Posts

Showing posts with the label aku

:: Siaran Tertunda ::

Setahun tertunda ... Rasa kekok pulak nak membebel kat blog ni. Di suatu masa dahulu, menjadi tempat 'curhat' yang tidak pernah mengecewakan. Tempat berkongsi suka dan duka Sejak ada fb, dan agak aktif ... aku ambil keputusan untuk tutup terus fb aku tu. Makin lama makin semak pulak. Terlalu banyak interaksi luar kawal. FB tu memang aku tak nafikan banyak faedahnya, tapi aku rasa makin lemas dengan 'over sharing' Masalah di fb ... apa yg lalu di wall ko tu, ko terpaksa tengok. I mean ... mmg ko boleh block itu ini yang ko tak suka, tapi sebelum ko blok, ko terpaksa juga tengok dulu kan ? Muntah darah ! Biarlah aku membebel kat sini. Takde orang baca ke, takde orang like ke ... ini rumah aku. Aku tak paksa ko masuk dan baca pun. Kalo kat fb tu ... nak tak nak pun kena pandang dulu sebelum aku tendang keluar. Takmo tengok pun terpaksa tengok jugak ... Semoga taun ni aku rajin sket update blog. Redha je ler ngan bebelan aku ni ...

:: Cakkk ::

Image
Salam 12 Ramadhan kepada pembaca blog ini dan kepada mereka yang mungkin tersesat sampai ke sini. Selamat berpuasa kepada kalian Ketahuilah bahawa, blog ini agak pemes dahulu (konon) dan kemudian telah terbengkalai akibat penulisnya mengalami mental break down/writer's block yang agak kronik lalu terbiar sepi Kasihan Selain dari mendapat penyakit di atas, penulis juga telah mendapat penyakit lain. Eh, ini lebih kepada mencari penyakit apabila telah berjaya melahirkan seorang bayi. Yaaa ... BAYI ! Bukan Bai Roti pakai turban tu yer ... Ini la bayi yang dimaksudkan - sila beri perhatian. Nanti masuk soalan exam akhir tahun Seorang laie lelaki tampan telah dilahirkan. Iya tampan ... Mana ada bayi yang tidak tampan/comel/jelita bila dilahirkan ? Semua bayi itu cantik ... Penghuni syurga la katakan Nama beliau : Mukhsin Rassyid. Masih mengekalkan ciri2 nama berpangkalan data MR seperti abangnya Malliq Rayyan yang telah pun menjadi bayi tua emaknya - 5 tahun 7 bulan, pukul rata 6 tahun s...

:: Apa Dalam Botol ::

Image
Kurang lebih ketika itu umurnya dalam darjah 3, pertama kali bersua dengan sebiji botol kaca yang berwarna legap; lengkap bertudung plastik merah longgar dan dibalut akhbar lama Lama direnungnya botol tersebut. Maklumlah ... pertemuan pertama kali bertentang mata. Kalau dulu hanya dengar-dengar saja ... nah, kini boleh dipegang secara nyata Dibuka kerudung merah, terserlah aroma menusuk ke hidung. Ahh ... busuk amat ! Apa yang orang gila kan ? Hairan sungguh manusia Diajukan soalan kepada si tukang bawa - masih hidupkah ia di dalam sana ? Sambil menjengah-jengah ke dalam botol. Masih merenung tajam ke sudut botol yang paling dalam Bingung seketika si tukang bawa, apa yang masih hidup ? Mana mungkin botol ada nyawa ? Jawabnya pendek sahaja - berudu

:: Tadaa ::

