:: Nilai Sekampit Tepung ::
Susah
betul nak mulakan bicara bila lama dah tak menulis dan mengarang.
Agak berkarat dah jari-jemari ni nak menyusun kata. Tapi takpe kita
cuba … dengan perlahan dan Istiqamah
Hari
ni aku nak cerita pasal tepung. Ada apa dengan tepung ? Kenapa
tepung, tidak gula ? Senang je jawapan nyer … tepung tu asas kepada
bermacam makanan lain – mee, kek, kuih, roti, cekodok, pau dan
bermacam jenis makanan lain yang terhasil dari tepung
Maka,
kesimpulannya tepung (selain beras) merupakan bahan makanan yang
sangat penting dalam sesebuah kehidupan seseorang tak kira la dok kat
negara mana sekali pun. Ada ke negara yang takde tepung ? Tak kisah
lah tepung jagung ke, tepung kacang ke but now aku nak cakap pasal
tepung biasa – all purpose flour
Sebelum
aku teruskan tulisan ini, harap yang membaca dapat menilai penulisan
ini dengan penuh ketenangan dan tidak prejudis. Nilai lah penulisan
ini dengan kapasiti aku sebagai RAKYAT. Bukan sebagai orang yang
bekerja dan berpendapatan berkala, bukan sebagai orang yang berniaga.
Nilai lah sebagai rakyat – orang biasa yang hidup di atas muka bumi
Allah ini
Aku
terpanggil nak menulis pasal tepung ni sebabnya semalam aku ada order
dari customer untuk buat blueberry cheese tarts. Kebetulan pulak
tepung nak buat tart ni habis, boleh plak aku tak perasan. So, aku
mintak la laki aku tolong belikan. Dia tanya baper harga sekampit
tepung ? Aku cakap rasanya RM2.50 kot ? Entahlah, aku bukan ingat
pun. Tak kisah la baper harga tepung tu janji order aku siap
Bila
dia balik, dia pun bagi la kat aku sekampit tepung – tepung
1Malaysia. Murah la tepung ni, baru RM1.60 kata laki aku. Ooo ye ker
… tak kisah la tu tapi tepung biasa takde ke ? Kedai lain suma dah
tutup, kedai yang bukak ni pun tepung dia ada yang ini je. Ok lah
boleh la tu … tepung rakyat marhaein yang kurang berkemampuan mesti
sama je kot ngan tepung biasa
Aku
pun baik punya angin, pegi la bancuh cheese tart macam biasa. Resepi
yang sama, dah berpuluh kali orang order … suma bagi feedback sedap
[alhamdulillah]. Butter plak guna butter yang agak berjenama sebab
aku nak buat untuk regular customer aku dan seorang perempuan
mengandung yang sudah agak hampir untuk melahirkan. Teringin sangat
nak makan, katanya. Semestinya aku nak berikan terbaik untuk mereka
ini kerana mereka membayar perkhidmatan yang aku berikan
Bila
sampai part aku nak ayak tepung tu, aku pun dengan penuh bangga dan
harapan menggunung gunting la plastik tepung tu. Tuang dalam bekas,
timbang kuantiti sepatutnya. Aku masih waras, masih celik dan masih
ada tenaga lagi [walaupun dah 2-3 hari tido tak cukup pasal order
banyak] untuk aku baca berapa kuantiti tepung yang aku perlukan
Ok,
cukup – time to sift (ayak lah). Bila aku nak ayak, aku perasan
tepung ni tekstur dia lain macam sket. Licin sangat, tak macam tepung
biasa [even aku bekerja, dan baking membaking ni part time, dah
berpuluh tahun aku tengok tepung, so aku tau la tepung gandum biasa
ni camner rupa dan teksturnya]. Tepung biasa ianya kesat sikit dan
melekat debu tepung tu kat tangan. Tepung ni tak, tersangat licin dan
tak lekat debu
Sesungguhnya
aku ini manusia biasa. Ilmu setakat apa yang kita belajar dan kita
tahu dan kita alami. Pada hemat aku tepung 1Malaysia ni mungkin hanya
merupakan salah satu dari bermacam jenis gandum yang dijadikan
tepung. Tepung cap sauh mungkin guna gandum gred A [contoh saja],
tepung 1Malaysia mungkin guna gandum gred B atau C [sekadar contoh].
