:: Belum Tiba Masanya ::

Zaman dulu² ... hanya perempuan memakai 'pad'
Itu pun hanya pada waktu² tertentu beberapa kali dalam sebulan

Zaman revolusi teknologi ... hanya perempuan dan 'tikus' sahaja memakai 'pad'
Itu pun hanya pada waktu² tertentu beberapa kali dalam sebulan
Dan hanya di tempat² tertentu yang mempunyai 'tikus' saja

Zaman semua boleh jadi ... semua orang sudah memakai 'pad'
Tua, muda, kanak², lelaki, perempuan semua sukakannya
Tapi ia tidak lagi diguna secara sorok² dan di atas meja saja

'Pad' yang ini
Semua orang kalo buleh nak tayang
Bagi semua orang nampak

Ada orang suka pakai 'pad'
Ada orang segan² pakai 'pad'

Ada anak suka kacau orang tua punya 'pad'
Orang tua yang bengang belikan anak satu 'pad'

Sama² ber'pad'

'Pad' sana
'Pad' sini

Ada 'pad' yang dibeli ... digunakan untuk memudahkan kerja
Ada 'pad' yang dibeli ... melambangkan status dan kerjaya
Ada 'pad' yang dibeli ... memenuhi keperluan semasa

I takde *'Pad' ... tapi I pakai 'pad' bila perlu

Ini kenyataan hidup zaman sekarang. Zaman teknologi dan zaman yang mana, jika ada duit - tiada yang mustahil. Menda nih mungkin nampak remeh pada sesetengah orang. Ye lah ... kerja dah penat², why not rewars ourselves kan ? Memang aku setuju tentang reward ourselves. Memang korang patut reward yourselves accordingly. Kita memang patut menghargai diri kita

Persoalan aku timbul bila ada opismet citer tentang kawan dia ... Mungkin aku buleh katakan berduit punya orang lah kot. Citer nya, kawan dia beli 'pad' yang itu lah. Keluaran buah yang takleh nak makan tu lah. Lepas anak dia main game kat 'pad' dia ... anak dia dah cam kemaruk kot. Oleh sebab tu, dia belikan anak dia satu 'pad'

Get what I mean ?

Aku cakap pada diri aku sendiri ... Kalau aku 'BANYAK' sangat duit pun, aku tak belikan anak aku 'pad' yang itu hanya sebab dia suka main game kat 'pad' aku. Dah la aku belikan dia seketul 'pad' atas tujuan yang salah [sebab anak aku suka main GAME ! kat 'pad' aku]

Kalau lah iyer kemaruk sangat anak aku nak pakai 'pad' ... anak aku perlu 'earn it'. Dia kena la buat sumting untuk membolehkan aku belikan dia seketul 'pad'. Pada umur dia yang hanya tau main game saja, aku rasa belum masanya lagi untuk dia memilik hartakan sebiji 'pad'

Kemudian aku tanya pada opismet aku pulak ... 'Kalau ko ada banyak duit pun, ko nak beli tak kat anak ko ?' Jawapan opismet - 'Itu terpulang pada masing²'

Apa punya jawapan daa

Maknanya ... dia pun akan belikan jugak la tu
Saja takmo jawab sebab dia malas nak dengar aku bebel agaknya
Oh ... dan jugak sebab dia ada seketul 'pad' yang itu lah

Hahaha

Kalo korang plak ?





Comments

  1. aaah..
    baik aku beli emas. sesak2 blh gadai. ada harga...
    kehkehkeh!!!!

    ReplyDelete
  2. ye betul ... baik beli emas
    'pad' tu dah habis dia nyer season dah tak heran dah orang ... pehtu buat semak je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::