Image
Ada orang laie ke yang baca blog ni ? Kalau masih ada orang yang membaca ... aku dengar rasa besar hati mengucapkan terima kasih di atas kesudian kalian menyinggah walau sebentar Disamping itu juga, ahhpening or its me actually, masih bersiaran dengan aktif tetapi telah bertukar media. Blog ini mungkin agak terpinggir dan aku kadang² pun rindu nak membebel pepanjang cam dulu Oh yer ... Jeng jeng jeng ... Ini nak bagitau a few changes yang dah aku tambah dalam blog nih agar senang korang keep up ngan aku di media yang lain Macam yang korang nampak kat sebelah kanan atas page nih ONE : Itu fb badge untuk aku nyer baking biz ~ Oh ! Delish (sila la 'like' yer sahabat yang dikasihi ... hehehe) TWO : Itu instagram nyer badge di mana segala update dan gambo tertera (sila la follow jika mahu) THREE : Itu secebis gambar yang dipost ke instagram Insya Allah ada kesempatan blog ini akan dikemaskini seperti dolu-dolu. Harap kalo sudi ikuti la di media...

:: Penings ! ::

Image
Aku dan anak. Muka lebih kurang serupa. Bila tengok muka dia macam tengok diri sendiri di cermin. Perasaan adalah sangat ganjil ... hehehe Orang kata kalau anak lelaki, ikut muka mak (and vice versa) - sejuk. Tapi aku ngan budak kecik ni asik bergaduh jer hari² ! Suka jer buat menda yang bikin aku marah. Sangat tak cool ok ! Aku dah la sangat malas mau marah² tapi mana boleh tahan ... kalau main lego tu, sepahkan satu hall penuh menan dia. Pehtu bila hilang tanya kat aku. Aku kata tak tau, dia marah lak kat kita ni ha ... selagi tak jumpa dimarahnya kita. Menyirap sesangat ... pehtu dah sepah atas lantai, kita nak jalan dah macam booby-trap ! Kalo terpijak menatang kecik² tu kan ke sakit ! Skarang lak memelik je la perangai. Bangun pagi, bukak jer mata, nak jadi kucing ! Hadoyaii. Siap mengiau macam kucing ... siap merangkak ... suara lak buat suara kecik² kengkonon kucing la tu ... aduhai. Pastu kena la layan dia macam kucing. Boleh ? Masalah masalah ... Ini plak kegilaa...

:: Nilai Sekampit Tepung ::

Susah betul nak mulakan bicara bila lama dah tak menulis dan mengarang. Agak berkarat dah jari-jemari ni nak menyusun kata. Tapi takpe kita cuba … dengan perlahan dan Istiqamah Hari ni aku nak cerita pasal tepung. Ada apa dengan tepung ? Kenapa tepung, tidak gula ? Senang je jawapan nyer … tepung tu asas kepada bermacam makanan lain – mee, kek, kuih, roti, cekodok, pau dan bermacam jenis makanan lain yang terhasil dari tepung Maka, kesimpulannya tepung (selain beras) merupakan bahan makanan yang sangat penting dalam sesebuah kehidupan seseorang tak kira la dok kat negara mana sekali pun. Ada ke negara yang takde tepung ? Tak kisah lah tepung jagung ke, tepung kacang ke but now aku nak cakap pasal tepung biasa – all purpose flour Sebelum aku teruskan tulisan ini, harap yang membaca dapat menilai penulisan ini dengan penuh ketenangan dan tidak prejudis. Nilai lah penulisan ini dengan kapasiti aku sebagai RAKYAT. Bukan sebagai orang yang bekerja dan berpendapatan berkala, ...

:: Cuti Tahunan ::

Hullamak aii Ini betul punya cuti tahunan ni. Disebabkan terlalu aktif kat fB, makanya blog kesayangan telah menjadi mangsa pemerdagangan orang. Eh ? Salah tu ... mangsa pengabaian Ye lah, dulu² segalanya diluahkan ke dalam blog. Skarang, luahan di dinding fB. Lepas tu dapat plak respons serta merta dari frens. Kalo kat blog ni ... nak tunggu traffic masuk pun payah, melainkan korang blogger tersohor lah kan. Takat mcm aku ni ... sob sob I missed to ramble in this blog. Berangan mau jadi penulis. Hehehe. Menaip setiap kata dalam blog ni telah berikan aku banyak kepuasan dan kebebasan dalam mengekspresi diri sendiri. Sayang nak berenti tulis dalam blog ni. Walaupun post yang ada hanya 766 je ... huhuhu Tahun 2012 merupakan tahun yang sepatutnya membuka banyak ruang dan peluang bagi aku untuk perbaiki diri. Baik dari segi kerjaya, keluarga, jasmani mahupun rohani Family wise ~ ini tahun ke enam aku berumah tangga. Anak seorang sudah bersekolah. Suami seorang yang makin bulat. Hahaha...

