:: Gugurnya Air Mata Seorang Ibu ::
Innalillah ... itu saja perkataan yang mampu aku luahkan ketika itu
'Mun ... anak akak dah takde Mun'
Tiba² air mata seorang ibu berguguran ... ya, aku lah ibu yang menangis itu
Kak Zaidah ... seorang kawan, juga seorang ibu kepada 3 cahaymata ... kini 2. Anak sulung di Tingkatan 1, anak kedua di Darjah 6. Anak ketiga ... 6 bulan, lelaki tunggal, telah dijemput Illahi pada jam 12 lebih pagi tadi ketika Jumaat baru menjelma. Takdir tuhan ... tiada sapa yang dapat menghalang. Sekuat mana kasih dan sayang ibu ... Allah lebih menyayanginya. Bila sekujur tubuh kecil yang siap dikapankan keluar dibawa menemui ibunya ... air mata ku jatuh lagi. Hancur hati melihatnya ... apatah lagi perasaan ibu yang mengandungkan bayi comel itu
Dulu, pernah juga aku ziarah kawan aku yang anaknya meninggal di dalam perut. Lelaki juga ... sudah cukup matang untuk melihat dunia, tapi rezekinya sampai di situ sahaja. Nyawanya di ambil semasa dalam kandungan ibunya lagi. Tapi masa tu, aku cukup kuat untuk melihat bayi kecil itu dimandikan dan dikapankan. Ketika itu aku belum lagi menjadi ibu. Skarang ... aku tak sanggup. Tak sampai hati aku nak tengok bayi kecil terkulai tak bernyawa. Aku tau bagaimana perasaan seorang ibu
Pemergian Adam di hening Jumaat ada hikmahnya. Tetamu mulia di syurga adalah pasti. Hayatnya dipinjamkan seketika untuk memenuhi impian seorang wanita yang mendambakan kasih seorang anak lelaki setelah 12 tahun menanti. Setidak²nya kasihnya itu di bawa hingga ke akhir hayat ... Kak Zaidah, tenanglah. Adam sentiasa menunggu kehadiran ibunya di akhirat nanti
Hanya seorang Ibu sahaja yang tahu bagaimana kehilangan anak yang dikasihi melebihi nyawanya sendiri
Selamat Hari Ibu kepada semua ... Ibu² - anda adalah insan hebat yang pernah diciptakan
Al-Fatihah..
ReplyDeletesemoga rohnya dicucuri rahmat..