:: Luv ‘Em Birds ::

Aku sangat suka membaca. Mungkin skarang tak banyak baca buku … but still aku membaca. Baca blog korang la … dan aku jugak banyak baca RSS feed guna Google Reader aku yang setia tu jelah. Even takde buku … aku tetap membaca. Kalo tak membaca rasa cam … ringan jer otak aku. Hehehe … buleh ka?

Masa kecik² aku dulu mana ada cam skarang. Kitaorang dulu main combat², main dalam umah, main beskal, main lompat getah, galah panjang … nasib baik la adik beradik ramai, end-up kitaorang selalunya main sesama sendiri je kat umah. Mak Pak aku tak galak sangat kitaorang main kat luar. Kengkawan aku tau la betapa hazab sengsara nak ajak aku main luar dari pagar umah …

Kalo takde aktiviti nak buat … kitaorang lebih suka lepak dalam umah dan baca buku. Nasib baik la umah kitaorang nih banyak gila buku. From Enid Blyton, to the Ladybird books, dari Edward de Bono ke Reader’s Digest … u name it, we got it all. Memang hantu buku, termasuk juga majalah, komik dan bahan bacaan lain

Paling aku suka baca masa kecik² ialah buku Ladybird. Love ‘em so much aku rasa nak nangis bila mak aku kata kebanyakkan buku² tu, mak aku dah sedekah kat makcik aku. Aku dah pesan kat mak aku banyak kali … pinggan mangkuk mak nak sedekah kat sapa pun lantak la … buku jangan! Sebabnya aku nak amik, nak letak kat library umah aku. Cuz I love those books!

Oleh sebab library umah aku pun tak buat² sampai la sudah nie … tu pasal mak aku dah sedekah. Kalo yang dapat buku tu jenis menjaga dan mencintai buku cam kitaorang nih takpe la gak. Takde la sakit hati sangat … ergh! But still sangat perit dan pedih bila dapat tau dah kena sedekah

Mak aku kengkadang kalo mengemas umah … memana buku yang dia tengok cam dah tak pakai jer dia masuk tong sampah! Wooohooo … aku marah betul. Kalo buleh jangan buang … pegi la jual kat secondhand bookshop. Buku tu weih! Aku sangat emo bila buku atau kertas kena buang … memang sangat emo

Tadi saja mencari² … ada ke orang menjual buku² Ladybird lama² nih. Ada la! Tapi buku Ladybird yang zaman aku kecik² tu dah jadi vintage aaa … Collectors’ Items sudah. Oleh itu harganya sangat mahal skarang. Ada satu buku tu … buku yang sama cam aku ada … harganya skarang sudah cecah … guess la how much?

£ 75 sebuah tau!!! It’s in POUND yer kengkawan. Convert la sendirik …

See mak? That’s why la anak mak nih tak bagi mak sedekah buku tu kat orang lain. Ada paham? I wonder la how much would it be worth for our sets sebabnya … kitaorang nyer set tu dalam Bahasa Melayu/Malaysia (mana satu yang betul nih?) Itu lagi la rare collection sebab Ladybird only prints in English. Kitaorang nyer tu edisi translated by Dewan Bahasa

Sapa tak penah tengok buku Ladybird tu … mungkin korang generasi millenium. Kalo sebaya aku and older, for sure lah tau buku Ladybird nih. Buku Ladybird skarang tak cam dulu. Skarang illustration nya too cartoony

Picture9 Picture7 Picture8 Picture4 Picture13 Picture5 Picture6 Picture1 Picture10 Picture12 Picture2 Picture3 Picture15 Picture16 Picture17 Picture14 Picture11

Ini baru sket yang aku jumpa. Apart from the Rhymes Books … semuanya dalam Bahasa Melayu/Malaysia. Banyak laie buku² vintage Ladybird nih. Aku rasa cam nostalgia gila bila tengok cover buku² nih. Cover buku² nih ialah buku² yang aku ada/penah ada. Tapi banyak laie buku Ladybird nie yang takde kat tenet. Nanti lah … lepas adik aku kawen aku nak korek umah mak aku. Tak puas hati tol mak aku kata dia dah bagi kat orang

Korang yang pernah ternampak buku² Ladybird yang lama² nih, buleh tak bagitau aku kat mana aku leh cari?

Credits:

Ladybird Prints : here

Comments

  1. dulu masa umur 6-7 thn pun sy baca buku2 Ladybird jugak. tapi sy takde versi BM tu.

    sekarang ni, dah tak tau mana pergi koleksi buku2 tu semua.

    saya pernah ternampak buku ni dekat GIANT SHAH ALAM. dekat situ ada stall jual buku2 lama, sebelah McD.-tapi yg english punya lah.

    hehehhe..

    ReplyDelete
  2. :: ceklasengal ::

    oh ada yer kat sana. lain kali buleh la saya terjah ke sana. thanks for the info yer!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::