:: Akhirnya Bom Atom Itu Meletup Juga Di Melaka ::

Cukup kalo aku kata ~ Hari ini adalah hari paling celaka dalam hidup aku! Selama aku menjadi pekerja ... dalam apa jua bidang pekerjaan yang aku buat, tak penah BOS aku pandang rendah kat aku ... or pekerjanya yang lain. Selama ini, bos aku even yang ntah pepe pun, masih buleh berfungsi sebagai bos. Seorang bos yang baik boleh menjalankan fungsi² berikut dengan baik, iaitu :
  1. Boleh memberikan motivasi kepada anak buah
  2. Boleh membuat keputusan yang bernas
  3. Mempunyai tanggungjawab terhadap organisasi
  4. Mampu berkomunikasi di dalam dan di luar organisasi
  5. Mempunyai halatuju yang jelas dalam menentukan pencapaian organisasi
  6. Mampu memberikan tugasan mengikut bidang tugas kepada anak buah
  7. Bertanggungjawab menjaga kepentingan anak buah dan organisasi
Ceh! Dah macam lecture management lak ...

Bos dalam opis adalah orang yang bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah dalam organisasi yang dipimpinnya. Ini sebab, bos macam nakhoda kapal. Kalo kapten kapalnya pun blur katak ... anak buah jadi la katak kena gelek stemrol. Kapal pun karam la sebab takde arahan dari kapten kapal

Memang la sebagai manusia yang berakal dan berpelajaran, semua pekerja buleh membuat kerja secara otomatik tanpa disuruh, mengikut keperluan. Tapi kalo dah tak payah ikut arahan, takyah menurut perintah dan sebagainya ... buat apa nak pakai bos kan? Baik buat keje ikut suka hati nenek jer. Rasa nak buat ... buat. Takmo buat ... main ler solitaire

Itu la fungsinya bos. Nakhoda kapal pun kena pandai membaca riak air. Kalo rasa cam nak ribut, dia kata hari ni jangan pegi belayar. Kalo rasa cuaca elok, haa ... pie la berlayar laju². Sama la jugak macam bos ... kalo rasa prestasi pekerjanya mundur, bagi la motibasi sket ... bukan membebel@marah@maki hamun kata muka pekerja ko cam TONG TAIK. Kalo rasa pekerjanya membuat kerja agak slow ... sila la slow talk ngan pekerja tu dan tanya kalo pekerja tu ada masalah ke apa ... bukan memekak@menjerit@meninggi suara semata² nak tunjuk ko tu HERO!

Even bukan kena kat aku secara direct ... aku sebagai pekerja di organisasi yang hanya mempunyai kakidantangan seramai 4 ketul termasuk bos, sudah tentu aku sangat terasa hati. Aku ngan opismets lain adalah pioneer unit aku nih. Unit haram yang takde warrant dari JPA tapi atas ARAHAN DARI LANGIT terpaksa jugak diwujudkan hanya kerana POLITIK. Tapi aku tak kisah, asalkan aku bekerja dan boleh menampung sara hidup aku

5 taun yang lalu ... ngan takde knowledge pasal bekerja cara gomen, kitaorang merangkak pelan² belajar. Dari tak tau ... jadi tau. Dari tau sket ... jadi tau banyak. Hanya sorang jer dari 4 orang dari kami yang purely penah keje gomen. Tapi dia pun tak tau apa gak sebab hal² pentadbiran, kewangan pun dia tak penah buat. So, aku yang mangkuk nih gak la yang pie amik inisiatif sendiri pie belajar. Tanya orang, tengok internet, belajar pekeliling sampai naik juling

Oh ye ... bos aku 5 taun yang dulu bukan bos sekarang. Bos pertama aku kat unit ni ialah lelaki gerago yang sangat pemurah ... suka hulur duit makan kat anak buah. Sebab tu masa aku memula masuk keje kat situ ... kurus, pehtu makin gemuk! Hehehe ...

Atas sebab mahu mengembangkan potensi diri ... bos aku si lelaki gerago permurah itu pun resign. Sangat sedih sebab 3 taun keje sesama. Dari nothing to something ... tapi tak seperfect bos kedua aku

Bos kedua hanya masuk selepas Mac 08. Dia adalah seorang pompuan yang memang bekerja di opis lain kat floor yang sama. So, takde masalah jugak keje ngan bos kedua. Sangat efisien dan organised. Memula tak terkejar gak ngan rentak dia yang keje cam speedboat. Tapi lelama kitaorang dapat catch-up sebab kitaorang tau dengan jelas apa matlamat bos ni. So dari situ kitaorang banyak belajar keje yang efisien dan smart. Work smart not hard  ya people. Jangan nyusahkan diri sendiri

Atas sebab alasan POLITIK yang cam haram ... masa aku dalam pantang, bos aku yang kedua nih kena transfer ke tempat lain. Bos ketiga nih la yang paling banyak bawak masalah. Salah satu nya ... dia cepat sangat melenting, perempuan kekwat

Dan hari ini ialah hari lentingngannya yang tertinggi ... setinggi puncak Taipei 101. Mungkin lepas nih leh kira Burj Al-Dubai. Hanya kerana opismet aku bertanya kenapa dia selalu mengelak tak pegi meeting KETUA JABATAN. Ada ke dia soh aku pegi ... aku bukan ketua jabatan pun. Dah ler meeting nih dichair oleh SUK ... nak mati ke?

