:: Berjimba² Di Makassar–Day 2 Pt. 1 ::
Jaga² … Entry yang agak panjang. Sarat dengan penceritaan dan pengimejan. Ini in-depth coverage Makassar ya !
Kat Makassar kami mengalami sikit masalah nak synchronise antara masa dan keadaan sekeliling sebab pukul 6 pagi dah terang benderang cam pukul 8 kat Mesia. Semua orang mula awal kat sini. Buffet breakfast start pun pukul 6 pagi. Sebab kami nih sengal … tak tau la pulak start awal, kitaorang turun makan pukul 8. Hahaha orang dah siap nak kemas² … makanan pun tinggal hujung² nyawa jer
My kinda breakfast ! Bubur dengan ikan asin, kacang soya goreng dan sambal. Nasi goreng, mee goreng dan ayam goreng. Semua sedap ! Oh ya … diaorang sini suka makan pedas. Pedas dia – Ya Allah Ya TuhanKu – punya pedas. Huhuhu tak tau camner nak explain tapi memang camtu lah expressionnya kalau makan sambal kat sini. Kuat pedas ! Tapi ini baru sikit. Yang menyampahnya … pedas bangat tapi sedap. Benci betul
Kami guna khidmat supir yang ambil kami dari airport untuk bawak kitaorang jenjalan pada hari kedua nih. Memula Pakcik Supir 1 nih [tak ingat la apa nama dia] kata harga 1 day Rp. 400.000, tapi bila dia sampai pagi tu, dia tukar lak harga jadi Rp. 600.000 per day. Cikanos betul … nak tak nak terpaksa jugak amik sebab hotel punya supir kena booking awal dong. Ye lah, bukan kita sorang jer customer diaorang. Supir hotel pun charge Rp. 400.000 juga
Tempat pertama wajib tonton di Makassar ialah Fort Rotterdam. Kebetulan masa kami sampai, diaorang tengah buat kerja² restoration (baik pulih) sempena Tahun Melawat Makassar 2011. Kalau kat Mesia, sure dah tutup berbulan² tapi kat sini, business as usual
Gila kentang ! Ini pintu masuk Fort Rotterdam. Scaffolding buluh wa cakap lu. Kat sini dah tak nampak dah scenery camnie. Tempat nih sedang sibuk … sebab apa?
Malam minggu ada konsert jazz GRATIS ! Diadakan di dalam kawasan Fort Rotterdam ini. Cool kan? Diaorang sangat santai … tapi tak bermakna tak sayang pada warisan bangsa. Ini juga salah satu cara appreciation mungkin?
Ok … berbalik pada citer Fort Rotterdam, kami amik satu Tour Guide untuk explain pasal tempat nih. Ye lah … mana la kita tau sejarah tempat orang. Lagi baik suruh orang terangkan. Pakcik nih nama dia Yus kalo tak silap. Memula dia terangkan, cakap dalam bahasa Indonesia. Tapi rasanya bukan la … mungkin bahasa tempatan [Bugis @ Makassar] Hazab sengsara juga la nak kasi paham. Lepas dia tengok muka kitaorang terkulat² nak memahamkan cakap dia …
“Can I speak in English ?” Huhuhu kau … terus jer kitaorang sambut “Sure can ! No problem !” Dalam hati, Alhamdulillah la ko offer diri nak speaking London. Sumpah tak paham … dah la cakap laju. English dia takde la cemerlang sangat A++ tapi kita leh paham ler bijik butir dia nak sampaikan tu
Hahaha … tengok jer la muka abang ipar saya tu pun dah tau dah betapa kusutnya nak paham cakap pakcik tu. Tapi penerangan Pakcik Yus nih sedikit terganggu kerana suasana bising tak tentu hala akibat sound check yang dibuat oleh penganjur konsert jazz GRATIS tu. Ada jugaklah point² penting yang tak dapat nak catch-up. Alas … rugi betul sebab pakcik nih bagi penerangan dengan sangat gigih. Salute to pakcik !
