:: Parents Alert ! ::
Haih … baru ada masa nak update blog
Kisahnya 2 minggu lepas si budak Malliq demam. Asal masuk 2-3 pagi jer panasnya melampau². Keje dia asik menangis jer. Risau betul ler mak ayah dia nih. Tido pun tak, makan pun tak mau. Bila bab makan pun dah takmo tu yang makin kitaorang nih risau. Dari gebu² tinggal tulang jer … sapa tak risau. Laie satu yang aku paling risau bila dia tido macam ikan atas darat. Susah nak bernafas. Aku tido pun jadi tak lelap … takut Malliq tetiba berenti bernafas. Astagafirullah … mintak lah dijauhkan
Hari Jumaat [18-06-10] : Bawak ke Child Specialist Clinic – Demam biasa, tekak merah, hidung tersumbat … bla bla bla. Balik tu bagi makan ubat, still tak reda juga demamnya. Takde perubahan langsung. Masih susah bernafas terutama waktu tido malam
Hari Sabtu [19-06-10] : Bawak ke Putra Specialist Hospital (Emergency) – Sama juga la kisahnya. Bagi ubat vontot pun panas menjadi²
Hari Ahad [20-06-10] : Tak ke mana² … tapi masuk hari ni Malliq dah 3 hari takmo makan dan tido. Kitaorang pun dah jadi separuh sewel tak tau laie nak buat apa nak redakan demam dia. Kain basah, stokin basah, asam jawa … u name it, we’ve done it all. Hanya bertahan je lah dan menenangkan Malliq yang makin tak tentu arah
Hari Isnin [21-06-10] : Dari pukul 2 pagi Malliq menangis. Kitaorang buat tak reti je memula. Dia tido balik. Then dia bangun balik, nangis lagi. Bagi susu takmo, dokong takmo, semua serba tak kena. Lelast nekad bawak ke Mahkota Medical Centre (MMC) kol 4.30 pagi
Di MMC : Di check oleh Dr. kat emergency. Citer lebih kurang bla² cakap la demam 3 hari tak surut² … Dr. suruh admit je. Pie amik darah 1 vial. Seksa nak amik darah budak tak makan minum 4 hari. Darah pun macam kering jer nak kuar. Nak nangis tengok tapi jadi Mak kena tabahkan jer hati. Masuk jer wad si Malliq bantai buat perangai. Malliq masa sihat budak yang aktif. Nak suruh dia dok diam setempat memang payah lah. Tapi masa dia sakit or nak tido, dia jadi double super hyper active yang buat ko hilang sabar, hilang ingatan … semua hilang lah. Bayangkan kitaorang sendiri dah baper hari tido pun tak betul, Malliq plak throwing his tantrum dengan jayanya pada pukul 5 AM. Doktor plak tak sampai² … tambah la sakit jiwa kitaorang dok dalam wad. Nasib baik dapat bilik double bed tapi kitaorang jer dok situ. Dapat la dedua curi² tido kat katil sebelah
At last dalam kol 9 lebih kot … Dr. YSO pun datang. Check ala² nak kena lempang (check lebey kurang jer) cakap anak aku demam biasa. Result darah tadi ok jer – platlet cukup so bukan denggi … lalalalala then pandang lekeh kat kitaorang nih cam membazirkan waktu dia jer sebab demma biasa. Incek Jaque tanya la takyah IV Drip ke? Takyah amik pulmicort ke? Dr. YSO cakap, dia kecik laie so takyah drip. Hantu raya nyer doktor. Malliq dah ler tak makan minum 4 hari. Tak ke dehydrated dah budak nih.
Aku cakap ngan Incek Jaque kalo cam bongok camnie, kuar je lah. Bazir duit insurans jer dok lelama. Dah la masa baru dapat wad nurse situ siap bagi ceramah camner nak jaga anak waktu demam. Haih … Adik aku 5 orang, anak buah aku 2 orang, anak sorang. Kiranya ada 8 orang kanak² yang aku penah jaga masa demam. Semua sihat walafiat, tak mati pun. So, sila jangan pandang rendah pada orang yang anta anak ke sepital pepagi buta sebelum subuh dah sampai. Itu maknanya dah teruk sangat baru aku bawak. Bukan nak eksyen tapi cara tu buat orang sakit hati jer …
Nak jadi citer, lepas tu kitaorang pie beli Yakult kat mini store bawah cuz si Malliq langsung tak makan minum. Then bawak naik atas (Tingkat 6 : Depan Wad) nyer lobby nak lepak² situ sebab ada view nampak laut. Tengah sedap Malliq bantai Yakult tu … dah abis sebotol, dia sandar terus muntah gila². Kebetulan plak si Dr. YSO lalu. Baru la nampak muka dia panik then suggest nak amik throat swab. Cilakak nyer doktor … kalo ko tak nampak anak aku muntah tu, dibiarnya je kot
Sampai lunch time, Mak aku sampai ngan adik n anak buah aku. Baru ler nampak Malliq happy sket ada orang nak main² ngan dia. Pehtu Ayah aku plak datang. Laie ler Malliq happy sebab Atok geng kamceng ngan dia. Tetiba plak Dr. YSO masuk. Dia tanya yang datang semua nih sapa. Kitaorang cakap la ni Atok ngan Nenek la bla bla. Then dia kata, ok kalo family takpe lah. Dia datang nak bagitau yang throat swab anak aku nyer result : Influenza A, H1N1 +Ve
HAA?
Terus family aku bungkus. Basuh tangan n babai Malliq dari jauh je. Sian Malliq … Then Dr. YSO kata Malliq kena amik X-Ray, nak tengok peparu dia kena jangkitan tak. Masa tu berpinar jap pala otak aku. Masa bagitau kat family n kawan² lain pun menitik la jugak air mata. Tapi aku buat keras hati je. Tabahkan hati kerana Malliq.
Lepas amik X-Ray … dalam petang tu Dr. YSO datang laie bagitau yang peparu Malliq clear. H1N1 virus tak menyerang peparu dia. Alhamdulillah! Apa pun dia tetap kena makan antibiotik, ubat demam every 4 hours, Tamiflu ngan ubat batuk. Syukur jugak, lepas makan antibiotik ngan Tamiflu tu baru ler surut demam. Baru la nak tido, makan minum pun nak la juga lepas puas kena paksa. Terus kitaorang masuk Isolation Ward sebab wad yang kitaorang duduk skarang wad kekanak. Kang berjangkit plak kat kekanak lain
Almost 2 minggu kena makan ubat … Malliq dah sihat jugak la. Alhamdulillah …
Pengajaran : Jika anak demam melampau², muntah, susah nak bernafas … mintak jer doktor check for H1N1. Lebih baik check dan tau dari buat² tak tau then too late to do anything. Dan pastikan anak anda diberikan Immunization Extra i.e – Rotavirus and Pneumococcal kerana kedua² ini Alhamdulillah telah berjaya menyelamatkan nyawa Malliq. Rotavirus masa dia kena keracunan makanan then Pneumococcal masa H1N1 nih cuz jab tu untuk peparu. Spend extra untuk anak anda. Sila jangan kedekut ngan anak anda. Anak tu amanah Allah … pelihara lah dengan sempurna
Sujud syukur,
Comments
Post a Comment