:: Tulang Ajaib ::

U5 337

Ini bukan di Laundromat. Bukan di kedai dobi

Ini mesin dan dryer kat umah aku. Kerana kami berdua memang malas nak sidai baju [jujur mengaku] … aku paksa Incek Jaque yang kebetulan rela hati hati kena hasut ngan bininya supaya membeli mesin pengering baju … yang kat atas tu lah. Mesin kat bawah dah berumur 4 taun lebey kurang. Masih berkhidmat dengan cemerlang

Aku suka pakai front loader. Baju lebih selamat dan lebih bersih. Jujurnya [sekali lagi] dari kecik tau² nak basuh baju pun, mak aku punya mesin suma front loader. Jadinya dah terbiasa lah kot. Kalo pakai top loader … mesti baju aku ada masalah ‘keputihan’ … hahaha … macam serbuk sabun tu melekat² kat baju lah. So … I don’t like

Masalah plak pakai front load nih ialah … anak aku si Malliq suka sangat main mesin basuh. Celik² mata bangun tido cakap “Dapo” … dapat pandang kejap jer mesin tu pun jadilah. Kalo pie shopping … jangan la lalu depan electrical section. Mau dia mengamuk kalo tak berenti depan mesin yang front load. Dah benti depan mesin tu, dia happy lah, siap ketawa² cam jumpa kawan lama. Apa punya perangai pun tak tau la

Lately nih laie teruk. Ada sekali tu kat umah, mengamuk² ajak kitaorang pie kat mesin tu. Tapi dah bawak pegi pun masih ngamuk² laie … bila edisi siasat … rupanya nak basuh baju. Adoi la … longgok kan baju depan pintu mesin, dia pun dengan gembira masuk kan dalam mesin. Baru la nampak dia ketawa² … siap suruh letak sabun bagai suma … kiranya basuh baju betul² lah. Kalo tak buat dia ngamuk

Bila dia tengok mesin tu dah berpusing ngan air suma, puas la hati dia. So dia pun blah la ke depan. Yang tak larat tu … bila mesin tu bunyik jer tanda dah siap basuh, dia heret ko pulak soh masuk kan baju dalam dryer … apa la bijak sangat ko nih Malliq

Bila dah siap kering … takmo plak ko kecoh nak tolong lipat. Hahaha … kalo dia kecoh nak lipat, memang aku lipat dia dulu. Ntah apa rupa dia melipat baju nanti …

U5 440
Ini apa yang aku jumpa dalam Lint Filter dryer. Duit  singget takpe laie … nampak tak tulang ayam kat huruf ‘O’ kat .com tu? Macam mana leh ada tulang ayam dalam tu? Sampai skarang kitaorang masih pening. Tapi yang penting kitaorang tau la sapa yang masukkan kat dalam tu. Aritu, tengah basuh baju, tetiba kelentang kelentung bunyi mesin tu. Bila aku jengah rupanya ada satu pak bateri belum guna dah terbukak. Kertas packing dah hancur … bateri 4 biji bergolek² dalam mesin. Baju aritu dah kena cas. Nasib baik leh kuarkan … berdas² budak nih kena bebel ngan mak nya

Benda² lain pernah ‘terbasuh’ sama ialah Fridge Magnet 123 ngan Pen Warna Merah. Nasib baik ler pen nih tak mendatangkan kecederaan pada baju. Skarang nak basuh baju memang check 2-3 kali. Tapi kengkadang terlepas gak 2-3 menda … ada jugak beli lock kat Cosway … tapi alahai … sekejap dah tertanggal. Aku ada belikan kat mak aku satu set kat Ikea aritu … Ini plak kes anak buah aku suka bukak katup fridge … Lock tu camner rupa?

Gambar dicilok dari Ikea

Yang ini memang dipercayai sebab susah nak dibuka oleh tangan² kecil yang suka eksplorasi melampau cam anak aku. Ada sesapa yang ke Ikea buleh tolong belikan untuk aku tak? Entah bila plak aku nak pie Ikea skarang sebab takde menda nak beli. Kalo pegi, setakat nak beli lock nih … agak melampau jugak ahh. Kalo ada insan² berhati mulai yang nak tolong belikan tu … bagitau ek. Nanti kita kontek² … I bagi duit la u … siap kos pengeposan

Mintak tolong,

yumiko

Comments

  1. kalau ada mesin lipat kain kan best..paling best la...hahaa

    ReplyDelete
  2. :: alamaya ::
    Mesin pelipat kain belum cipta. Tapi lipat kain buleh buat sambil² tengok TV ... tak pun humban jer ... sidai kena sidai elok² kalo tak masam

    ReplyDelete
  3. kat sini ada jual lock fridge...online je...

    http://www.fabulousmom.com/catalog/product_info.php?products_id=504

    ReplyDelete
  4. :: alamaya ::
    Jenis yang tu tak selamat sebab mudah dicabut. sama macam Cosway yang kitaorang beli tu ... malliq superman

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::