:: Ingat Ni Sampai Mati ! ::
Remaja perkosa budak 5 tahun
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.
Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.
Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya.
Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.
“Ibunya terkejut sebaik dimaklumkan kejadian terbabit. Pemeriksaan lanjut pasangan suami isteri itu mendapati kemaluan mangsa mengalami pendarahan teruk.
“Pasangan itu segera membawa anaknya ke hospital untuk diberikan rawatan,” katanya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Difahamkan, remaja terbabit diberkas polis di rumahnya yang juga berhampiran rumah mangsa dan akan direman lima hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.
Apa nak jadi la dunia zaman sekarang nih … Nak salahkan sapa ? Perogol, budak 5 taun atau mak bapak ?
Tak adil lah nak cakap sapa salah sebab dah terang² progol yang umur 14 taun tu la yang salah … tapi kalo aku secara jujurnya, aku akan cakap mak bapak yang salah
Berani betul dia tinggalkan anak dia sensorang kat umah. Umur baru 5 taun … dah berani ko tinggalkan. Kalo umur 15 pun belum tentu aku berani nak tinggalkan anak perempuan aku sensorang kat umah tanpa pengawasan
Bukan pasal kes rogol jer … ntah kata la umah ko terbakar, apa jer budak 5 taun buleh buat ?
Kalo rasa keje ko laie penting dari anak … toksah beranak lah. Mungkin orang kata, aku tak tau apa yang mak bapak dia alami. Yang aku tau … aku pun ada anak. Kalau aku berada di tempat mak bapak budak tu … aku akan angkut sekali anak aku. Biau ler anak aku dok tido bawah meja ke apa … janji ada depan bijik mata aku. Senang aku nak tengok
Nak anak selesa ? Mak atau bapak kena la berkorban. Salah sorang teman la anak. Hidup dalam dunia zaman skarang memang kena berkorban. Mana yang lebih ko sayang ? Sayang DUIT ka sayang ANAK ? Dedua penting … tapi kena ingat !
Duit takleh bawak masuk kubur. Anak pun takleh bawak masuk kubur. Tapi doa seorang anak tu yang akan membawa kita sama ada ke SYURGA atau NERAKA
Ko ingat dah jadi camnie … anak ko tak menyumpah seranah ko ? “Mak ayah sibuk cari duit, tinggalkan aku sensorang kat umah sampai kena rogol !” Mungkin anak kecil berumur 5 tahun tak mampu nak berfikir sampai ke situ. Tapi kesan yang diterimanya akan menjadi noda hitam sepanjang hayatnya. Dan kita sebagai mak bapak … tak mungkin akan dapat memaafkan diri kita sendiri
Mencari duit untuk besarkan anak ? Macam aku cakap tadi la. Salah sorang kena la berkorban. Anak tu amanah dari Allah. Bukan dia yang perlu berkorban untuk kita. Mungkin satu hari nanti bila dia dah pandai berfikir, Insya Allah pengorbanan kita membesarkan anak² akan dibalas setimpal
Kadang² bukan wang ringgit jadi balasan. Kasih sayang, ingatan dan pengorbanan anak pula yang akan menjadi ganjaran kita di hari tua. Nak ke kita masa tua nanti, anak langsung tak jenguk, tak tanya khabar … baling duit, blah. Ko nak duit jer kan ? Itu je la ko dapat. Langsung takde peluk cium, kasih mesra macam masa anak² kita masih kecil
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Mungkin kita tak mendapat balasan di dunia, kita akan mendapat balasan di akhirat
Ingat ! Tidak ada satu anak pun minta dilahirkan ke dunia. Anak² lahir kerana KITA yang inginkan mereka. Jadi … kewajipan kita memeliharanya dengan sempurna
Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri dan ini hanyalah pandangan peribadi
aduhai..
ReplyDeletesian budak tu.
ssh nk judge sape yg salah kan....
zmn skrg ni, rmh sndr pn belum tentu tmpt paling slmt utk ank2..
sayangkan anak tangan2kan bukan ditinggal2kan..agaknya nak ajar anak berdikari kot.
ReplyDeletesetuju dgn ko mun..kalo aku pun aku hangkut anak aku sekali..skrng ni pun kalo aku keja sabtu ahad dgn apak dia sekali keja, aku angkut anak aku dtg ofis..tu anak laki tu..xberani aku tnggl dia sengsorang kt umah walopun siang ari..
ReplyDelete:: kakngah ::
ReplyDeleteskarang nih ... memamana pun tak selamat
:: leyzajamil ::
belum cukup umur kot nak ajar anak berdikari
:: Najwa ::
laki baik pompuan baik, anak bukan buleh dapat ganti kat supermarket