:: CERita PENdek::

Minggu nih ... dapo aku tak berasap la jawabnya. Lampu kat dapo aku tu dah meletup masa aku tengah masak bekpas last week. Memang serius meletup sampai tendang suis kat fuse box tu. Tapi bahagian dapo je yang ditendang. Oleh itu Incek Jaque dan Malliq sedap je membongkang dengan aku masak dalam gelap

Bila ditukar mentol ... tak idop juga. So, panggil wireman datang. Sekali dia kensel lah pulak ... tak dapat nak datang. Sudahnya aku masak time matahari dah tegak je lah. Wireman kata weekend nih [Sabtu or Ahad] baru nak datang balik. Aiseh ... makan kedai la jawabnya

Oleh kerana asik² makan luar ... kitaorang sampai dah tak tau nak makan apa dah. Kiranya dah tahap tepu tekak nak makan kedai. Baik gerai, fast food, restoren apa semua lah. Memang kalo Incek Jaque tanya nak makan apa, aku amik masa juga la nak jawab. Kadang² tak jawab langsung ... hahaha memang kes sengal tak tau nak makan apa dah

Semalam dengan nafsu bosan ... pie makan kat TCRS. Aku makan steam chicken je lah. Lelain memang aku tak pandang. Pehtu pie Caring Pharmacy cari ubat selesema Malliq. Pharmacist kat situ bagi ubat yang kitaorang tak penah tengok ... ganjil betul. Tapi 1 hari makan sekali jer. Then terus selesema tu ilang. Aku tak tau baper harga ubat tu cuz main bayo jer tapi aku rasa quite expensive gak lah cuz semalam kat Caring Pharmacy tu amik shampoo Dove - 10.50, tic tac - [baper harga tic tac ek? - tapi takde la sampai 5 hengget kot?] ngan ubat selesema tu totalnya lebey kurang 23 hengget

Ahh ... tak kesah ler baper harga, janji Malliq tido takde meragam² idong tersumbat bagai. Dia meragam ... mak ayah pun meragam pie kerja sebab tak cukup tido. Semalam jer aku dah telan 2 biji pil Pharmaton sebab memang longlai gila. Longlai aaa bukan Lengloi ... hahaha

Bagus lah ubat tu ... nanti aku amik gambo letak sini. Kot² la ada anak korang yang selesema tak bebaik, aku cadangkan makan ubat nih. Tapi kalo buleh, tanya la kat Pharmacist@Doctor korang dulu ye

Dah Tak Meragam,
yumiko

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::