:: Moist Eggless Cake ::

U5 416 Ini Cokelat

U5 398 Ini Oren

Sapa yang takmo letak telur dalam kek, leh la pakai resepi yang aku letak nih. Resepi nih Kakak Biras aku yang bagi. Rasanya dia ok kot kalo aku letak resepi tu kat sini. Laie pun sharing is caring. Kalau nak buat untuk jual … rezeki masing² kan? Lebih afdal, ibu² leh la guna resepi ni untuk makan² dengan family. Rasanya dijamin sedap, mudah dan murah. Yang penting … MUDAH. Takyah kuarkan mixer ke hapa …

Moist Eggless Chocolate Cake

  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan air ATAU 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu segar ATAU 1 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil cuka putih

Caranya mudah saja. Segala yang berasaskan tepung … ayak bersama. Masuk dalam mangkuk adunan. Lepas tu, masukkan semua liquid based pulak dalam mangkuk berisi tepung tadi dan gaul. Gaul pulak tak payah susah². Pakai saja jari jemari [make sure dah bersih sebersihnya ya !]. Bak kata Sifu aku, kalo pakai mesin atau sudip kita tend to over mix. Kalo pakai jari kita buleh rasa semua sebati. Gaul pun bukan macam gaul roti canai yer … guna hujung² jari tu jer. Rata²kan tepung tu dengan jari² anda tu

Perasan tak aku letak 1 cawan air ATAU 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu segar ATAU 1 cawan susu segar ? Ini ilmu yang Sifu aku bagitau. Kalau letak susu, kek jadi padat, tapi rasanya jadi lebih pekat (intense flavour lah). Kalau letak air sahaja … keknya jadi lebih ringan. Jadi kalo mau tengah² … letak la half’n’half gitu

Lepas dah semua sebati … masuk la dalam casing cuppies. Dapat dalam lebey kurang 20++ ikut isipadu yang korang isi dalam casing tu. Bakar dalam oven 175°C selama 20 minit [ini pun kena tengok jenis oven juga]

Untuk buat kek oren pulak … kurangkan gula kepada 1/2 cawan saja dan 1 cawan air digantikan dengan 1 cawan TROPICANA TWISTER ORANGE. Iyer … yang fresh juice tu … yang camni lah

Pic cilok dari google

Senang kan? Jadinya … tak payah susah payah perah oren. Oh yer … yang ini, aku sendiri yang cipta. Sifu aku tak ajar pun. Hahaha … biasalah kreatif kan? So, apa laie korang. sila la buat yer. Semoga berhasil !

Hentam sajalah,

yumiko

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::