:: Hari Hoya²–Day 2 Pt. 2 ::

Alamak aih … citer pie Makassar pun tak habis² laie … Ada mood sket mau sambung dari Pt.1 yang dah dipost lama aritu

Ayoh sambung !

Sebelum meneruskan acara jalan² … aku saja jer seronok nak kongsi sumting ngan korang semua. Mari tengok

PB261549 PB261550 PB261551 PB261552 PB261553 PB261557 

Hehehe … takjub sekejap sebab ini semua datang dari mini bar hotel yang kitaorang duduk tu. Penuh mini bar tu. Sungguh pun mini … but it was fully stocked ! Kalo kat sini either mini bar nya kosong atau ada la 2-3 benda je. Heaven sungguh … tapi yang buat aku sangat teruja ialah … Teh Botol tu. Hahaha … lama betul mengidam. Asik tengok iklan jer, akhirnya dapat gak rasa

PB261559

Harga memang cekik darah sikit la. Biasa la … harga hotel katanya. Inclusive 21% tax and services. Hamik kau … GST ke CDT [Cekik Darah Tax] ? Kalo kat luar, Pocari Sweat tu separuh harga. Yang susu Bear Brand tu kat supermarket Rp. 8.000 huhuhu … Rp. 7.000 beza. Kitaorang cuma amik Teh Botol ngan susu Bear Brand bagi Malliq rasa. Lain simpan balik … saja nak amik gambar

Ok kita sambung perjalanan … lepas pegi Fort Rotterdam, kitaorang pegi masuk bandar nak cari souvenir. Kalo kat sini mau cari barang² souvenir … sila la pegi ke Sombo Opu. Kalo kat sini, nama kedai kraftangan ialah Toko Kerajinan. Memula tu tak paham jugak … apa je lah kedai rajin nih … rupanya kraftangan

PB271691

Hehehe … tak sempat langsung rasa ayam disco nih. Merata² papan tanda ayam nih … nama pun Jagonya Kacang ! So cute … tapi kan … sampai kat sini kitaorang just tengok² jer. Tak membeli pun … blah jer. Hahaha … tengok² dulu. Pastu tengok plak kat tempat lain … kot sini mahal ke, kan dah rugi. So … ayoh gerak !

Oleh kerana tak membeli souvenir kitaorang pegi ke sini !

Capture2

Yeay ! Masuk laie theme park ! Aritu bulan 8 taun lepas dah pegi Universal Studio Singapore. Kali nih masuk kat Makassar plak. Kalo nak tau, theme park ni adalah indoor theme park yang terbesar kat Indonesia. Sebabkan ianya indoor … sepanjang masa adalah MALAM yang dipenuhi bintang ! Sangat cool

PB271715

Malam sentiasa … bagus jugak ! Hujan ribut petir panas terik apa pun kat luar … kita kat dalam enjoy saja ! Keh keh keh …

PB271749

Sebenarnya mencik letak muka sendiri. Hahaha … tapi nanti orang tak kenal plak. Kot² la terjumpa kat memana … senang tegur aku yang gebus nih. Oh, skarang dah kurus sket. Kakaka … matik la. Macam glemer sangat kot

Sampai jer, kitaorang tengok Drama Jason Mencari Cinta. Ala² Broadway Musical. Best sebab Live depan mata dan juga kerana muzik dan tarian yang best !

PB271731PB271737

 

 

 

 

 


Takleh letak bebanyak. Kang kena bayar royalti kat Trans Studio plak … susah hidup aku. Kisahnya ala² Cinderella. Jason nih penyanyi ngetop. Dia nak cari couple yang buleh menyanyi dengan dia. So, dia buat audition. Cinta nih plak asik kena buli ngan Mak tiri ngan akak² tiri. Tapi lelast dia dapat pegi audition tu ngan bantuan pari² ! So … Jason pun dapat la couple untuk berduet dengan dia … The End !

