21 March 2009

:: Been A While ::

Allo korang ... minggu nih aku takde masa ler nak update sangat. Update yang ada tu pun pakai henpon jer. Nak ngadap blog pun aku tak sempat sebab si Mok² tu kecah benar this week. Haiyo ... memacam ler dia nak. Yang dia nak tu pulak takde kena mengena ngan keje kitaorang lak tu ... yennadey tol ler

Patut nyer arinih aku pie opis (Sabtu yer kengkawan) sebab si Mok² tu sebok renovate opis. Korang nak tau tak? Rancangan dia nak merenobet opis nih langsung takde dibincang ngan kitaorang pun. Tetatu jer bebudak dari ASET datang ukur pejabat, nak renovate la katanya. Wah, kitaorang berasap la satu badan sebab tetiba jer nak humban aku nih ke belakang, Mok² lak nak tempat opismet aku yang pada dia cam besar [ekceli tempat Mok² laie besar dari tempat opismet aku] pehtu dia nak tempat dia dikepung

Apa la nasib dapat bos camnie. Masa budak ASET datang ukur opis tu, Mok² takde. Lepas jer Mok² masuk opis, budak nih datang la balik nak kompem. Aku ada dalam opis, dia leh bincang berdua jer ngan budak ASET tu ... langsung tak hirau aku yang tengah terconggok kat dalam tu. Haram jadah tol ... pehtu, dia tengok aku tengah terpinga² cam heran apa jer dia nak buat kat opis tu, dia leh cakap kat budak ASET tu ... "Meh bincang kat luar kejap!" Ewah, ewah ... pandai nau la tu kan. Dia ingat dia sorang je ke keje dalam opis tu

Geram tol aku la ... skarang pegi keje rasa cam nak pegi bunuh diri jer. Langsung tak happy, langsung takde semangat ... pendek kata, kalo ler membongkang kat umah tu leh dapat duit ... aku rela membongkang sampai melecet badan pun takpe lah. Dari hadap muka sengal camtu

Muka dah ler tak lawa ... perangai tu kasi ler elok sket. Dah ler takde bahasa, PR langsung takde ... hormat orang takde ... camner la laki ko leh kawen ngan ko ek Mok²? Aku rasa laki ko tu buta la ... eh tak jugak, Mok² kalo cakap ngan jantan ... pergh! Ko dengar dia punya gelak tu ... benci sial! Gediksssss yang amat sampai ko rasa cam nak lempang jer muka dulang dia tu. Memang super GEDIK!!! Argh! Tak tau camner punya menyampah dengar dia menggedik kat dalam tepon! Sangat bencik!!!

Kalo tak pikir masa depan ... dah lama aku lempang lelaju muka dia tu. Bukan opismet aku jer yang nyampah ngan dia ... buleh kata the whole building dah start annoyed ngan perangai dia yang tak reti respect orang nyer pejabat

Next week nih ... dia kena pegi kursus [ASIK PEGI KURSUS JER KEJE KAT OPIS LAMBAK KAT KITAORANG NI HA! DEM IT LAH!] tapi dia soh aku buat surat takleh pegi sebab dia nak pegi Persidangan UMNO! Dia secara terang² cakap kat aku camnie ~ "Awak buat surat cakap saya tak dapat hadir kursus sebab saya menjalankan tugas² khas Ketua Menteri ... jangan tulis saya pegi Persidangan UMNO, itu semua salah tu ... tak boleh!"

Wei pompuan ... tau pulak ko salah ... tak boleh ... abih ko suruh aku menipu la bagi pihak ko? Camtu? Ooo yang ko kata kakitangan kerajaan pemalas, amik duit haram, buat keje tah pepe tu buleh plak... yang ko tu plak konon nyer angel dari langit? Malaikat? Nabi? Ko nih skarang bukan kakitangan kerajaan ke?

Kawan aku selamba jer sound dia ~ amik je la cuti. Pengarah nyer cuti kan berlambak. Dia tetiba hangin sound keras kat member aku nih ~ Eh, tak boleh. Cuti saya bukan nyer banyak. Nanti anak saya nak exam laie ... takde takde. Apa kena mengena anak ko nak exam ngan ko nak cuti? Ko nak dok sebelah anak ko ke bila dia jawab exam? Ooo tu pasal ler agaknya anak ko leh keje jadi PTD skarang ... ko yang tolong jawab exam dia rupanya

Sebenarnya aku tau pesal dia takmo cuti ... blan 6 coti sekolah nih dia ada planning ngan kengkawan dia nak pegi Sawahlunto. Siap buat paperwork ... apa laie, kalo dah buat paperwork tu dah tentu ler pegi atas tiket UMNO! Ah ... sebab ni ke ko masuk politik? Masuk UMNO nak pegi berjalan? Kat umah mak aku, tetiap taun dapat la orang kampung merasa pegi rombongan UMNO. Family aku tak penah ler diajak sebab bapak aku takde sapa nak bagi masuk UMNO. Semua takut bapak aku rampas kuasa ... hahaha sebab bapak aku berkaliber sangat kot. But kitaorang satu family dont give a damn pun kalo takde masuk UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke BEBAS ke

