22 January 2011

:: Quickie Quiche ::

PC252228
Lama tak letak resepi kat sini. Ini ialah quiche yang paling senang nak buat. Takyah buat crust. Bancuh-campak-bakar-ngap ! Percaya atau tak, aku bancuh menda nih kol 1.30 pagi sebab anak² buah yang masa tu datang tido umah masa cuti sekolah, manjang kelaparan. Maklumlah bebudak laki. Asik lapau je. Letak jer … sekejapan lesap

Sedap dan senang … memang lah aku punya type of recipe sebab tak kosa nak renyah². Memang dasar pemalas ! Hahaha … layan je lah recipe

Quick Quiche
Source :
allrecipes.com

Bahan²

4 batang sosej – aku guna Nutriplus Honey Chicken Frank
2 cawan keju cheddar parut
2 sudu besar mentega, cairkan
4 biji telur, dipukul
1/4 cawan bawang yang dicindang
1 sudu kecil garam
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu – aku guna susu kotak Full Cream

Cara²

1 – Sosej dipotong dadu dan digoreng. Toskan minyak

2 – Panaskan oven 175C. Griskan bekas (remekin atau pie dish atau apa² bekas yang korang ada … belasah je. Aku punya bekas tu seramik 5 hengget je)

3 – Keju parut diletak di dalam bekas, diikuti dengan sosej yang dah goreng tadi. Campurkan telur, mentega cair, bawang, garam, tepung dan susu di dalam satu bekas berasingan dan pukul dengan whisker hingga sebati dan tuangkan ke dalam bekas² berisi keju dan sosej tadi

4 – Bakar selama 35 minit. Hidangkan panas atau sejuk

Siap ! Ini jer bahan yang aku ada. Kalo nak lagi sedap, buleh tambahkan cherry tomato, daun basil yang fresh dan sosej tu buleh ganti dengan udang atau isi ketam for seafood quiche plak

Selamat mencuba !
yumiko

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...