PB271755

Tayar apakah ? Naik Ferris Wheel besar gedabak tu haa … hanya digerakkan oleh tayar Goodyear. Terjamin kau … cengkaman kuat, keselamatan diperhebat

PB271751

Gayat dowh … mak bapak kecut, anak rilek jer. Malliq sebok naik menatang nih 3-4 kali. Dia semua suka. Bukan tau takut. Pie Fun Fair bawak dia, koyak poket sebab suma menda dia nak naik. Untung kalo dapat budak gayat … semua takmo naik. Hahaha …

Lelain rides adalah biasa jer lah macam kat tempat² lain. Tapi aku suka naik ini …

PB271769

Sepeda Terbang ! Haip … bukan spenda, tapi basikal terbang daa. Basikal nih kalo kita tak kayuh dia dok statik jer kat bawah. Kalo kita kayuh, dia akan naik. Makin laju kita kayuh, makin tinggi dia naik. Sebab tu aku suka naik nih, sambil enjoy tengok scenery sambil buang kalori berlebihan dengan mengayuh selaju mungkin

PB271785

Laju tau aku kayuh … tinggi betul sampai aku naik gayat plak. Malliq suka la. Dia memang tatak helan punya budak. Walaupun gebus, aku sihat dan aktif tau. Tak caya, meh lomba lari ngan aku. Sure korang kalah … tapi tatau ler apasal masih gebus

PB271760PB271762PB271766PB271793PB271795PB271798

 

 

 

 

 

Surau dan tempat makan halal takyah risau. Indonesia kan negara yang mempunyai paling ramai umat Islam. Tapi orang² sini suka makan nasi lah. Kat fast food pun ada menu nasi. Bab makanan … kita citer lain plak

Kitaorang lepak kat dalam nih lebey kurang dari kol 3 petang sampai kol 6 kot. Tapi kat luar macam dah kol 8 dah. Perut pun dangdut goyang gerudi … mari pegi makan !

PB271808

Eh … tetiba dah makan. Hahaha … ini kat rumah makan apa tah. Kata kakak beras, mau makan seafood. Ye lah … kita kan sekarang di kepulauan Sulawesi … harus lah makan seafood. Menyesal ko … bukan nyesal apa … SEMUA SEDAP ! Hahaha … oder banyak plak tu. Senak sendat seksa nak ngabiskan. Dah ler tempat makan kecik. Diaorang sana memang style koboi. Asal kosong, diaorang duduk jer. Kalo terpecah² tempat duduk pun selamba je

Hidup tanpa tekanan … I like ! Tapi bahana kita tak biasa … rasa awkward lah. Tapi memang selamba kodok lah bak kata Afdlin Shauki

PB271805 
Apa pun makanannya … minumnya Teh Botol ! Hehehe … gila teh dah kitaorang. Rasa cam teh biasa jer pun … cuma cara diaorang komersilkan teh tu memang gempak lah. Belum laie tengok iklan lain kat sana. Boleh biol korang … keje asik nak membeli barang jer. Hahaha

Masa nih Malliq dah mula meragam. Tempat sesak. Panas plak tu. Pehtu dia punya angin kus² kuswadinata pun sudah mari … mengamuk jer keje nya. Penat pun ya … ntah apa yang tak betul pun ya. Aku makan cecepat terus bawak dia lepak dalam van. Pehtu gilir ngan IS (Inche’ Suami) habiskan mana yang belum habis tu

PB271817

Beli kool fever, ubat demam, ubat masuk vontot ngan ntah pepe laie untuk Malliq. Masa nih IS yang pegi beli. Amik ko … lama gila. Ingatkan ubat takde, rupanya IS jenuh nak kasi paham orang tu cakap apa. Orang tu tak paham cakap dia … Dia pun tak paham orang tu cakap apa. Kakaka … pehtu tak tau nak kira duit sebab semua main ribu²

*Apotik = Apothecary = Kedai obat = Singseh = Farmasi daa

Balik hotel … bagi makan obat bagai. Terus lelap. Tapi takleh tido jugak sebab Malliq meracau² … sabau je bebanyak melayan budak kecik nih

Buleh baca Pt.1 yang dah dipost lama aritu kat SINI

 

Comments

  1. tahniah yer menang GA kat
    http://tote-boutique.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. :: qieranna ::

    LOL ... huhuhu tak sangka menang ! Mekacih bgtau

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::