Begitulah logik akal aku bila harganya nyata lebih rendah dari tepung
biasa di pasaran terbuka
Ok
kot ni … ayat penyedap hati. Bila semua bahan disatukan, harapan
aku mula berderai satu persatu. Adunan tak berapa menjadi, tepung tak
serap butter. Jadi sangat berminyak, sangat tak tentu arah, sangat
tension. Sangat memeningkan kepala aku okay
Dan
sangat stress, sebab laki aku tukang terap adunan dalam bekas acuan
dah mula membebel kenapa adunan aku ni lain lah, tak gebu lah, ini
berminyak sangat lah, itu lah ini lah. Percuma jer aku kena
'ceramah'. Nak marah dia pun ada jugak sebab takkan la aku ni bodoh
sangat nak pie cari bala saja buat tak betul. Dah la dah malam, esok
pagi nak kerja lagi, ingat aku suka² cari masalah ke ?
Takpe,
aku positif saja. Mungkin pasal butter ke ? Tapi butter mahal …
takkan la buat perangai pulak ? Terlebih telur ke ? Telur tembelang
ke ? Vanilla dah expired ke ? Apa masalahnya ni ??? Langsung aku tak
terpikir tepung tadi la punca segala masalah aku. Aku buat jugak,
sampai tersengguk². Laki aku dah pie tidokan anak. Jadinya aku
mengadap la sensorang. Agak penat aku benti jap, pehtu sambung balik
Sudahnya
amik masa 4 jam hanya nak siapkan 80 biji tart. Memula adunan tadi
berminyak sangat kan ? Bila lelama adunan aku makin keras, makin
kejung. Lagi la bertambah stress aku dibuatnya ! Masa ni aku masih
tak tau apa la punca adunan aku macam hampeh. Mula la aku menyalahkan
diri sendiri – tau tak mampu nak buat, buat apa amik order
bebanyak. Tak payah dah amik order – dan ntah apa lagi la yang
terlintas. Segala yang negatif mula menerobos kotak pikiran dan hati.
Lumrah manusia memang begitu
Bakar
– oven yang sama, suhu yang sama, jangkamasa yang sama. Keluarnya –
simen ! Ya, simen lepa.
Ya
Allah … apa saja la dugaan yang Kau berikan padaku Ya Allah ?!
Tolong lah hambaMu ini Ya Allah !!!
Aku
siapkan jugak cheese tart aku tu walaupun aku tau ianya sekeras batu.
Aku cuba sedaya upaya aku untuk menghasilkan janji aku kepada
pelanggan. Selebihnya aku berserah kepada Tuhan. Nyata ini bukan
rezekiku … aku redha
Aku
tidur dengan hati yang tak tenang dan serba salah. Mana mungkin aku
berikan hasil sebegitu kepada orang yang telah berikan kepercayaan
kepada aku untuk menghasilkan sesuatu yang layak dibayar. This could
be one of those days that totally went wrong !
Selidik
punya selidik, baru la aku perasan satu saja bahan yang lain dari
adunan aku yang sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum
sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum
sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum
sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum
sebelum sebelum ini – tepung 1Malaysia
Aku
penah guna tepung cap Jusco – ok, cap Tesco – ok, cap kunci –
ok, cap sauh – laie la ok, cap ntah apa cap laie suma penah guna –
TAKDE MASALAH PUN. Laki aku kata – ntah² ini dah campur tisu
kisar. Haaa macam kita buat projek [klik : papier-mâché] yang rendam kertas
sokabo pehtu tampal kat belon buat topeng la apa tu la kan … pehtu
kertas tu kan keras kan … camtu la kerasnya aku nyer cheese tart
Ini
la nilai sekampit tepung yang aku nak sampaikan. Bagi aku yang ada
sedikit kemampuan untuk membeli barang yang lebih baik kualitinya,
takpelah … aku boleh beli tepung jenama lain yang aku rasa mahal
sedikit harganya. Tapi bagi rakyat yang hanya mampu membeli di Kedai
Rakyat 1Malaysia, beras mungkin ko takleh nak tipu sangat, paling
kuat pun campur ngan beras yang tak layak dijual. Tepung dah jadi
tepung camtu, sapa tau ko campur apa kat dalam tu ?
Makanan
tu asas kehidupan. Bila rakyat dapat makan makanan yang elok,
sejahtera lah masyarakat. Sebab apa aku cakap camtu ? Contohlah aku
ni kerja jaga toilet je la ek. Anak aku ada 5 orang semua sekolah.
Laki aku tak kerja pasal dia lumpuh eksiden kena langgar lari.
Jadinya aku kena tanggung keluarga. Pendapatan bulanan aku dah tentu
tak cukup untuk tampung semua. Belanja dapur pun kat KR1M. Bila aku
masak, kata la aku buat cistat untuk memenangi hati anak² yang sebok
nak makan tapi kita tak mampu nak beli, jadi plak cistat kejung cam
tadi … apa perasaan anak ? Huh, mak aku miskin beli tepung pun
cistat jadi batu. Susu pekat rasa besi. Sardin pun tah apa rasa.
