Posts

Showing posts from March, 2009

:: Do They Really Care? ::

Pagi tadi masa aku anto Malliq kat nursery, Malliq happy jer. Siap main gelak² laie tengok muka aku. Chewah² … dah beso kot anak mak nih. Dah pandai bawak diri la agaknya tu. So aku letak kan tilam / bantal / selimut dia kat bilik baby … siap aku letak nama kat semua menda. Oho … aku memang tak suka kongsi barang ooo … nak minjam barang orang pun aku ada agak payah sket … pokoknya kongsi² nih susah la. Tapi ada menda yang aku galakkan untuk kongsi cam makanan, buku tapi cam tilam ke, baju ke … no no no So bila nak bai-bai si Malliq nih … aku pesan la kat budak yang jaga baby nih [ Dah ler rupa dia serabai kusut masai … nasib baik ler takde bau²an yang tak sedap ] si Malliq nih menyusu every 3 hours. Dia ngan selamba leh cakap … kat sini kitaorang takde pakai jam kak. Kalo budak nangis kita terus buatkan susu je. Ada ke patut? Ke aku yang over concern tak tentu arah? Aku baru nak pesan kat dia … Malliq nih bukan lapo jer dia melalak. Takde orang pun dia melalak gak. Dia nie perangai

:: Wishlist ::

Image
Tak banyak pun aku mintak. Nak yang ini jer … Click N Mix Handblender By Moulinex Tukar blade ngan senang Klik² je Red – Mincing Green – Mixing Yellow – Blending Blue – Ice Crushing Storage box yang cumel Anti scratch laie Hai … sapa la yang bermurah hati nak belikan nie? Senang aku nak buatkan Malliq nyer makanan nanti Kat Jusco ngan Parkson ada $199 ke $299 Tapi kalo dapat orang bagi free Laie best kan? Hehe Nama pun wishlist I can only wish for that

:: Masa Bumi Telah Tamat ::

Image
Lama nya blog aku ber'Earth Hour' [EH la lepas nih, aku malas nak type pepanjang] ... hahaha ini semua gara² garu² yang takde alasan dah tak update blog. Kesahnya masa EH tu kitaorang gie Tesco nak makan sambil nak beli barang untuk adek aku kat PLKN tu. Aku puji la usaha Tesco yang memadam lampu lebey kurang 70% from the whole store selama 10 menet. Takkan nak padam semua ... ada yang kena rompak lak kang Secret Recipe pun turut sokong usaha memadam lampu dengan men'dim' kan sket kedai. Pehal lak kalo tutup terus ... tercokik orang nak makan. All in all, Malaysians nih masih bersatu hati dalam menjayakan misi nasional APA HAL MISI NASIONAL LAK NIH? Hari Ahad, pegi jengah adek aku kat PLKN yang gabak jauh tu ... mengidam nak makan ayam goreng yang mak buat. Cheh ... padahal melantak 6 kali sehari ko. Complete course tu ... tapi masih tak leh lawan masakan mak. Pehtu gie orang kawen yadayada ... melepak kat umah mak aku ... takde aktiviti maksiat menarik nak dibuat

:: Humans! Do Your Part! ::

Image
~ THIS IS A STICKY MODE ENTRY ~ Earth Hour ... Vote Earth ... Your Light Switch Is Your Vote This year, Earth Hour has been transformed into the world’s first global election, between Earth and global warming. For the first time in history, people of all ages, nationalities, race and background have the opportunity to use their light switch as their vote – Switching off your lights is a vote for Earth, or leaving them on is a vote for global warming. WWF are urging the world to VOTE EARTH and reach the target of 1 billion votes, which will be presented to world leaders at the Global Climate Change Conference in Copenhagen 2009. This meeting will determine official government policies to take action against global warming, which will replace the Kyoto Protocol. It is the chance for the people of the world to make their voice heard. Earth Hour began in Sydney in 2007, when 2.2 million homes and businesses switched off their lights for one hour. In 2008 the message had grown

:: Jangan Lupa ::

Jangan Lupa Ye Padamkan Lampu Kitaorang pun jap laie nak padam lampu Nak kuar makan Jumpa nanti!

* Muakhaha *

Image
Nie la akibat hisap susu ngan gelojoh. Habis baju mak kena muak

* Dah Takde Keje *

Image
Nampak?

