:: Apa Dalam Botol ::

Kurang lebih ketika itu umurnya dalam darjah 3, pertama kali bersua dengan sebiji botol kaca yang berwarna legap; lengkap bertudung plastik merah longgar dan dibalut akhbar lama

Lama direnungnya botol tersebut. Maklumlah ... pertemuan pertama kali bertentang mata. Kalau dulu hanya dengar-dengar saja ... nah, kini boleh dipegang secara nyata

Dibuka kerudung merah, terserlah aroma menusuk ke hidung. Ahh ... busuk amat ! Apa yang orang gila kan ? Hairan sungguh manusia

Diajukan soalan kepada si tukang bawa - masih hidupkah ia di dalam sana ?

Sambil menjengah-jengah ke dalam botol. Masih merenung tajam ke sudut botol yang paling dalam

Bingung seketika si tukang bawa, apa yang masih hidup ? Mana mungkin botol ada nyawa ?

Jawabnya pendek sahaja - berudu

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::