:: Projek Suka Hati #4 ::
Cantek sangat la pulut kuning tu. Hehehe … ini namanya dah takde keje. Terlebih rajin la kekdahnya. Susunan pulut kuning nih sempena birthday anak buah aku yang kedua – Darwish @ Aish @ Adik. Dia nih anak akak aku yang bongsu. Umor 4 taun. Mulut tersangat becok … sampaikan bapak aku penah ter’eksiden’ gara² dia pok pek pok pek non stop dalam keta sampai orang jadi sasau. Aku kalau bawak dia naik keta … jenuh suruh dia diam. Cakap tak berenti macam radio rosak
Kisahnya masa dia umur dalam 2 taun camtu, semua orang risau naper dia cam takleh nak bercakap laie. Even sket² pun takde. Yang kuar cakapnya suma bunyik Korea [Ini kes masa dia baby, dok dalam kandang depan TV … mak aku plak baru² pencen dok melayan citer Korea hari² dari pagi sampai ke malam … kakaka] Satu hari tu budak kecik nih asik demam jer. Pegi klinik dah beratus habis pun tak bebaik. Sampai dah baper bulan jugak lah … kejap baik demam, kejap baik …. kang demmmmmaaam balik. Sampi naik risau semua orang
Aku buat cupcake jer untuk b’day budak kecik nih. Yang penting luar dalam semua cokelat. Berdesup abis. Gembira jer tengok cake tu suma hilang sekelip mata. Tak sesia buat eh. Paling tak suka kalau buat pepe tapi tak berusik … sure sedih. Penah korang rasa camtu?
So, takdir Allah satu hari dia baik demam lepas balik dari KL. Kitaorang singgah makan kat KFC Tol Sungai Besi. Tetiba dia cakap “Nak Ayam”. Oh lupa, si Aish nih tak makan menda lain selain nasi kosong yang diletak air panas … macam sup lah. Lepas jer dia cakap “Nak Ayam” tu … sampai skarang dia tak berhenti bercakap. Pergh, masa tu kitaorang excited la sebab dah pandai bercakap. Skarang rasa nyesal lak over nau nak soh budak tu bercakap kan … amik obat
Takde sambutan yang gilang gemilang pun. Kitaorang anak beranak jer dah penuh umah. Maklumlah adik beradik 8 orang. 4 orang dah kawen. 5 orang cucu yang semua hebat² nak membesar. Cukuplah … takyah panggil orang lain. Kalo panggil, mau meletup umah mak aku
Alah … ter’blur’ plak gambo ni
Ini jer makanan yang ada. Yang penting kami semua gembira bila celebrate dengan family tersayang !
Happy family,
sekali lagi, aku teruja ngn cup cake ko!
ReplyDelete