31 March 2009

:: Do They Really Care? ::

Pagi tadi masa aku anto Malliq kat nursery, Malliq happy jer. Siap main gelak² laie tengok muka aku. Chewah² … dah beso kot anak mak nih. Dah pandai bawak diri la agaknya tu. So aku letak kan tilam / bantal / selimut dia kat bilik baby … siap aku letak nama kat semua menda. Oho … aku memang tak suka kongsi barang ooo … nak minjam barang orang pun aku ada agak payah sket … pokoknya kongsi² nih susah la. Tapi ada menda yang aku galakkan untuk kongsi cam makanan, buku tapi cam tilam ke, baju ke … no no no

So bila nak bai-bai si Malliq nih … aku pesan la kat budak yang jaga baby nih [Dah ler rupa dia serabai kusut masai … nasib baik ler takde bau²an yang tak sedap] si Malliq nih menyusu every 3 hours. Dia ngan selamba leh cakap … kat sini kitaorang takde pakai jam kak. Kalo budak nangis kita terus buatkan susu je. Ada ke patut? Ke aku yang over concern tak tentu arah?

Aku baru nak pesan kat dia … Malliq nih bukan lapo jer dia melalak. Takde orang pun dia melalak gak. Dia nie perangai suka orang dok berborak ngan dia … cakap ler tah pepe. Nanti dia diam la. Kadang dia haus … tapi bukan nak susu. So belum sampai 3 jam tu … aku selalu bagi dia minum air madu. Kadang tu sebab vontot dia basah. Dia nih penggeli. Basah sket pon dah meraung cam kena cubit

Semalam masa nak tido ngan Malliq, aku pesan kat dia, lepas susu je terus tido … jangan nangis² cam kat umah mak tok ke umah kita ke … esok kakak tu tepuk je terus tido tau. Dia lak elok jer habis pesanan aku tu dia menyahut. Cam paham je. Aku rasa dia paham lah kot … tapi mata dah tutup

Aku pesan laie … bila balik umah, nak tido nanti mak peluk Malliq cam selalu, tapi kat nursery Malliq terus tido tau. Dia nie lak kalo nak tido mesti kena dos ketiak hangit mak dia nih baru leh lelap [eh tak hangit la … i pakai deodorant tau] Ayah dia kalo nak tido kan … perang dunia la jawabnya. Seksa … nak tido kena ala manja² kan dia camtu. Takpelah … anak baru seketul tu lah … layan kan aje le

So, berbalik pada budak si penjaga baby nih … entah ler. Memang semua nursery camtu ke atau aku yang memang oberekting? Ahaha … maklum ler ni kan anak pertama. Dah ler tu, susah nak dapat lak tu. Aku nih yang iyer nyer memang berat hati nak anto nursery. Tapi apakan daya … takkan ler aku nak bebankan mak aku lak sampai bebila. Dah ler adek aku nak kawen laie bulan 6 nih … umah pun tunggang langgang tak siap apa laie. Oho … tinggal laie berapa hari jer ek. Argh!!! Panic Alert!

Takpelah … hari ni baru 1st day. Kita tengok kan aje lah. Kot² ada yang tak berkenan di hati nanti aku sound ler sama itu nursery nyer owner. Ini yang makin kuat aku nyer pikiran nak benti keje je nih. Orang jaga ngan kita sendiri jaga memang la tak sama. Harapkan yang terbaik aje lah. Susah nak percaya orang zaman skarang nih. Kerja asal boleh jer … tak sepenuh hati. Ada laie ke yang ikhlas menjaga anak orang lain nih?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...