteri Encik kena pakai lilin aja laa ..."

Ini jadinya bila lemah dalam komunikasi

Kalau berurusan dengan orang ramai atau rakyat, kena cakap dengan jelas. Dengar dengan baik supaya faham apa yang dimaksudkan. Kalau tidak, masing-masing cakap dan faham lain-lain

Yang jadi bos pula, berkomunikasi bermakna mendengar keluh resah pekerja-pekerja. Jangan asyik sedap bersyarah. Ambil lah kisah kebajikan pekerja

Nota Kaki
Kengkadang tak semua yang kita cakap tu orang leh paham. Pada aku kalo nak bagi senang orang paham apa yang kita nak sampaikan ... tak kira la dalam pelajaran ke, kerja ke ... visual tu sangat penting. Ada orang kita cakap berjela² buang air liur bertong² pun tak masuk akal. Tunjuk je gambo ke, jadual ke ... direct on the spot leh paham ... so dalam kes TNB tu patutnya dia tunjuk la kat isteri Incek Ahmad tu meter letrik kat umah tu ... takdo la Incek Ahmad cuak kena POTONG dan isterinya terpaksa guna LILIN. Hahaha

Credits:
Cerita lawak ini dicilok dari sini : Husin Lempoyang  

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::