:: Makan Arang ::
Penat tau cari arang nih. Dah lama aku cari … ada la kot dalam 3-4 bulan. Bukan arang BBQ tu pun … Mee Arang! Huhuhu … sapa yang kenal aku, very close to me@my family … derang dah sedia maklum ngan aku yang sangat adventurous dalam hal makan² nie
Asalkan halal dan buleh dimakan, semua aku try. Life is too short to pass away good food ! Culinary culture yang pelbagai, membuatkan aku sangat teruja nak explore. No wonder lah Malliq pun mengikut perangai aku
Kisahnya, aku baca blog Si Boo_Licous pasal mee arang nih. Tengok macam sedap jer. Tu yang dok berposak mencari seluruh Melaka. Pueh la merayap masuk kedai sana-sini … hampeh. Until recently, Aeon Bandaraya ada buat Health Week Expo dan kebetulan CFO pun ada. Dan Mee Arang ni pun ada. Terus aku kebas sepeket … test dulu rasa dia camner. Kang takleh telan, rugi la plak … dah ler sepeket RM8.90. Takpe takpe … Mak Malliq nih kan orang kaya. Amin !
Dah nama pun arang … harus la hitam kan?
Nak tiru resepi Boo_Licous … labu plak takde. Perut cam labu jer Malliq leh offer. Lain² yilek. Pikio punya pikio … hentam sajalah apa yang ada kat dapo tu. Dapo pun dah lama tak berasap. Lelast aku amik Sos Alfredo Prego dalam tin tu. Potong diced Honey Chicken Sausage Nutriplus tu sket (Ini sausage sangat sedap ooo !) … then Voila !
Tu tangan si Malliq la tu. Selalu Malliq tak suka mee, tapi mee arang nih laju jer dia makan. Happy aku tengok dia makan. Nampak sangat ler suka makan menda² pelik. Cuma satu jer kurang … sayur²an takde. Hahaha … lantak ah. Nanti cari ler Fibre Supplement
Overall taste : Adalah sukar dijangkakan sebab … takde pun rasa arang. Dan sangat suka sebab tasty ngan rasa lemak² masin. Furthermore, arang bagus untuk membantu sistem pencernaan. Kalo masak not advisable untuk tambah garam cuz mee tu dah sedia masin
Semalam, aku beli laie 2 paket. Nak try masak cara lain plak. Korang pun kalo ada terjumpa nih kat memana … aku rekomen korang untuk try. Asik makan nasik ngan sambal belacan jer … sebal ler lidah tu oii. Sekali sekala cuba rasa makanan ‘diluar kotak’ [Out Of The Box] sket … hehehe
Pandai makan saja,
wooo ...cam sedap..tapi aku tgh pk boleh x aku masukkan dalam mulut selepas masak...
ReplyDeletetapi bila ko ckp try makanan dikuar kota pikiran???...ermmm rasa amu try..huhu