:: Terus Taip ::

Sebenarnya aku suka menulis. Bila dah suka menulis, maka aku suka membaca. Of course lah, sebab bila dah tulis, haruslah kena baca. Duhh … Ok, point is … ada banyak menda aku nak tulis tapi aku tak sure sesuai ke tak nak letak kat blog aku nih. Memula its just sekadar tempat meluahkan perasaan. Pehtu dah berjangkit ke tempat aku letak resepi. Pehtu citer pasal anak. Pehtu jadi tempat lepas geram. Pendek kata caca-marba. Panjang kata entah apa saja la aku nak type saja nak tarik traffic supaya aku leh kuarkan duit dari akaun nuffnang. Cukup panjang ? Blogging for money had never been my attention. Aku ada entah, dekat 10 blog kot. Kakaka … aku gila ke apa ? Semua dah tak aktif, aku hanya tumpu yang ini saja. Lain semua aku nak delete lah. Semak jer bebanyak. Get what I mean ? Kalo aku gila trafik, gila orang klik nuffnang, dah tentu aku post 1 entry tapi sama je kat blog lain tu suma Blog had been a hobby. Food is passion. Writing is a dream. Dan menjadi kaya-raya, benti keje, lepak ...

:: Ini Kisah Ramadhan #1 ::

Kisah yang takde apa pun nak dikisahkan oleh orang lain. Aku sekadar mahu berkongsi dengan siapa yang sudi … Ok ! Mula Pada sebelah malam Ahad, setelah tamat Masterchef, baru lah nak tengok pengumuman 1 Ramadhan. Padahal memang dah tau kot. Skarang bukan cam zaman dulu … semangat tunggu announcement dari Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Hari pertama bersahur – Nasi, ikan keli goreng, sayur kobis Tak semangat langsung mau sahur … kepenatan melayan ipar-duai yang bertandang pada hari-hari-hari sebelumnya. Juga semak otak kerana urusan kerja yang mengganggu di waktu rehat Negeri aku menetap ini cuti pada 1 Ramadhan. Aku baru berangan nak buat kek nak bagi mak dan jiran tetangga. Kena paksa datang opis oleh Bos pada hari cuti negeri Mungkin esok kiamat … sebab itu tak boleh tunggu hari esok menjelang. Takut di soal Tuhan akan kerja yang tidak siap – Mungkin Jadinya pegi ke opis dengan perasaan meluap-luap di dada. Namun, biarkan saja ia berlalu kerana perasaan marah tidak perlu dilay...

:: Buta Mata Bukan Buta Hati ::

Image
Haih … nak marah, anak. Tak marah, geram ! Tapi aku pilih untuk marah Incek Hubby kerana terlupa tutup pintu freezer lalu menyebabkan rumah bebau macam pasar. Semua mencair. Entah dari pukul berapa terbukak pun tak tau la aku Pasal apa nak marah² ni Cik Yumiko ? Haih … gua takda hati mau marah lagi la. Lu orang tengok gambar saja sudah la ek …     Skarang mau type ini entry pun meraba² dalam kegelapan kecerahan ! Huish … bengang betul ! Kisahnya … malam Isnin aku tido lewat, kol 2 lebih kot. Pehtu pepagi Selasa dah bangun kol 5.30 kot. AKu tak ingat lah. So, lepas kerja semalam … petang tu bawak Mak Wan yang jaga si Malliq Rayyan tu pie beli bingkai specs baru. So, bebudak kedai spec tu offer aku nak repair spec aku plak Memang spec aku dah huduh pun. Senget benget nya … Tuhan je lah tau bila ada anak kecik nih. Dah lama memang nak tukar baru. Tapi asik tangguh jer Ok, berbalik kepada cerita sedih Sampai umah lepas tu dah kol 6 petang. Aku nyer kepala dah ting tong da...