Kisah Fort Rotterdam nih lebey kurang camnie …
Nama asalnya ialah Benteng Ujung Pandang. Dibangunkan oleh Raja Gowa Ke IX pada tahun 1545. Bentuk benteng ni sangat spesifik dengan menyerupai bentuk penyu yang sedang merayap ke laut [nanti saya tunjuk gambarnya]. Kenapa bentuk penyu ? Sebab orang Makassar ni sifatnya seperti penyu. Boleh hidup di darat dan juga di air. Orang Bugis kan memang terkenal dalam pelayaran. Pada tahun 1667, Benteng Ujung Pandang jatuh ke tangan Belanda setelah Kerajaan Gowa kalah dalam perang Makassar. Sejak itu namanya ditukar kepada Fort Rotterdam. Sebenarnya nama Ujung Pandang ialah Ujung Pandan … sebab kawasan ni banyak pandan. Tapi orang sini masa dulu² macam orang Terengganu … mana yang hujung N … jadi NG. Makan jadi makang … maka Ujung Pandan jadi lah Ujung Pandang
Phew … rumusan terbaik karangan bahasa melayu SPM 1997. Hahaha … mari tengok gambar pulak
Gelang besi ni ialah tempat tambat kapal. Dulu gigi air betul² sampai kat tembok benteng ni. Skarang dah makin jauh … boleh tengok kat dalam gambar tu. Ini pemandangan dari kepala penyu
Huhuhu … tinggi tau tembok ni. Dulu² jalan tu semua air laut … lalu tembok nih nak ke bahagian kiri kaki penyu yang menempatkan Bastion Buton. Saya gayat bila lalu tembok nih. Mana tak, langsung takde penahan ke apa ke. Selamba jer … semua tanggung sendiri
Hampir semua bangunan sedang dibaik pulih. Yang best tu, kita main lalu jer bawah² tempat diaorang tengah buat construction tu. Langsung takde ciri² keselamatan pengunjung betul. Lepas tu, masa Pak Yus tu bagi penerangan tempat tu, diaorang berenti la sekejap dari buat keje. Sampai penerangan habis … diaorang sambung balik kerja. Nak ketawa pun ada, takut pun ada … main lalu² jer kat celah²
Ini la bentuk spesifik penyu nya … bangunan yang kat kepala penyu tu dah takde. Cuma tinggal tapak saja. Uniknya Fort Rotterdam nih, tembok luar dibina oleh Kerajaan Gowa, bangunan² pula ada yang dibina oleh Belanda, Portugis dan Jepun. Blur sket sebab pantulan cermin
Ini nak masuk muzium. Kebetulan ada pameran senjata. Menarik jugak sebab kebanyakkan senjata adalah milik peribadi keluarga yang dipinjamkan kepada muzium
Letak sikit je lah. Nak tengok banyak² … leh tengok kat album picasa saya nanti. Pastu masuk kat tempat sejarah Makassar. Ada dari Zaman Neolitik, ada penerangan pasal adat istimewa orang² di Tana Toraja dan duit kain
Bila orang Toraja meninggal, mayatnya tak ditanam. Mayat diletak dibahagian belakang rumah dan diberi makan macam orang hidup. Selagi keluarga si mati tak sembelih kerbau, selagi tu mayatnya disimpan dalam rumah. Bila upacara sembelih kerbau selesai, mayat tersebut dipindahkan pula ke dalam gua. Kalau bayi dan kanak² pulak yang meninggal, mayatnya diletakkan di dalam pokok. Seram ? Hehehe, nasib baik juga dari Makassar nak ke Tana Toraja makan masa 7-8 jam. Kalau tak memang la kitaorang dah sampai sana
Ini alat saring air yang diperbuat dari batu. Batu ni berongga dengan tempayan dibawahnya sebagai penyejuk. Benda ni diperoleh dari Raja Bulo-Bulo H. Andi Moeri, cucu dari Raja Tondong “Puatta Marala Daeng Mattaro” yang memerintah pada abad ke-19
Sapa nak cari salasilah keluarga … leh la trace kat sini. Mana la tau leh claim harta ke … Hahaha. Ini peninggalan Kerajaan Gowa. Dikatakan, Raja Gowa turun dari langit menggunakan payung macam dalam gambar ketiga tu. Tapi ada tulisan ayat² … yang tu cuma replika jer
Ini pulak kerusi kebesaran Raja Gowa. Yang Nurin duduk tu kerusi Permaisuri. Perhatikan ukiran pada tempat letak tangan tu. Kalau kerusi Permaisuri ada ukiran biasa dan cara duduknya camtu, kalau Raja … ada kepala singa ke harimau tu. Yang bobos Malliq duduk tu kerusi Raja. Yang takde ukiran tu pulak kerusi biasa … takde darjat. Pak Yus kata kalau sesapa yang dari keturunan Bugis boleh la duduk kat kerusi ni untuk dapat berkat nenek moyang. Ada jugak yang duduk kat kerusi ni yang dapat naik pangkat dan dapat kedudukan istimewa dalam hidup … katanya lah
Malliq dengan pose ‘Mata Atas’ nya … muzium yang sempoi .. boleh duduk² suka hati. Kalau orang tu namanya ada Andi … orang tu Bangsawan Makassar. Kalau orang tu namanya ada Daeng … orang tu Bangsawan Bugis. Yang ini dedua pun takde … hehehe. Bangsawan filem pun tak kot
Ok lah dah penat jalan² dalam muzium. Kita sambung berjalan kat luar pulak. Saya suka cara diaorang letak kata² hikmat nih di sekitar kawasan Fort Rotterdam
Haaa … sudah penat ronda muzium. Cuaca kepulauan yang ekstrem panas ! Merata² jual air isotonik macam Pocari Sweat dan Vit C-1000. Kat sini air isotonik sangat murah berbanding air berkabonat yang 2 kali ganda lebih mahal
Macam sedap jer bakso dia … merata² orang jual makanan dalam gerai tolak² ni. Tapi … tak berani ooo. Mau kena cirit birit sebulan. Orang sana dah immune … kita yang tak biasa nih, toksah la tempah maut. Tapi kalo korang nak try, silakan …
Bye² Fort Rotterdam … kitaorang nak ke tempat lain pulak
Comments
Post a Comment