:: Pics @ WLW ::

Image
Ish … buleh ke aku post nih? Percubaan mengepost menggunakan WLW dengan font ‘Anivers’ … yups font ini telah diamik dari internet. Salah satu hobi aku yang karut … mendownload fonts. Karut sebab kalo install font yang terlalu banyak … PC ko jadi lembab. Sebab nak loading fonts tu amik masa. Tapi pedulik hapa … aku suka :: UPDATES ::   Setelah menjengah blog sendiri menggunakan PC orang lain … didapati font² yang ganjil tidak akan keluar kat tempat yang takde font² ganjil tu. Oleh itu … abaikan je la nak taruk font yang glemer. Tapi korang la rugi takleh tengok font yang canteks itu. Maka nya … aku akan bertukar semula kepada default font yang aku guna dalam blog ni iaitu Trebuchet Okey lah berbalik pada features WLW nih … salah satu yang senang guna WLW ialah nak insert gambo. Dengan menggunakan function yang ada dalam ni … kerja nak protect gambo yang kita post kat blog akan dapat kita buat ngan mudah. Keje² meletak watermark pada setiap gambo yang kita upload tu jadi senang sebab a

:: WLW ~ Wallawey ::

Oho … WLW bukan lah Wallawey (Entah dalam bahasa normal nak cakap apa ek?) WLW ialah Windows Live Writer … keluaran terkini dari Mircrosoft yang skarang ada bermacam gadgets yang uber-cool dan terkini Ini adalah versi testing … Lepas aku test menda nih ok ke tak? Aku akan rekomen kat korang bersama ngan Tuto-riyal pasal Windows Live Writer Disebabkan aku hanya pakai windows kat opis … makanya testing hanya akan dibuat lepas time opis … atau ketika sesi lepak melepas geram bersama Mok² … hahaha mogok malas buat kerja kah? Aku kat umah pakai OSX … tak tau ler buleh pakai ke tak Setakat ini macam ok … menda baru … masih tak biasa Ok lah … bagi aku test dulu yaa … nanti aku kabo kan perkembangan nyer

:: Grrr Grrr Si Comey Berkata ::

Image
Ish budak monteyll nih Pesal la awok nih comey benau?  Pak sedara kat belakang tu Dia dah serabut cam Mowgli Jungle Book ~ Edisi memuji anak sendiri ~

* Anak Sapo La Nie *

Image
Tomey tak saya?

* Yeay *

Image
Taklimat dah abis. Kitaorg dpt nasi lemak ayam rendang. Delish!

* Apa Daa *

Image
Kat dpn aku ada 3 lelaki. Sdg hebat berbincang. Tapi bau mulutnya ... Ya Rabbi! Busuk gila ok! Nak muntah wei!

* Agenda Hari Ini *

Image
Aku sedang menunggu taklimat ni mula. Nilai murni pun nak diodit

:: Un'Sangka'rable::

Image
Today is Our 3rd Anniversary Tak sangka dah 3 taun kitaorang kawen Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayat Doakan kami agar tabah menghadapi gelora rumahtangga Ouh ... setakat nih gelora takde Ribut taufan yang selalu singgah! Hehehe Keceriaan perkahwinan kami diserikan ngan Lil' Angel Si Malliq Rayyan yang semakin montok Makin berisi budak kecik tu 5 April dan 4 bulan Kejap je ... Cam biasa takde apa spesel arinih Oh ye ... keje opis suma dah beres Aku lega! Lalalala :: Saya sangat happy today :: Lalalala

* Makan Lagi *

Image
Arini b'day Mak aku yg ke 57. Semoga panjang umur, murah rezeki

:: Tak Bagitau Pun Takpe ::

Jika begini tajuknya :: Ahh Pening Lalat La Arinih :: Ini dipost menggunakan komputer Jika begini tajuknya * Ahh Pening Kutu La Arinih * Ini dipost secara live dari tempat kejadian menggunakan tepon Ok lah itu ajer ... saja je nak bagitau

:: Been A While ::

Allo korang ... minggu nih aku takde masa ler nak update sangat. Update yang ada tu pun pakai henpon jer. Nak ngadap blog pun aku tak sempat sebab si Mok² tu kecah benar this week. Haiyo ... memacam ler dia nak. Yang dia nak tu pulak takde kena mengena ngan keje kitaorang lak tu ... yennadey tol ler Patut nyer arinih aku pie opis (Sabtu yer kengkawan) sebab si Mok² tu sebok renovate opis. Korang nak tau tak? Rancangan dia nak merenobet opis nih langsung takde dibincang ngan kitaorang pun. Tetatu jer bebudak dari ASET datang ukur pejabat, nak renovate la katanya. Wah, kitaorang berasap la satu badan sebab tetiba jer nak humban aku nih ke belakang, Mok² lak nak tempat opismet aku yang pada dia cam besar [ekceli tempat Mok² laie besar dari tempat opismet aku] pehtu dia nak tempat dia dikepung Apa la nasib dapat bos camnie. Masa budak ASET datang ukur opis tu, Mok² takde. Lepas jer Mok² masuk opis, budak nih datang la balik nak kompem. Aku ada dalam opis, dia leh bincang berdua jer ngan

* Kecoh *

Image
Ini heli yg dok berlegar di ruang udara opis aku. Oh ye, opis aku seberang jalan je ngan umah Pak Ali Rustam. Org tgh berpiket soh dia letak jawatan.

