Posts

Showing posts with the label cuppies

:: Incek Seluar Kotak ::

Image
Selalunya orang kata seluar katok … tau tak seluar katok tu apa ? Suar katok tu suar bermuda hat 3/4 sampai lutut tu la. Kalo suar kotak, amenda la pulak ? Hish … suar kotak tu, suar kotak la. Tak tau ? Sat aaa, aku bagi hangpa suma paham. Kalo cakap ja susah naa nak paham. Ni kasi gambo rajah Gambo cilok dari sini Bukan kaler putih tu … yang kaler cekelat. Kan ke kotak jer rupanya. Tapi apa kena mengenanya dengan post ini ? Ini kastemer order. Tapi kepala jer, suar takde. Hehehe … bukan aku yang buat muka Spongebob nih tapi laki aku Incek Jaque yang buat. Dia dok gigih ngadap dari kol 11PM sampai ke 5AM. Nampak jer poyo nak buat seksa ooo. Aku buat cupcakes nyer je. Macih Incek Jaque. Nasib baik laki den cikgu seni. Kekeke Lepas nih apa plak projek yer ?

:: Burung Marah ! ::

Image
Lama tak update pasal makan kan ? Arinih aku nak letak pasal cupcake aku buat for anak buah aku nyer birthday dengan tema … Angry Birds ! Skarang kan glemer angry birds neh …. segala menda nak angry birds Layankan je lah Suma birds je. Itu green pigs takde sebab takut takde sapa nak makan … but seriously kalo ada babi ijo tu baru cantek sket sebab kalerful Kek nya ada oren, strawberi ngan cheese. Yang takde burung di topping ngan chocolate buttercream. Gambar ni suma adek aku yang amek. Aku cam dah lama tak amek gambo sendiri. Dah tak bernafsu nak main ngan kamera. Sian O-Pen aku … nanti lah kasi mood baru datang

:: Cupcakes ! ::

Image
Ini Projek Suka Hati versi ke berapa pun tak tau dah ... Seronok buat cupcakes nih Ini saja buat for my anak buah. Ekceli dia 5 tahun ... aku sengal pie letak 6 taun Kekeke ... sorry lah, akcik lupa Tapi telah berjaya di alter kepada 5 dengan menggunting bahagian yang tak perlu Cupcake ni namanya COD - Chocolate Over Dose ! Chocolate cupcake + Chocolate Oreo Butter Cream Ini order from my opismet si Manis Dia tengah gila nak makan cupcake Diorder mengikut warna kegemarannya Pink + Apple Green 'H' tu nama anaknya Haris (Betul ke eja nya ?) Buat b'day anak tapi ikut tekak mak Kekeke biasa la tu, budak tak reti laie Hope you guys enjoy eating the cuppies !

:: Aku Buat Apa ? ::

Image
Buat tatau … bleh ? Hehehe … last week aku bizi banyak. Keje opis ngan jugak keje tak opis. Eh bleh plak keje tak opis. Keje tak opis tu keje tak memerlukan opis la, tapi perlu dapo Ini aku buat untuk wedding adik kawan aku. 200 biji cuppies ngan kek beso kat ateh tu. Berposak nak cari tier nih. Nak bergaduh ngan orang pun ada gak. Emosi sungguh Itu je lah nak citer. Oh yer … nanti aku ada announcement nak kabo. Tunggu je lah ek. Sorry yer, banyak malas mau type sebab keje tengah banyak Babai !    

:: Sugar and Spice , And Everything Nice ! ::

Image
Ini Projek Suka Hati #5 Ditempah oleh Notty Faris untuk 'kawan' nya. Hehehe ... Hope she likes it ! Moist Chocolate Cake White Chocolate Topping Marshmallow Fondant Hello Kitty Character Cute kan?

