:: Ingatkan Takde ::

Semalam patutnya aku kena dok kat Dewan Banquet celebrate Hari Ibu ngan Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI). Oleh kerana si Malliq pun tak berapa nak ok, lepas je jalankan tugas murni aku iaitu memasang backdrop ... terus je aku gegas cabut lari. Hahaha ... mintak maaf la yer. Aku bukan anti-sosial, cuma tak berapa gemar nak berkumpulan. I'm better of alone. Ramai kawan tapi malas mau join itu band-wagon


Anyway ... sesi melarikan diri itu adalah tujuan murni. Kitaorang pegi ke kenduri kawen adek kepada opismet aku. Sib baik la gak tak nyesat ... alah, Melaka nih susah nak sesat la. Best je kenduri nih sebab umahnya kat tepi laut. So kitaorang lepak makan kat bawah pokok. Sangat shady and windy ... mata naik kuyu dibuatnya. Kalo makin dilayan ... mau lelap


Lepas pegi kenduri kawen tu, apa laie ... lepak kat umah mak la jawabnya. Si Malliq lak minggu nih asik mengaruk je ... susah mau tido. Risau gak aku. Then demamnya pun tak bebaik laie sampai skarang


Masuk je petang, kitaorang bawak Malliq ngan anak akak aku pie ngurut. Melalak gak la si Malliq kena ganyang. Makcik Odah tu kata urat Malliq satu badan tegang. Pehtu banyak nau angin dalam badan. Lepas je kena urut ... tido bukan main nyenyak laie dia. Anak akak aku tu pulak, skarang nih asik takmo makan. Isap susu pun memain. Kalo paksa abih dia muntahkan semua. Pun aku soh Makcik Odah tu tengok apa patut. Memula tu, si Aish nih wrestling kan jugak Makcik Odah tu ... lelama dah sedap, siap leh letak tangan kat kepala ala² gedik santai. Bukan main laie ... sampai je umah mak ... mintak makan. Habis la nasi himpit besar tu ½ paket. Alhamdulillah semua ok


Lepas Maghrib ingatkan nak cau cin cau lah ... esok mau kerja maa. Sekali tu ada suprise dari adek aku ...
 
A chocolate cake for my mak

Dari King's Confectionery
 Ibu yang diraikan ... more to grandma yang diraikan
Izz, Mak Tok, Aish & Malliq

Happy Mother's Day to Mak
Love you always

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::