:: Oz Down Under 1 ::

Ini entry hutang paling lama nak settlekan. Makan 2 taun. Dari aku belum preggy sampai ler dah kuar si Malliq tu. Skarang Malliq pun dah nak masuk 7 bulan … pergh. Sungguh ler lama. Tapi … ada sesapa ke yang tunggu entry nih? Korang tak tunggu tu memang ler … sebab korang tak tau. Yang menunggu tu ialah Mak aku. Huhuhu … sorry la Mak. Entah bila ler saya nak print gambo Mak tu … layan ler dulu kat sini yer … Ampun!

P3180090P3180116 
Sebelum berangkat dan di dalam airplane

Ini kisah kami 3 beranak menjalankan misi ziarah akak aku yang ketika itu dok kat Canberra, Oz. Ada lah sket masalah, jadinya Mak aku ngan Iwan, adik aku, nak le pegi jengah akak aku. Tetiba jer aku kena paksa pegi sekali … sebabnya diaorang tak berani nak pegi sendiri². Cheh … macam ler aku berani sangat

Kenapa tak berani nak pegi sendiri²? Sebabnya … kitaorang pegi secara backpacking. Takde le backpacking beno cumanya segala transportation, segala lodging adalah sendiri². Takde ikut agent ke apa. Memang totally sendiri² independent lah. Sungguhpun sangat tak tau … tapi travel camnie adalah sangat bagus cuz sangat jimat!

Tiket aku fully sponsored by adik aku. Dek kerana takut nyer pasal, sanggup bayarkan tiket aku. Gilo budak nih. Dan dia takde masa nak buat research. Segala tugas dari cari tiket kapal terobang, cari bas from Sydney to Canberra, cari local bus nyer schedule, trip to museum, tourists attraction nyer tempat dan sebagainya … aku ler kena buat. Since orang dah sponsor … I’m really glad to do just bout anything! Terima kasih yer Wan

DSCN0096 DSCN0095 P3190128
Ini kat Sydney Airport a.k.a Kingsford Smith Airport

DSCN0102 DSCN0099 DSCN0100
Sementara tunggu bas nak ke Canberra … lepak kat Krispy Kreme dulu

 DSCN0101 DSCN0103 DSCN0104
Sempat laie ber cam-whoring … kat luar adalah sangat sejuk

So … sampai Sydney around 9 am. Bas sampai kol baper ek masa tu … aduhai. Memang ler hilang ingatan sebab it was 2 years ago. Hahaha … aku rasa around 2 pm kot. Kitaorang lepak² je lah kat airport. Bila bas sampai … naik bas dok asing². Mak aku dok sebelah this bloke yang encem. Student Uni. Aku dok sebelah Asian guy yang kerek. Sempat laie sepak kaki aku. Dah ler pasang walkman cam nak pekak nyer kuat. Iwan lak aku tak sure dia dok sebelah sapa

Bas nih double decker … aku dapat dok kat tangga. Tapi bawah takde penumpang … isi luggage jer. Ada la pulak seko budak nih … ada toilet kat bawah tangga nih. Bantai berak … bila bukak jer pintu toilet lepas selesai kerja dia tu. Meletup bau nyer satu bas! Yang paling hazab aku la! Tahan jer la … 3 jam nyer journey! Mak aku sepanjang jalan bantai berborak ngan mat salleh tu. Langsung tak ngantuk. Hehehe … excited la tu

Lebey kurang kol 5 pm, sampai ler kat Canberra. All the way from Sydney tu … Masya Allah! Tak tergambar cantiknya pemandangan kiri kanan. Aku tak dapat nak amik gambo bukit-bukau, meadows, biri², pokok² dan langit bagai sebab si Asian guy kerek nih dok kat tingkap. Ada dia pandang slack kat aku kang … ye lah, mana ler aku penah sampai Ostolia nih. Tak penah mimpi pun … aku hanya dapat simpan dalam memori je lah … sangat nice

Kisah selanjutnya akan disambung. Hehehe … kasi suspen sket. Memang ler kangaroo adventure

Tour guide tak bertauliah,

Comments

  1. Mak aiii bertahun punya entry nih Mun! Sila2 sambung, best gak tgk gambar2 org melancong..

    ReplyDelete
  2. :: Miss Brat ::

    hahaha memang hutang yang sangat lama. Kalo hutang kat Ah Long nih ... tah berapa juta bunga aku kena bayar dah nih ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::