:: 5 Bukan Jari Saja ::

Wah … lama jugak aku tinggalkan blog nih. Ini suma Si Mok² nyer pasal lah. Ahh … malas lah nak komen pasal Mok² tu laie. Dalam post lain lah aku citer ek …

Selama pemergian ku lebey kurang 1 minggu lebey tak hapdet, memacam citer nak kongsi ngan korang. Terutamanya pasal si anak bujang aku yang sorang tu lah … semalam genap la dia berusia 5 bulan

Perkembangan Malliq @ 5 Bulan

  1. Mulut makin becok … kalo dia membebel … tak larat nak layan siap ngan bersembur air liur
  2. Makin kuat makan … susu jer 8 oz, biskut Heinz 1 keping, vege puree Heinz 1/2 botol … pun masih lapar
  3. Berat sudah hampir mencecah 8 kilo … kussemangat, naik cramp tangan kalo dokong kat shopping mall
  4. Gigi hampir mau keluar … ada 2 batang gigi depan di gusi bawah sedang menunggu untuk terjah keluar
  5. Rambut makin lebat … ooo aritu cukur bantal, memang habis terus rambutnya … skarang dah ada balik
  6. Dah pandai minum susu pegang botol sendiri … ini dah lama dia buat
  7. Dah pandai tido sendiri … tak yah berkepit ngan mak jer
  8. Dah jumpa kaki … dia baru discover yang dia ada kaki … huhu sangat cute
  9. Dah kenal orang … kalo aku pegang, dia suka pegang muka, kalo Incek Jaque pegang, dia suka raba jambang
  10. Dah pandai meniarap sendiri! Hooray! Hooray! Hooray! Ini kiranya achievement yang paling grand lah sebab kalo orang tanya jer “Dah pandai meniarap?” Aku kata belum la dan ini akan disambut oleh kata² tak semangat contohnya macam “Oh! Anak akak 2 bulan dah meniarap sendiri” “Ooo, Malliq nih sebab badan besar sangat sebab tu berat, takleh nak meniarap” “Eh, lambatnya meniarap …” dan lelain laie kata² yang nak kena penampar

Lantak la orang nak kata apa. I believe setiap baby ada milestone nyer sendiri. Kalo anak ko buleh meniarap lepas jer ko beranak kan dia … so what’s the big deal lah kan? Ooo kagum kejap … and then what? Ntah la, aku tak paham apa la yang nak digrandkan sangat pasal meniarap² semua nih. Aku lebih pentingkan OTAK anak aku. So far yang aku buleh banggakan … tak tau la ek tapi aku rasa Malliq nih genius lah. Hahaha … so much hope yang nak diletakkan atas budak kecik. Tapi dari segi perkembangan otak Malliq, berbanding yang seusia dengan dia, he’s much more alert, cepat belajar dan sangat aktif (bukan pergerakan fizikal sahaja). Walaupun mungkin dia tak genius, tapi aku rasa dia pandai la. Lebey pandai dari aku lah kot bila besar nanti. Hohoho … pandai dan berakhlak mulia

Ada juga beberapa insiden kelakar dan terkujat si Malliq nih buat. Aku pun tak sangka dia leh buat camtu. Hahaha … memang tak bajek langsung lah sebab aku rasa Malliq nih macam baru semalam jer aku lahirkan dia.

Cerita 1
Lokasi :
Wad Kecemasan – Hospital Besar Melaka

Sungguh meleset sangkaan aku masuk ER kat sepital nih. Huh, langsung tak cemas pun. Hahaha … kemungkinan besar sebab kes aku takde la yang melibatkan darah memancut keluar atau tulang remuk. Ok back to the point … bila doktor panggil check si Malliq nih, kitaorang pun citer la pasal nursery bagi Malliq makan bubur for 18 mths nyer budak dan menyebabkan dia muntah² dan cirit-birit yang agak teruk. Aku citer sekali pasal Malliq demam dan batuk yang tak baik² laie hampir 2 minggu … then Dr. Nur Qistina (woh ingat seh nama dia sebab dr nih comel molek) nih tanya la kat aku camner batuk Malliq tu. Haiyo, how to explain la camner ko batuk kan? Aku cakap la tak reti saya nak cakap camner doktor. Tapi tetiba … si Malliq tengok muka doktor tu then dia batuk² mak datin … giving the example of batuk kepada si doktor. Ketawa si doktor tu … takde sapa pun suruh dia batuk, dia paham sendiri

Cerita 2
Lokasi :
Klinik An-Nur

Bulan 4 and 5 ialah bulan habiskan duit kat klinik. Kitaorang kejenyer kuar masuk klinik/sepital dan mengumpul ubat jer. Oh yer, pegi ke klinik nih bukan sebab si Malliq, tapi sebab aku yang sakit kerana menjaga orang sakit. Bila masuk jumpa doktor, aku duduk sebelah doktor sambil pangku si Malliq … doktor klinik nih dah leh kira family doktor kitaorang lah. Sangat baik ngan kitaorang … nak² bila dah ada Malliq. Laie ler si puan doktor makin sayang

Doktor Nani nih suka panggil Malliq ‘Handsome Boy’. Hahaha … bila Doc. Nani sebut jer Handsome Boy, terus tunduk malu ko. Tau la pulak orang tujukan kat dia. Bila aku nak pereksa doktor, dia lak sebok² batuk mak datin. Hahahah … ingatkan orang nak pereksa dia la konon. Ye lah, dah asik kuar masuk klinik jer pasal dia. Bila time nak balik, Doc. Nani bye² la kat dia … Malliq leh angkat tangan then babai balik kat doktor tanpa penah aku ajar pun dia. Doc. Nani punya terkujat. Hahaha … dia pun tak sangka Malliq leh babai dia

Malliq … Malliq … kejap je ko dah besar ye. Bulan depan dah setengah taun dah umur ko. Hai … korang leh la tengok achievement Malliq yang berjaya meniarap sendiri kat bawah nih. Anak takde apa, mak ngan ayah yang excited bagai nak rak. Hehehe, ye lah … asik kena kondem ngan orang je. Sapa leh tahan bai … bila kitaorang tepuk tangan sorak² sebab happy dia leh tiarap sendiri … dia leh bantai melalak! Hamik ko obat … ok lah layan la video tu

Hooray to Malliq!

Comments

  1. Ahhhh pedulikan apa org kata, as long dia sihat. Malliq actually sangat bijak cuma dia amik masa nak tunjuk kat mak ayah dia yang dia sebenarnya leh boleh semua2 tu..saja jer kasi suspen hehe..

    actually blog kau ni sangat berguna untuk update aku (salah seorang makcik yang duduk jauh dan tak dapat jenguk2 dia lagi)dapat jugak aku tgk perkembangan anak ko, anak2 bebudak yg lain susah sket aku nak ikut sbb mak bapak derang tak reti blog, nak tunggu register facebook pun sikit punya payah bebudak tu hahaha

    ReplyDelete
  2. :: Miss Brat ::

    pandai la ko kata bebudak lain tak reti blogging. mana ko tau ... ntah² ada tapi kita jer tak tau ... kuang3x

    ReplyDelete
  3. ehh..naper taip komen tak kuar ni...takpe takpe...lagi sekali tahniah untuk malliq...

    ReplyDelete
  4. wah ceria mukanya...
    baguslah dah semakin sihat....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::