11 February 2011

:: Ahli Kelab 99 ::

Penah korang jadi ahli kelab malam ? Kelab karom ke, kelab pancing ke, kelab dangdut tu sendiri jawab la ek. Aku tak penah² masuk kelab, buleh plak tergerak hati nak join the club. Skarang secara rasmi dah masuk Kelab 99

P1292428

Hahaha … bukan main Kelab 99. Konon cam mafia nyer geng la tu. Sebenarnya aku daftar membership kat Beruang Hill Resort. Harga membership hanya 99 sen je. Senang citer, singget lah tu. Saja bagi harga sen² konon tak sampai ringgit² la kot

P1292424

Ini rupa ahli Kelab 99 yang gembira. Sorang jer daftar dah buleh enjoy facilities hotel. 2 orang nih hanya pak sebok saja

P1292434

Sebenarnya ini lah motip utama signup membership. Umah aku mana buleh buat kolam renang. Sian kat Malliq asik main dalam kolam plastik jer. Harga kalo takde membership, sorang bayo RM10. Skarang, 50% diskaun takde time limit. Main ler sampai kecut. Jangan lemas je sudah

P1292427P1292429P1292432P1292438























Dah nama pun cikgu … asal pegi memana je, mesti student jumpa dia. Sapa laie kalo bukan Inche’ Suami. Kali ni, studentnya menyamar jadi singa. Aauumm ! Kepala singa je

Launching membership hotel nih no bad la jugak. Siap panggil CM datang rasmi. Pehtu ada bukak gerai jual makanan – beli pakai kupon. Boleh la … saja nak seronok². Pastu diaorang yang baju semua biru² ni, kalo tak salah dari sekolah agama ke anak yatim ke camtu lah. Ada jugak pertandingan mewarna, sukaneka, pertandingan memasak dan memacam laie

Aku tak tunggu lama. Daftar, lepak² jap makan², pehtu cabut. Dasar anti-sosial. Kekeke …

P1292431

Okay Malliq jom kita balik. Nanti kita datang main pool, kita amik gambo laie ek ? Teruja betol mamat nih nak main air … tapi mak nya tak bagi. Hahaha … satu menda pun tak bawak nak mandi apa nye. Laie pun ramai nau orang …. I segan U


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...