* Warak Ke? *

Image
Ini la anak solehah. Nak pie jalan kecik2 dah pakai tudung. Tapi mak, Malliq kan boy! Oh ye ke?

* Soru Time *

Image
Tak tau mana nak tuju kat Muar, kitaorg hala ke Pt. Jawa konon nak mkn asam pedas. Kedai pun bnyk dah tutup. Redah je lah. Kata pun jalan2 cari pasal

* Penat Dah *

Image
Bila nak sampai ni Mak? Dah letih dok dlm keta. Kita minom dolu!

:: Apa Pandang? ::

Image
Malliq tengah lawan mata takmo tido. Kami on d way ke Muar. Jalan2 cari pasal. Hahaha Dipost live dr dlm viva dgn Nokia N70

:: Makan Yok! ::

Image
Hehe petang dah nie ... bawak le berehat dipost dgn Nokia N70

:: Amigurumi Gum Gum ::

Image
Masa aku tengah cari free pattern untuk crochet ni [ye lah, ilmu tu lebih baik dikongsi, cari la yang free!] aku terjumpa ngan satu website nih. Oii aii ... nasib baik ler aku jumpa website nih, sangat banyak free pattern yang ultra-cool! [ayat konon hebat] Website yang hebat tu ialah lionbrand.com ! Yups, lion brand ... bukan ayam brand or brand's essence of chicken yer. Hehehe ... kat sini website yang user-friendly, senang navigate, very resourceful dan sangat pemurah dengan offer free projects yang berlambak² dan ada jugak kena bayar la ... but then untuk crochet jer ada lebih kurang 900++ pattern yang free. Dah tak payah susah² nak beli buku laie. Hail to the power of sharing knowledge on the internet! Kat website nih ada jugak ajar cara² nak crochet dan knitting. Knitting masih belum masuk ke dalam jiwa aku. Mungkin kejap laie nak keluar mencari benang untuk membuat ini ... Oh yeah! An AMIGURUMI sotong! This pattern can be found here . So cute! Credits: Pictures and Fr

:: Basic Granny Square ::

Ini yang aku kerjakan sampai kol 2 pagi aritu. Disebabkan aku ni kan saya budak baru belajar, kalo salah tolong tunjukkan , maka terhegeh² la aku nak ejas yarn, nak ejas tension yarn ... takpelah kan, nama pun baru belajar ... sesama ler kita amik iktibar dan pengajaran   Lepas buat Granny Square nih bebanyak ... leh le korang belajar camner nak cantumkan lak pieces yang dah dibuat nih untuk jadi table cloth. Selain table cloth pun, ikut suka korang la nak guna menda tu buat apa ... terpulang deh, citarasa berbeda Harap korang senang paham cara nak bercrochet tu. Senang jer gupanye

:: Crochet In A Jiffy ::

Untuk yang terkesima nak belajar crochet ... sini aku akan letak video untuk jahitan asas crochet cam tali air (chain), slip stitch, single crochet, double, half double dan triple crochet. Sebenarnya stitches yang ada dalam crochet ada banyak cam increase, decrease dan bermacam cara ... tapi asas stitches adalah cam aku sebut tadi lah. Bila kita nak buat sesatu projek tu, cara sambungan stitches tu yang akan membentuk projek tadi So ... ini adalah video Crochet 101 yang akan cover (ada 11 chapter) Crochet 101 - Chain Crochet - How to crochet a chain Crochet 101 - Slip Stitch Crochet 101 - Single Crochet Crochet 101 - Half Double Crochet Crochet 101 - Double Crochet Crochet 101 - Triple Crochet Crochet 101 - Quadraple Crochet Crochet Multiple - Defining the meaning Crochet Abbreviations & Symbols Stitch & Hook Placement Close Up Details Untuk tengok video yang selanjutnya, tekan arrow kiri kanan untuk ke next video atau korang leh biarkan video nih jalan sendiri sa

:: Akhirnya Bom Atom Itu Meletup Juga Di Melaka ::