:: 1st Time ::

Image
Alhamdulillah ! 1st time neh … hehehe tak sangka mendapat hasil lumayan Tadaa … ! Aiseh … tak nampak ke ? Jap jap … Hehehe … orang lain (kakngah) sebulan sapu habis semua GA kat alamaya neh. Aku dapat 1 jer pun nak kecoh. Haa … secara jujurnya, aku rajin buat contest, tapi tak rajin nak masuk orang punya contest Ni la namanya tuah 1st timer. Adeh … macam dah gian la pulak. Err … kat mana ada buat laie GA ke, contest ke … ? Sila bagi tau yer Keputusan leh tengok sini Aku nyer entry leh tengok sini Tenkiu yer Cik As of Tote Boutique. Hehehe masih tersenyum lebau …    

:: Belum Tiba Masanya ::

Zaman dulu² ... hanya perempuan memakai 'pad' Itu pun hanya pada waktu² tertentu beberapa kali dalam sebulan Zaman revolusi teknologi ... hanya perempuan dan 'tikus' sahaja memakai 'pad' Itu pun hanya pada waktu² tertentu beberapa kali dalam sebulan Dan hanya di tempat² tertentu yang mempunyai 'tikus' saja Zaman semua boleh jadi ... semua orang sudah memakai 'pad' Tua, muda, kanak², lelaki, perempuan semua sukakannya Tapi ia tidak lagi diguna secara sorok² dan di atas meja saja 'Pad' yang ini Semua orang kalo buleh nak tayang Bagi semua orang nampak Ada orang suka pakai 'pad' Ada orang segan² pakai 'pad' Ada anak suka kacau orang tua punya 'pad' Orang tua yang bengang belikan anak satu 'pad' Sama² ber'pad' 'Pad' sana 'Pad' sini Ada 'pad' yang dibeli ... digunakan untuk memudahkan kerja Ada 'pad' yang dibeli ... melambangkan status dan kerjaya Ada 'pad...

:: Aku Cuti ! ::

Image
Bye ! Aku cuti sampai raya cina ! Aku pun nak Gong Xi Fa Chai ! Hehehe … takde lah. Nak rehat² dan menyelesaikan beberapa urusan. So, kalo mood ok, aku update lah. Kalo tak, korang tengok je lah kaki aku tu yer … Tatata !

:: Kalau Berkalau ::

Image
Berangan memang best kan ? Kalau (itu – ini X sana / sini) = Mimpi² hahaha. Equation yang tah pepe jer. Tapi motip sebenarnya ialah berangan tu memang best ! Sebab takyah pakai duit pong. Berangan je lah sampai meleleh air lior ka, sampai juling mata ka … no limit ! Kisah berangan nih mula bila aku nih asik dapat email SPAM menang loteri. Bila dikira² semua ada dekat 20 Juta Pound kot aku menang. Hahaha … gila tu. Lebey kurang RM97.5 Juta tu weih. 70 keturunan aku hidup senang lenang dah. Provided tau manage duit tu ngan betul lah Kalo aku bebetul ada £20M ~ RM97,577,677.51 apa je nak buat ek ? Meh kita try kira … buleh ke duit nih survive sampai 70 keturunan aku ? Bayo hutang piutang – RM500K Bayo PTPTN laki bini – RM50K < siap ada extra aku bayo kira derma lah ASB 3 beranak maksimum – RM200K X 3 = RM600K ASB mak, ayah, mak mertua, pak mertua – RM200K X 4 = RM800K ASD Malliq Rayyan (tatau maksimum berapa, hentam je nih) – RM200K Beli umah kat memana obersi sebijik – RM10M Beli um...

