24 January 2011

:: Aku Tension ! ::

P1032348
Memang hancur la gambo makanan aku ! Asal boleh jer snap. Skarang nih memang takde mood nak setting bagai. Allo inche’ suami … bila nak buat lightbox gua daa ? Tekanan je …

Berbalik pada kek yang dah nak habis neh … ni namanya Kek Tennssey. Aku amik kat majalah Wanita kot. Aku rasa editor salah eja la. Takkan la Kek Tensi ? Tension kah ? Aku bajet nama kek nih Kek Tennessee cam nama tempat kat US tu lah. Sedap sangat kek nih. Inche’ suami makan tak berenti … nasib baik aku sempat halang. Memang tak rugi try sebab 10 minit dah tinggal suku. Nyam nyam … resepi pun simple je

Kek Tennssey
Source : Majalah Wanita

Bahan A

120 gm tepung campuran kek span (sponge mix)
2 biji telur
40 ml minyak masak
40 ml air

Bahan B

250 gm cream cheese
1 tin besar fruit cocktail
1 tin susu cair
4 biji kuning telur
1/2 cawan tepung jagung

Cara

1 – Campur semua Bahan A, kecuali minyak masak. Gaul hingga gebu

2 – Setelah gebu, campurkan minyak dan gaul hingga rata

3 – Bakar hingga masak dan bahagikan kepada 2 bahagian

4 – Asingkan air fruit cocktail dan campurkan dengan semua Bahan B kecuali buah

5 – Kacau atas api hingga likat

6 – Adunan dilapiskan kepada kek

7 – Tabur buah, sejukkan dan hidang
 
Senang je lah … Try jangan tak try !
yumiko

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...