Tak kira parti apa ko pilih ... asalkan parti tu leh membantu, memaju dan membimbing rakyat ke arah yang lebih baik ... pegi mati la. Tepung ... asalkan nama tepung, tak kira la cap apa kat bungkusan plastik tu ... kalo dibancuh ngan betul, digaul ngan rata, digoreng ngan elok ... jadi la cekodok yang sedap ... semua orang leh makan. Betul tak? Tapi kalo dah kata INI TEPUNG PAU. Maka jadi pau je ... sapa tak makan pau, tak suka pau ... buleh blah! boleh? Tapi kena ingat ... asas nyer ialah tepung ~ GANDUM! Pau ke, cekodok ke, kek ke ... asalnya masih GANDUM! So ... ko parti cap ayam pun ... kalo asas ko betul, niat ko betul ... rakyat pedulik apa  ... dah tak pikir dah ko cap ayam ke, cicak ke. Asalkan ko buat keje ngan betul, baik, ikhlas ... jalankan jer tugas!

Skarang kalo tengok orang²politik nih suma ... BESAR KEPALA. Padahal, kita yang undi diaorang nih suruh buat keje untuk kita. Tapi skarang, kita lak jadi kuli orang² politik. Kalo aku ler ... adoi, tak tido malam aku. Mana nak tolong orang mesken, mana nak besarkan  jalan untuk orang ramai, mana nak buat sekolah, mana nak tambah facilities untuk OKU, mana nak policy untuk jaga alam sekitar. Skarang takde ... depa buat cam negara nih mak nenek dia punya jer ... dah tak hirau dah kita² ... rakyat biasa nih yang dok undi depa nih. Kalo takde orang undi ko ... jangan ler berangan ko leh jadi EXCO ke, Ketua Menteri ke, Perdana Menteri ke ... bila dah dapat jawatan ... mula la lupa daratan [oh! rhyming la plak]

Susah sebenarnya ... tapi kan kenapa masa kita sekolah, naif, innocent ... menda² camnie tak timbul? Kalo dalam satu darjah tu ada Ketua Darjah, ada Pengawas, ada memacam laie la jawatan yang mewakili pelajar dalam darjah nih ... ketua² nih takde pun yang eksyen. Takde pun yang amik rasuah gegula ke apa ... semuanya SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Cikgu kata A, itu ler sampai mati ... takde B takde C. Cikgu kata jaga kelas ... jaga la ngan taat setia, takde cengkelat. Kalo bebudak kelas nak pepe ... Ketua Darjah la jadi wakil. Menjalankan kerja ngan taat setia ... mana hilang semua nilai baik masa kita sekolah ?

Patutnya bila dah makin dewasa, bila kita dah mula berfikir yang luas, global, glokal [what the heck la ... dah global then nak ke local? come on la!] bila kita semakin matang dalam kehidupan dan pemikiran ... kita patut buleh menilai baik buruk dalam tindak-tanduk kita. Ini tak ... yang jahanam, jahat, keji, puaka ... semua orang tua. Leh kata otai² dalam hidup. Orang kata dah BANYAK MAKAN GARAM! Cilakak la ... ini dah terlebih makan garam! Semua dah sakit otak!

Aku ingatkan orang yang dah tua, dah dewasa, dah matang ... takkan buat benda² karut camnie. Sebab aku rasa, yang layak buat menda² nih suma hanya orang yang takde pemikiran yang rasional, takde hati dan perasaan. But then, bila tengok balik ... semua yang buat keje gila nih ... orang² yang kita semua pilih! Orang yang kita beri kepercayaan untuk menguruskan sebuah negara, sebuah organisasi. Nampak skrang cam tadika pun ada. Semua perangai cam bebudak hingusan. Aku rasa budak tadika pun lebih baik

Memang ler aku tau bukan mudah nak urus sebuah negara ... tapi kalo kita jalankan keje ngan ikhlas ... takde melencong sana sini ... takde pikir nak penuhkan kocek sendiri ... susah hati tengok nasib rakyat yang tak terbela ... pada pandangan aku takde masalah. If u really put yourself into it ... there's should be no problem. Cam ko pulun sehabis buleh nak jawab exam atau menjayakan program derma darah ... kalo betul² habis all out semua ko curahkan penat lelah kat situ ... mustahil ler tak berjaya. Kalo ko TUTUP SEBELAH MATA je ... sapa nak bagi ko berjaya?

Aduhai ... ini ler padahnya kalo aku dah bercakap panjang. Lama ek aku tak bercerita camnie. Asik cite pasal si Mok² yang sengal tu je ... otak pun takde input yang bernas. Ngok betul la ... Mok² sudah mess up ngan otak kreatif aku. Mok² memang jahat. Hahaha

Mok² Mok² ... nasib baik la ko tu mak orang ... kalo tak dah lama dah aku terajang ko kuar dari opis aku. Pening pala la nak melayan ko nih ... sabar pun ada had yer Nazrulhad?

2 comments:

  1. Mak aii marah betul...sabar2..

    ReplyDelete
  2. :: Miss Brat ::

    hahaha lepas geram kat dalam blog jer ... kalo tak lepas geram kat sini, memang dah arwah ler Mok² tu ... seb baik ada blog

    i luv my blog!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...