:: Terus Taip ::

Sebenarnya aku suka menulis. Bila dah suka menulis, maka aku suka membaca. Of course lah, sebab bila dah tulis, haruslah kena baca. Duhh …

Ok, point is … ada banyak menda aku nak tulis tapi aku tak sure sesuai ke tak nak letak kat blog aku nih. Memula its just sekadar tempat meluahkan perasaan. Pehtu dah berjangkit ke tempat aku letak resepi. Pehtu citer pasal anak. Pehtu jadi tempat lepas geram. Pendek kata caca-marba. Panjang kata entah apa saja la aku nak type saja nak tarik traffic supaya aku leh kuarkan duit dari akaun nuffnang. Cukup panjang ?

Blogging for money had never been my attention. Aku ada entah, dekat 10 blog kot. Kakaka … aku gila ke apa ? Semua dah tak aktif, aku hanya tumpu yang ini saja. Lain semua aku nak delete lah. Semak jer bebanyak. Get what I mean ? Kalo aku gila trafik, gila orang klik nuffnang, dah tentu aku post 1 entry tapi sama je kat blog lain tu suma

Blog had been a hobby. Food is passion. Writing is a dream. Dan menjadi kaya-raya, benti keje, lepak kat umah jaga anak sambil membuat arts and crafts adalah berangan. Semua orang wishing for the same thing kot … terutamanya perempuan

Nak tulis event yang aku attend … plis lah, ku duduk di ceruk dunia. Nak tulis pasal places I’ve went – orang lain dah keliling dunia bai. Nak tulis pasal makanan dan masakan … aku hanya serangga kerdil yang arif dengan beberapa jenis masakan saja

Hidup biasa hingga tidak ada perlu untuk berkongsi dengan orang. Anak ? Sama je ngan anak orang lain. Anak aku bukan Orang Kelainan Upaya. Upaya nyer sama saja dengan anak orang kebanyakkan. Maka, bila bercerita tentang anak yang agak membanggakan sebagai ibu bapa … adalah sendiri berasa poyo kerana ianya biasa² saja … tiada WOW factor di situ

Jadi … kenapa mahu tulis blog sekiranya semua sama saja ? Mata aku dua, mata korang pun dua. Tangan aku dua, berjari 10. Sama juga seperti kamu, kamu dan kamu. Ya, kamu yang berkaki dua itu, sama saja seperti aku

Seperti juga beragama dan berpuak-puak. Sekiranya sama saja … baiklah kita ini tidak perlu hidup di atas muka bumi ini. Berlainan agama, berlainan kaum, berlainan upaya adalah perlu supaya kita belajar sesuatu dari kelainan itu. Dan juga agar kita lebih menghargai kelainan yang kita ada

Anda sama ? Anda lain ?

Tipu la kalo kata sama jer. Sedangkan cap jari kanan tak sama dengan cap jari kiri.

Oleh kerana cap jari aku berbeza ngan korang, maka aku akan terus menaip di sini

Sungguh pun hidup kita mungkin sama ceritanya – lahir, besar, belajar : rendah, menengah, universiti; kerja, gatal, jumpa bf/gf, kawen, beranak, stress – tentunya perjalanan yang ditempuhi berbeza. Tak mungkin akan sama. Kerana kita adalah manusia unik yang telah dijadikan Tuhan yang Maha Bijaksana

Terus membaca kerana aku akan terus menaip … kalo aku rajin ! Ahaks …

Comments

  1. kalau berblog terlalu mengejar taffik.. hilang la nikmat blogging syok sendiri tu..
    jadi diri sendiri.
    cool!

    ReplyDelete
  2. :: kakngah ::
    blogging syok sendiri ek ... hehehe betul bangat deh ! saya sokong !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::