:: Warkah Untuk Anak ::
Kehadapan anakanda yang dikasihi Malliq Rayyan,
Sudah 3 hari anakanda tidak mahu makan nasi atau bubur yang selalu bonda dan ayahanda berikan pada anakanda. Badan anakanda pun bonda lihat sudah semakin kudut. Main pun sudah tidak seaktif dulu. Makin hari makin susut tubuh anakanda.
Bonda dan ayahanda teringat keletah anakanda yang pantang nampak nasi. Terutamanya nasi himpit dengan kuah sup. Sekarang nak makan pun kena paksa. Bonda tak suka nak memaksa ... apatah lagi paksa makan.
Rupanya tekak anakanda tekak AFC. Nasi bersama Shark's Fin Soup ... habis semangkuk anakanda makan. Tako Ball ... 2 biji anakanda bedal. Takpelah bonda tak dapat makan. Rasa sikit pun bonda puas hati tengok anakanda makan dengan penuh selera.
Lepas nih, bonda rasa bonda kena masak macam dalam rancangan AFC. Memang dari dalam perut anakanda suka rancangan AFC. Tak kisah lah anakanda nak makan apa pun. Bonda dan ayahanda akan usahakan asalkan anakanda nak makan dan membesar dengan sihat. Semoga anakanda menjadi anak yang solleh, bijak dan berjaya di dunia dan akhirat.
Semoga Allah memberikan keluarga kita rezeki yang melimpah-ruah dan diberkati selalu.
Amin.
Salam Sayang dari Bonda,

Comments
Post a Comment