:: Moist Eggless Cake ::

Image
Ini Cokelat Ini Oren Sapa yang takmo letak telur dalam kek, leh la pakai resepi yang aku letak nih. Resepi nih Kakak Biras aku yang bagi. Rasanya dia ok kot kalo aku letak resepi tu kat sini. Laie pun sharing is caring. Kalau nak buat untuk jual … rezeki masing² kan? Lebih afdal, ibu² leh la guna resepi ni untuk makan² dengan family. Rasanya dijamin sedap, mudah dan murah. Yang penting … MUDAH. Takyah kuarkan mixer ke hapa … Moist Eggless Chocolate Cake 1 1/2 cawan tepung 1 cawan gula 1 sudu kecil garam halus 1/3 cawan serbuk koko 1/2 cawan minyak masak 1 cawan air ATAU 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu segar ATAU 1 cawan susu segar 1 sudu kecil cuka putih Caranya mudah saja. Segala yang berasaskan tepung … ayak bersama. Masuk dalam mangkuk adunan. Lepas tu, masukkan semua liquid based pulak dalam mangkuk berisi tepung tadi dan gaul. Gaul pulak tak payah susah². Pakai saja jari jemari [make sure dah bersih sebersihnya ya !]. Bak kata Sifu aku, ka...

:: Projek Suka Hati #4 ::

Image
Cantek sangat la pulut kuning tu. Hehehe … ini namanya dah takde keje. Terlebih rajin la kekdahnya. Susunan pulut kuning nih sempena birthday anak buah aku yang kedua – Darwish @ Aish @ Adik. Dia nih anak akak aku yang bongsu. Umor 4 taun. Mulut tersangat becok … sampaikan bapak aku penah ter’eksiden’ gara² dia pok pek pok pek non stop dalam keta sampai orang jadi sasau. Aku kalau bawak dia naik keta … jenuh suruh dia diam. Cakap tak berenti macam radio rosak Kisahnya masa dia umur dalam 2 taun camtu, semua orang risau naper dia cam takleh nak bercakap laie. Even sket² pun takde. Yang kuar cakapnya suma bunyik Korea [Ini kes masa dia baby, dok dalam kandang depan TV … mak aku plak baru² pencen dok melayan citer Korea hari² dari pagi sampai ke malam … kakaka] Satu hari tu budak kecik nih asik demam jer. Pegi klinik dah beratus habis pun tak bebaik. Sampai dah baper bulan jugak lah … kejap baik demam, kejap baik …. kang demmmmmaaam balik. Sampi naik risau semua orang Aku buat cup...

:: Projek Suka Hati #3 ::

Image
Ini Homemade MM Fondant MM@Marshmallow fondant ini saya buat sendiri Belajar ngan biras saya Saya memang kamceng ngan Kak Iz Biras saya tu lah Saya kamceng ngan dia sebab dia suka masak² Dan saya suka makan² Hehehe Dia juga hebat di ranjang dapo Kalah saya Ada saja idea nak mencipta makanan sedap Bila la saya buleh kurus Sebab itu saya suka belajar dengan dia Kerana Kak Iz juga tak lokek ilmu Terima kasih Kakak Biras ! Eggless Orange Cake + Buttercream + Fondant Ini cupcakes untuk sepupu aku Sempena majlis pertunangan dia pada 12-06-10 Aduhai ... dah sebulan jadi tunangan orang weih Baru ada masa nak upload ler Deco yang simple tapi manis [*>_<* sweet *>_<*] Sangat manis sampai semut sempat bersarang di bawah cuppies Cuppies ini di bawa ke Batu Pahat Kereta adik pulak parking bawah pokok mangga Jadinya bila sampai Nasib baik la gatal nak bukak Tengok² penuh semut sampai hitam kotak tu Terlampau banyak semut Nasib baik jenis semut...

:: Projek Suka Hati #2 ::

Image
Cupcake Makan² tolong my Biras Kek : Chocolate Walnut & Vanilla Deco : Anti-muak Butter Cream & Yummylicious Marshmallow Fondant with a few themes Bees & Mushrooms atas rumput Simple Swirls Confetti   Butter cream deco & Blueberry Filling Membakar lebey kurang 60 pcs of cupcakes dari pukul 12.30 AM hingga ke 5 AM [Kes asik berborak dan oven comel-lote]. Mendeco cuppies dari pukul 11 AM hingga ke 3 PM. Sempat laie pie kedai bakery supply pukul 10.30 AM Sangat enjoy,

:: Projek Suka Hati #1 ::

Image
Kek Hari Jadi Untuk Ayah Celebrate di Kings’ & I Thai Restaurant Kek : Blackforest Deco : Hentam saja apa yang ada sebab masa tak cukup [Hahaha … tak rancang nak buat kek sebenarnya !] Yang penting ikhlas dari hati,