25 January 2011

:: Ini Betul Punya Selam ::

Aritu kan Senam Selam kan ? Kali nih kitaorang betul² pie selam² kat laut. Huhuhu tabahkan hati jer nak pie pantai hari sabtu pagi ! Aku kol 5 dah bangun yer … prepare makanan nak piknik katanya

cikensenwic

Makanan piknik versi tamak haloba nih. Kenkonon tiru resipi KFC lah tu … Zinger Crunch amenda ntah. Kan ker azam aku taun nih takmo makan kat luar. Tu yang buat sendiri jer semua. Kiasu betul ! Resipi kendian ek

P1082375

Memang kiasu habis … Sampai kat pantai nih dalam kol 9.30 kot. Pantai takde orang ! Yippie leh jimba² … sangat la ! Yang mandi diaorang berdua jer. Aku volunteer jadi jaga. Banyak la pulak menda, wallets, kamera … memang takde orang kat pantai tapi orang jahat nak mencuri nih memang ada jer kat memana. Rela aku tak mandi dari kena rompak

P1082394

P1082403

P1082407

Huhuhu … khusyuk betul makan sampai tutup² mata. Sebenarnya masa dok dalam air tu dia dah termuntah sebab ayahnya pandai sangat pegi soh dia menyelam. Apa daa, budak 2 taun nak menyelam apa. Mana la reti … tertelan air laut sampai termuntah

P1082412

Tengah syok layan piknik tetiba datang mamat ni ha. Dia kata dia student UTM, tengah buat kajian pasal perlombongan haram ke apa camtu lah. Diaorang mintak kitaorang jawab survey. Tengah jawab² tu tetiba ada soalan lebey kurang camnie la kot – “Berapakah nilai wang yang sanggup anda sumbangkan untuk memelihara alam sekitar ?” Aku ingatkan soalan retorik … rupanya kena bagi duit bebetul … Apa punya survey daa. Aku bagi singgit jer. Nasib ko la

Macam nak nipu pun yer, tapi ada surat dari UTM. Alah, zaman teknologi canggih, apa jer takleh tipu. Nothing is impossible nowadays …

P1082418

Sebelum balik diaorang kutip kerang … yang ayahnya dapat la jugak seplastik. Malliq pun kutip jugak …

P1082419

Sekali pasir daa ! Hahaha … orang korek pasir … dia kutip pasir. Layan kan je lah kekanak riang nih. Dia pun tak tau amenda jer orang main korek² kat pantai nih. Lepak² laie, makan² laie sampai kol 12 camtu … pehtu gerak balik. Cuaca redup tapi bahang ! Best dapat lepak tepi laut … nanti leh pegi laie

Korang buat apa masa weekend ?

yumiko

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...