Eskrem pun susah nak citer [oh … aku penah beli semua benda yang
ada logo 1Malaysia di KR1M. Semua benda aku dah rasa, so jangan nak
tipu aku]
Bila
camtu keluarga mula jadi porak peranda. Si emak rasa bersalah kerana
tak mampu memberikan terbaik untuk keluarga dan mula menambah kerja
sampingan. Pagi jaga toilet, malam jaga kilang. Anak pulak, mula rasa
terbeban dengan 'rasa' miskin dan serba kekurangan. Lari dari realiti
hidup – jadi la remaja yang hilang punca. Emak tak dapat
membesarkan anak. Anak hilang panduan dan perhatian
Cuba
kalau makanan yang elok dan selayaknya mampu dibeli oleh si emak.
Anak berasa puas menikmati air tangan ibu. Setiap hari nak makan kat
rumah. Bila perut kenyang, hati pun senang. Betul ? Si emak pun takde
la rasa terbeban dengan hidup – bekerja tapi tak pernah cukup.
Walaupun hanya bekerja sebagai penjaga toilet, masih mampu bagi makan
kat anak². Bukan ke itu tujuan kita bekerja ? Bagi makan …
Mungkin
kepada yang membaca, isu ini remeh. Isu terpencil … takde isu pun
sebenarnya. Tapi aku terpikir sebab aku dah terkena. Aku teringat
pada tukang² sapu kat opis aku. Ada yang datang pagi² jual bunga
rampai. Walaupun aku tak nak, aku beli juga. Ada yang datang petang²
bawak keropok, roti, buah jambu dan jajanan lain. Walaupun aku tak
nak, aku beli juga
Bayangkan
kepenatan bawak benda² tu dari satu opis ke satu opis. Dari satu
blok ke blok lain. Tergamak ke nak cakap 'Tak nak lah kak'. Pernah
aku tanya satu makcik ni. Pagi jual bunga rampai, petang jual jambu.
Berapa makcik dapat jual menda² ni ? Agak² berapa la, cer korang
teka ? Dia cakap ngan aku, keropok la kerepek la, jambu la apa la
semua, dalalnya 5 sen je dia dapat ! Leh caya ??? Kalo dia tipu, aku
tipu korang la. Gila ke hapa 5 sen 1 menda. Kalo 10 menda dia jual
tak ke baru dapat 50 sen ? Gila Yahudi peras tenaga orang tua … aku
cakap ngan makcik tu, takyah la jual laie. Orang tu untung bagai nak
rak, awak penat lelah bawak beg plastik sarat barat kiri kanan jalan
satu blok ke satu blok, bilik ke bilik
Itu
sebabnya aku terpanggil. Aku rasa lelah makcik tu. Dia sanggup buat
apa saja pasal nak tambah pendapatan dia. Teruk sangat ke negara aku
Malaysia yang kaya-raya dengan sumber asli dan terkenal dikalangan
pelancong kerana kepelbagaian kaumnya ni ? Sumber atas tanah ada …
sumber bawah tanah ada … sumber dalam air ada … cer cakap apa jer
takde kat Malaysia ni ? Malaysia kita ni kaya tapi tak makmur. Hanya
segelintir yang dapat nikmat. Nikmat yang aku cakap ialah, ko kerja
sampai nak putus urat pun tapi ko puas hati. Keluarga terjaga, boleh
ibadat dengan tenang, jiran tetangga harmoni. Itu nikmat. Bukan
nikmat dapat berjoli beli barang mewah, boleh terbang sana sini,
boleh tengok ASTRO
Aku
cuma nampak nikmat tu masa zaman mak ayah aku besarkan aku adik
beradik. Kitaorang bukan orang kaya pun tapi makan tak penah kurang.
Semua makanan elok. Dapat merasa makan yoghurt mahal, dapat makan macam² yang
sekarang ni kalau nak makan agak berkira sikit la
Kita
rasa Indon ngan Thai tu miskin laie dari kita kan. Tapi cer pegi sana
... makanan yang elok dan berkualiti masih mampu dibeli rakyat
jelata. Beras cantik, buah segar, makanan pelbagai pilihan yang
kualitinya tidak direndahkan semata-mata nak bagi nampak harga murah.
Sungguhpun murah, gizi makanan tu tak dimanipulasi. Kat Indon ada
sozis (sosej segera yang boleh terus makan), cheese pelbagai jenis,
susu pelbagai perasa. Semuanya keluaran tempatan. Nak nampak barang
import pun selected menda la import tapi memang kebanyakan produk
tempatan
Tengok
harga susu, cheese, coklat dan ntah segala macam barang makan …
memang dalam lingkungan harga mampu milik (average bagi yang bekerja
dan berpendapatan). Cer tengok harga makanan kita kat sini ? Susu
'power' yang ada segala macam DHA, AHA, Biobifidus la apa suma tu
(bohong jer suma tu) harga sampai ratusan ringgit. Logik ke ? Mana
kawalan harga susu budak ? Takde kan … sebab orang tau mak bapak
mesti akan beli – menyediakan yang terbaik untuk anak kononnya.
