:: Setaun Pat Bulan ::

IMG_0016

  • Saya dah setaun pat bulan
  • Saya masih menghisap puting jenama MAM yang ke berapa saya tak ingat
  • Saya suka towel kecik yang disambung ngan puting saya ngan tali
  • Skarang saya suka membebel … mak saya paham apa saya cakap (pandai kan mak saya?)
  • Saya suka makan nasik … saya tak suka makan selain nasi atau bubur nasi. Mak saya kata perut saya perut melayu … tapi dah besar nanti saya nak makan semua macam mak dan ayah saya yang suka makan
  • Saya suka ikan dan sayur²an terutamanya sayur bayam
  • Saya sangat suka makan buah terutamanya LEMON! Oh … limau kasturi pun saya suka
  • Berat saya skarang ialah 12kg … tinggi saya ialah 86cm
  • Saya sangat suka berjalan … saya tak pandai duduk diam sahaja
  • Saya sangat suka baca  buku yang mak dan ayah belikan
  • Saya suka tido menonggeng … rasa sangat selesa
  • Saya suka tolong mak ‘kemas’ rumah … kesian mak saya penat
  • Saya suka tengok tayar bas dan lori² besar
  • Saya dah pandai bukak sendiri pintu rumah
  • Saya pandai minta apa² yang saya nak … dan geleng kepala bila saya dah tak nak
  • Saya suka senyum dan sentiasa gembira
  • OK … saya dah penat suruh mak saya type … saya nak sambung baca buku cerita

 

Iyer lah Malliq …

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::