:: Weekend Yang Enak ::
Nampak gayanya dari hari Khamis sampai ke Ahad saya berbuka puasa di rumah emak. Konon la rindukan dapur rumah sendiri. Hahaha … takpelah, saya telah mengubati kerinduaan kepada dapur rumah dengan memasak di rumah emak. Penutup berbuka puasa di rumah emak untuk minggu ini … agaknya lah. Hahaha Ini puding kastad emak. Sambil tutup mata pun buleh buat. Sebabnya senang sangat … mak saya lah yang kata camtu. Hahaha … memang senang. Dan sangat sedap. Incek Jaque makan lebih kurang 6 mangkuk. Mak saya suka jer menantunya menghabiskan makanan. Senang nak kemas Pai Tee nih saya yang buat. Seksa betul … sebabnya satu adunan dapat dekat² 50 casings. Bayangkan saya buat 2 adunan … dah la acuannya ada satu saja. Jenuh juga nak menghabiskan. Sampai naik mengantuk. Nasib baik juga tak tertidur kat dapur. Kalau tak, mau muka saya masuk dalam kuali minyak panas Sedapnya … saya memang peminat Pai Tee ni. Kalau pergi TCRS order 4 ketul, 3 ketul saya makan. Incek jaque tak berapa suka … ...