Cukup kalo aku kata ~ Hari ini adalah hari paling celaka dalam hidup aku! Selama aku menjadi pekerja ... dalam apa jua bidang pekerjaan yang aku buat, tak penah BOS aku pandang rendah kat aku ... or pekerjanya yang lain. Selama ini, bos aku even yang ntah pepe pun, masih buleh berfungsi sebagai bos. Seorang bos yang baik boleh menjalankan fungsi² berikut dengan baik, iaitu : Boleh memberikan motivasi kepada anak buah Boleh membuat keputusan yang bernas Mempunyai tanggungjawab terhadap organisasi Mampu berkomunikasi di dalam dan di luar organisasi Mempunyai halatuju yang jelas dalam menentukan pencapaian organisasi Mampu memberikan tugasan mengikut bidang tugas kepada anak buah Bertanggungjawab menjaga kepentingan anak buah dan organisasi Ceh! Dah macam lecture management lak ... Bos dalam opis adalah orang yang bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah dalam organisasi yang dipimpinnya. Ini sebab, bos macam nakhoda kapal. Kalo kapten kapalnya pun blur katak ... anak buah

:: U-Tubing To Destress ::

Image
Oh .. ini bukan tangan aku Dengan perangai Mok² yang makin menjadi² kebelakangan nih ... dengan stress yang sengaja dicipta oleh Mok² tu ... kitaorang kat opis makin sakit otak, sakit hati, sakit jiwa raga Pokoknya : S A K I T Setiap penyakit ada ubatnya dan cara aku untuk mengubati tekanan otak yang disebabkan Mok² itu adalah dengan membuat menda yang aku suka contohnya cam masak², makan², jahit² dan apa² berkaitan kraf dan kesenian [menyanyi dalam bilik air adalah pebret ... tapi dah lama tinggal] Dulu masa zaman sekolah, aku ngan akak aku buat bag patchwork, jahit sarung bantal, jahit baju dan tah pepe ajer la yang kitaorang bikin. Tapi memang ada la buat kerja² tangan nih. Tapi zaman skarang, nak tengok orang buat menda² camnie ... cam tak penah aku nampak lak. Adek aku yang pompuan laie 2 ketul tu pun takde buat kerja²tangan cam aku ngan akak aku buat ... derang lebih banyak spend time depan PC atau bergayut kat tepon Dulu gak [dah lama gila la] aku ada la belajar ngan akak

:: Mok² ~ The Joy Killer ::

Image
Aku nak tanya pendapat korang ... ini mintak pendapat yang serius yer ... bukan memain Sila Jawab Persoalan Mindaku Ini Kalo BOSS ko tak berperanan sebagai BOSS , apa ko nak buat? Perlu ke BOSS tu ditegur secara direct [sound terus kat muka dia?] atau biarkan ajer perangai dia tu? Perlu ke report kat orang atasan tentang BOSS ko nyer perangai nih atau buat bodo jer? Kalo ada opismet ko yang berani nak sound BOSS ko nih ... ko nak buat apa? Nak join opismet ko nih ke atau ko biarkan opismet ko nih sensorang? Mana satu korang pilih? Kawan  yang bersama susah dan senang @ BOSS yang sangat irritating?! Aduh ... sila la tolong aku jawabkan soalan² kat atas tu yer. Kepala aku dah ting-tong neh ...

:: Bercuti Riang Ria ::

Hohoho ... lamanya blog aku bercuti dari update yer ... biasalah kan. Aku kalo dah dok kat umah bukan buleh ngadap komputer pun. Si kecik Malliq tu macam tau jer kalo Mak Ayah dia cuti. Letak kejap atas tilam pun dia bantai melalak jer ... nak soh Mak ngan Ayah dok ngadap muka dia yang comey tu lah ... ~ Khamis : 5 Mac 09 ~ Kan aku ke JayBee kan? Lawat Lembaga Tabung Haji Johor Bahru la kekdahnyer. Pengalaman menarik naik bas sampai sesat hampir 2 jam ... hahaha. Aku sempat la bukak akaun tabung haji si Malliq ngan hanya 2 hengget jer! Oh yer ... skarang ada promosi, sesapa yang takde laie akaun tabung haji tu ... sila la buka akaun skarang ngan harga $2 aje Lepas lawat tabung haji tu, singgah Stulang Laut ... takde apa nak ceta kat sini sebab kebosanan tahap gaban ... pehtu balik. Sampai Melaka dalam kol 8.30 PM camtu Teringat zaman rombongan sekolah dedulu ... ~ Jumaat : 6 Mac 09 ~ Aku ngan Incek Jaque coti arinih ... sebab Malliq ada appointment ngan pakar mata kat GH. Aku tak