:: Hoyeah ! ::

Image
Yeay ! Tukar baju laie … kaler biru la plak Redup sket mata memandang Space nak tulis pun kecik tapi kurang lah serabut sebab menda² gajet kat tepi nih dah susun balik comey² Ok lah … tetiba semangat nak update. Tengok lah kalo line tenet ok petang² kang Daa !

:: Thank You Note ::

Image
Kepada Incek Jaque Terima kasih kerana membelikan saya sebijik kamera Walaupun hari saya dilahirkan ... lambat laie Terima kasih ! Picnik Editing 1 - Orton-ish : Jadikan hitam bertambah² hitam ... terutama untuk background 2 - Cross Process : Tint kan gambar sket ... bagi feel 70's camtu ... tatau nak explain lah

:: BABY Baru ::

Image
    Hahaha … bukan aku yang beranak yer. BTW gambar² nih semua bukan pakai O-PEN. Diambil pakai henpon aku. Hancus sebab takde flash. Semua nampak bintik². Gambar dari O-PEN nanti aku letak. Masih tak berapa pandai nak pakai O-PEN nih … tangkap gambar pun ikut suka aku jer. Tapi takpe … mana ada orang terus pandai kan? Semua kena amik masa belajar … Pembelajaran Sepanjang Hayat Ok lah, nak cari mangsa untuk ditembak (shoot pose lah … bukan pakai pistol !)

:: Entry Ke-300 ::

Image
Hoho … berjaya juga cecah 300 ! Sangat liat ok … Sila bangga dengan diri sendiri Oh … kejap laie mau soppin’² sempena JCard Fiesta yang diadakan every 1st Saturday of the month ! Kat Jusco Bandaraya Melaka – JCard Fiesta is Every Month ! Happy gila,

:: Penderaan Fizikal ::

Image
Skarang nih kecoh sana-sini pasal budak kena dera. Baby kena buang … ada yang mati, ada jugak yang sempat diselematkan. Kesian sangat kan tengok baby ngan bebudak kecil yang orang kata tak tau apa tu jadi mangsa orang tua yang berakal dan sepatutnya tau la apa² yang patut Tapi kalo orang tua kena dera ngan bebudak yang tak tau pepe tu … camner ek? Tak penah korang dengar ek? Banyak sebenarnya … cuma orang tua nih kalo bebudak yang tatau pepe tu buat, biasanya diaorang let go jer … maklumlah budak tak berakal Tapi nih aku nak tunjuk bukti kes DT3215/A-08(MR) : Kes Anak Dera Mak Ini ler apa yang terjadi bila budak kecik yang tak berakal dibiarkan. Tetau jer kaki ko berlobang kena gigit. Kalo tak pikir anak sendiri memang dah lumat ler aku tenyeh. Kalo bukan anak sendiri pun takde la aku sampai tahap mendera. Pepaling koman pun kena marah ngan aku la. Sebagai orang tua yang berhati mulia … aku ampunkan jer lah Nama pun anak … Sabo je lah …. Anakku Rupanya Vampire,

:: Quickie ::

Image
Ahh ... lamanya tak update. Sangat sebok ngan menda tah pepe. Rumah dah kena serang taufan. Tonggang langgang toksah ler citer. Opis haru biru ... laie ler toksah citer. Apa² pun skarang semuanya akan kembali tenang dan normal dan ceria kembali ... hopefully Aku ada jer kat sini ... membaca jer posting² korang di alam maya tu. Cuma aku jer berdiam diri. Banyak menda yang menghalang aku dari mengupda te ... factor pertama ialah FB sudah jadi priority #1 then ... camera dah tak best ... pehtu takde mood Sesungguhnya takde sapa pun peduli kalo aku tak bagi explainations pun kan? Tetiba terasa cam nak bagi pantun : Ramai orang memandang rupa Hati yang baik dilupa jangan Update blog tidak dilupa Cuma masa menjadi halangan Ntah pepe je lah pantun aku nih kan?