:: Melawat Zoo Negara ::
Lawatan nih sebenarnya bagi mengubat duka lara tak dapat tengok Konsert Double Trouble – Search & Wings kat Indoor Stadium Bukit Kiara Bulan Mei aritu. Tiket suma dah siap beli dah … kebetulan masa nak konsert, hujan la plak. Raining tau bukan Band HUJAN tu
Bukti yang kitaorang dah sampai sebenarnya
Kerana hujan, parking yang takde, orang sesak [dengar citer 20K++ orang yer?], tambah pulak bawak si Malliq … kitaorang dengan rela hati mengensel event tersebut. Ada ke si polis suruh kitaorang parking seberang hi-way. Mak aiihhh … kalo aku zaman cinta-berani-mati ngan Incek Jaque berdua jer buleh ahh. Ini ada si Malliq. Jangan nak buat pasal ek. Nyawa kami ialah anak kami. Konsert tengok kat TV pun buleh [pujuk hati sendiri … kakaka]
Maka …
Esoknya kami ke Zoo Negara. Huih … kami orang tak penah sampai Zoo Negara. Ini pertama kali. Berkat OVI Maps Incek Jaque … sekelip mata jer sampai. Hehehe ajaib betul. Bagus juga beli tepon yang ada GPS … takde le buang masa sesat barat … kan?
Cayalah Incek Jaque. Tepat kena di sasaran
Betul² tak reti nak pergi zoo. Main redah jer masuk. Tiket plak ada memacam jenis. Ada yang termasuk Zoo Serangga dan Taman Rama² harganya RM25 dewasa / RM9 kanak² dan Warga Emas. Kalau Zoo sahaja … harganya RM20 dewasa / RM6 kanak² dan Warga Emas. Warga OKU masuk percuma. Kalau nak tau lebih lanjut klik sini
Kerana tak pernah masuk dan over excited … kitaorang amik jugak tiket yang serangga tu. Jadi RM50 untuk kami. Malliq masuk percuma kot. Budak² dikira dari umur 3 taun. So … jimat la RM9
Memang patut pun Malliq masuk free. Belum pepe dah tido
Lelast yang melawat haiwan … aku ngan Incek Jaque je lah … Malliq masih kaput
Lepas tu kami tengok animal show
Buleh la layan … cuma tak berapa menarik sangat. Haiwan² kat situ pada pendapat aku, buat show lebih pada nak mintak derma jer. Memang patut la haiwan nih mintak derma … macam kurang terurus sket kot Zoo Negara nih
Sudah bolong maa … kena mintak derma
Ini Zoo Negara tau … National Zoo. Bukan Zoo Kg. Gelam
Tempat macam nie yang patut kerajaan kena naik taraf dan jaga fasiliti nya. Dah tentu tempat nih tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Ada nampak family mat saleh yang tengah jalan tu? 5 menet lepas animal show, bila masuk bab derma² terus diaorang blah. Ye lah … kata animal show, bukan charity show. Ntah la, tak tau nak cakap apa ek. Bebudak tau nak tengok binatang lompat², burung terbang² … bukan “Kalau nak burung nih terbang kat awak, letak duit kat jari, nanti burung datang” Aiseh … tak ke macam mengajar bebudak merasuah burung tu? Dari kecik dah diajar benda yang tak betul [Ini pendapat aku sahaja ye … ]
Malliq pun dah terbangun … kami pun angkat kaki bila sesi minta derma makin hangat. Takde apa pun animal show nya. Layan lagi jalan² tengok binatang lain. Malas nak letak gambar binatang … semua sama jer kot
Aku tak tau la Malliq tau ke tak kuda nih sebenarnya kuda hidup. Dia dengan selamba jer main cucuk² perut si pony tu. Lepas tu dia leh plak melesey kat pony tu. Habis bulu² pony semua melekat kat baju Malliq. Pony pun cam tak cukup zat. Rambut gersang … bulu tercabut … sah tak cukup vitamin
Kelakar tengok budak berdua nih. Tak tau la aku anak sapa, tapi kesian pun ada. Diaorang sebenarnya takut … tapi terpaksa kot bermain² ngan ulau nih. Yang baju kuning tu kejenya tolak kepala ular. Yang baju hijau plak asik tak tentu hala tujuan dah duduk. Semua serba tak kena. Dey adek … cer korang tengok anak makcik
Sebenarnya … Incek Jaque yang takut ! Kantoi …
Hahaha … Malliq selamba katak jer. Dia ingat ular tu, plastik kot. Aku yang amik gambo dah geli geleman. Budak penjaga ular tu pun heran. Dia siap tanya “Anak akak nih tak takut ke?” Adek oii, kalau dia takut … takde la dia pie jolok mulut ular tu. See … gambar yang last tu. Kan ular nih lidahnya sentiasa terjelir² kan? Si Malliq agaknya heran, pesal ler lidah nih terjelir² camnie. Hahaha … dia nak korek mulut ular tu nak tengok. Budak penjaga ular tu pun tak caya tengok Malliq
Budak … kalau kita tak ajar menda tu takut ke apa … dia mana tau. Jadi … jangan sesuka hati ajar anak jadi penakut. Jangan takut²kan anak kat tempat gelap ada hantu. Jangan takutkan anak dengan lipas ke, cicak ke. Pokoknya … rasa takut tu memang ada, selalunya naluri kita lebih tau takut tu macam mana yang sebenarnya. Bukan diajar menjadi takut
Lepas tu kami pun balik. Tamat la lawatan ke Zoo Negara
Rasanya … best laie Zoo Melaka kot … Harga masuk tak ingat plak berapa hengget. Nanti lah aku story kendian
Chalo,
Comments
Post a Comment