26 July 2010

:: Budak Lasak ::

U5 451 U5 452 U5 453

Tengok apa si bujang ini buat. Masa ni kitaorang makan kat Mekdi. Camnie la gaya si Malliq kalo dah overdose nak tido. Dah ngantuk gila tapi melawan mata. Dia plak tak berapa sihat … makan ubat batuk jenis laloq. Laie le pala otak dia sebu. Bila dah ngantuk, mula la buat perangai. Memula dok sebelah aku, elok jer makan nuggets, fries suma. Lepas bagi minum Ribena terus dia meroyan

Dapat toys Happy Meal tu ntah mana dia campak. Kitaorang tak cari pun. Lantaklah ko … dia pun bukan heran ngan menan nih suma. Menan dia kat umah … mesin basuh, tudung saji, batang vakum, batang mop, penyapu … rajin nau tolong KEMAS umah

Ayahnya sampai dah naik fed-up … hahaha. Lepas makan terus blah. Masuk jer keta pasang iar-cond kuat² terus si bujang tu tido … lepas tu kol 3.30 pagi, leh plak dia bangun ajak aku baca buku. Dah ler aku pun demam, selesema, batuk suma cukup … layan je lah. Lepas tu aku dah tak larat, bagi susu sebotol, humban dalam buai, pasang auto rocker tu … goyang la sampai pagi. Aku pun leh tido ngan aman

Masih demam,

yumiko

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...