Maka selepas itu bermula lah sesi halilintar ... dan aku ngan opismets aku yang lain hanya mampu terdiam bila dia mengeluarkan kata² berikut :
 
[Sila bayangkan seorang perempuan gemuk yang berbau dan bermuka cam bulldog yang mengeluarkan kata² dibawah ini]
  1. Saya dah lama dendam ngan awak [ini aku ngan opismet muda aku tu jer yang kena]
  2. Muka dah la macam tong taik [nanti aku operate muka cam JOKER]
  3. Sukahati saya la saya nak pegi mana ... itu hak saya sebagai bos
  4. Buat apa nak jaga hal saya ... pantat saya ke apa ke ... apa nak campur
  5. Orang melayu memang pemalas ... nak² kakitangan kerajaan ... dapat duit, lepas tu bagi anak bini makan ... anak jadi macam setan, hisap dadah, merempit ... lepas tu salahkan orang lain ... padahal kerja pemalas ... duit tu pun jadi duit haram
  6. [maki hamun, maki hamun, sumpah seranah, yadda yadda yadda]
Selepas selesai sesi laknat melaknat tu ... aku jadi sebak dan rasa terhina. Tak penah aku jumpa bos yang sungguh tak professional. Terus terang aku cakap ... dia tak layak dok kat kosi pengarah. Dia hanya layak sebagai pekerja yang diberikan arahan ... erti kata lain ... kuli batak/balaci. Emak sapa kah dia? Aku hanya harap anak² dia tak sekeji dia bila bekerja

Aku nak mintak keje kat Sabah. Ya ... Sabah. Aku sangat tertekan skarang ngan bos yang keji camnie. Harap² dapat la keje kat sana ... dok kat sini nak keje pun sakit hati ... ikhlas ke buat keje nanti? Bos aku tu ... kalo nak citer keburukan orang kan tak baik ... cuma sikit tu je la aku leh reveal ... kang lelebih aku citer, masuk jail lak

Korang kalo dapat bos camnie ... korang ada rasa cam nak lempang lelaju tak mulut yang jahat itu?

Comments

  1. sian u dpt boss mcm tu.Kalau I pun hari2 kena mcm tu,mmng tak kan pegi kerja lah and mau agaknay resign terus dr sakit hati and jiwa raga. Banyak2 lah bersabar ye,satu hari nanti, dia akan dpt jugak balasan nya

    ReplyDelete
  2. :: lemongrass ::

    kak ... sabar pun ada limit. selagi buleh sabar, kita sabar lah ... kalo dah habis sabar, kalo ilang nyawa ke ... nasib lah

    ReplyDelete
  3. giler ar pmpuan tu. aku pn x pernh jumpe manusia mulut puaka camtu. buat malu kaum wanita jek. buat malu keluarga je. tu yg org ckp, nama je belajar tinggi tp bangang. aku rasa dia tak cukup nafkah batin la psl tu meroyan kt korang... eh.. dia dah kawen lom???

    ReplyDelete
  4. :: kakngah ::

    tak tau ler dia tak cukup nafkah batin ke apa tapi memang dah kawen anak ada 5 orang. dah tua pun ... umoq dah 53 ... memang buat malu org pompuan, dah ler jawatan tingggi tapi budi bahasa tak tinggi

    ReplyDelete
  5. uiittt...teruknya bahasa dier......bos bos mostly gini agaknya ekk....agak agak rasa bosssss...dier leh maki orang sesuka hati....takleh buat aduan ke...selain dari pada kata kata hinaan tu dier memang sangat tak pandai buat keje kan..

    ReplyDelete
  6. Come on mun, jangan rasa terhina, ko lagi hebat dari dia, siapa leh jentik ko pun dulu, tunjuk kat dia walaupun ko pekerja tapi kalau bos salah tetap salah, aku tau kau kuat, hang in there ok? u can do it!

    ReplyDelete
  7. ISH...ISH..ISH...
    golongan2 cam gini ler yg selalu membuat orang melabel boss perempuan tue 'bossy'. Padahalnyer x semua boss pompuan cam gitu. Xpe ler kak seno, doakan jek yang terbaik utk kiter 1 hari nanti. amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::