Mengambil kesempatan yang tidak sepatutnya
Korang
pie jenjalan kat Indon tu apa tengoknya ? Beli kain la, shopping la
apa la. Mana nak nampak berapa harga susu, berapa harga cheese,
berapa harga barang basah lain. Eventhough nampak Indon tu cam miskin
jer tapi orangnya suma makan menda elok. Elok tu maksudnya makanan
yang tidak kurang kualitinya. Cer lain kali kalo pie melancong, pegi
pasar basah, pie shopping mall tu masuk kat groceries dia tengok apa
yang rakyat 'miskin' ni makan. Aku yang dok kat negeri maju ni pun
malu pasal kat negeri maju aku pun tak camtu
Kita ada jer hasil sumber alam yang bagus. Tangkap ikan - yang gred A anto Singapore, gred B anto hotel/restoran, gred C anto Cold Storage/Jusco/Sogo/Mercato, gred D anto Tesco/Mydin/Giant/Carefour, gred E anto pasar. Jangan kata aku reka citer ... memang realitinya begitu. Tanam sayur pun sama. Senang citer apa pun sama je la. Rakyat dapat apa ? Sisa ...
Keji sangat ke rakyat, takleh makan hasil bumi sendiri ? Kalau dapat pun terpaksa membayar dengan harga yang sangat mahal ? Yang terbaik mesti mahal. Perlu ke untuk rakyat sendiri ? Mak aku pie Korea. Nak beli ginseng. Ginseng terbaik di dunia TIDAK DIJUAL sesuka hati keluar dari Korea. Hanya beberapa ratus kotak saja dibenarkan dan seorang boleh beli dua kotak saja. Ginseng yang terbaik hanya untuk RAKYATNYA sahaja. Baru la namanya Rakyat Didahulukan
Lain la kalau ikan tu merupakan industri besar²an macam kat Jepun. Cukup keperluan tempatan, lebihnya eksport. Lain la tanam sayur tu secara berhektar² macam kat US. Cukup keperluan rakyat, lebihnya eksport. Kalau tak jual ke luar negara takde pendapatan ? Haih ... banyak sebenarnya cara mendapatkan pendapatan ... nanti lah bukak topik lain
Kita ada jer hasil sumber alam yang bagus. Tangkap ikan - yang gred A anto Singapore, gred B anto hotel/restoran, gred C anto Cold Storage/Jusco/Sogo/Mercato, gred D anto Tesco/Mydin/Giant/Carefour, gred E anto pasar. Jangan kata aku reka citer ... memang realitinya begitu. Tanam sayur pun sama. Senang citer apa pun sama je la. Rakyat dapat apa ? Sisa ...
Keji sangat ke rakyat, takleh makan hasil bumi sendiri ? Kalau dapat pun terpaksa membayar dengan harga yang sangat mahal ? Yang terbaik mesti mahal. Perlu ke untuk rakyat sendiri ? Mak aku pie Korea. Nak beli ginseng. Ginseng terbaik di dunia TIDAK DIJUAL sesuka hati keluar dari Korea. Hanya beberapa ratus kotak saja dibenarkan dan seorang boleh beli dua kotak saja. Ginseng yang terbaik hanya untuk RAKYATNYA sahaja. Baru la namanya Rakyat Didahulukan
Lain la kalau ikan tu merupakan industri besar²an macam kat Jepun. Cukup keperluan tempatan, lebihnya eksport. Lain la tanam sayur tu secara berhektar² macam kat US. Cukup keperluan rakyat, lebihnya eksport. Kalau tak jual ke luar negara takde pendapatan ? Haih ... banyak sebenarnya cara mendapatkan pendapatan ... nanti lah bukak topik lain
Itulah
nilai sekampit tepung yang dapat memakmurkan rakyat … heran kan ?
Itulah nilai hidup kita zaman sekarang. Ianya bukan hanya nilai wang
ringgit yang kita bayar tetapi sebaliknya banyak perkara yang
terpaksa kita korbankan
Cistat
kematu … terima kasih kerana menyedarkan aku nilai sekampit tepung
suka baca ni.. realiti kehidupan kita..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi membaca tulisan yang agak panjang ... huhuhu
DeleteRealiti hidup yang sangat menyedihkan ... pening pening ...
memang betul....tepung yg murah tu...buat cekodok pun x sedap...jadi keras...n berminyak....
ReplyDeletekesian kat orang yang tak mampu nak beli lain ...
Delete