Tanah runtuh, banjir kilat di ibu negara


KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang ditenggelami air, manakala laluan Jalan Duta ke Jalan Semantan di sini ditimbuni runtuhan tanah berikutan hujan lebat dan ribut petir, petang semalam.

Kejadian tanah runtuh itu membabitkan lereng Bukit Ledang di Jalan Duta yang menempatkan kawasan perumahan golongan elit.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Ismadi Rosli, berkata siasatan awal mendapati struktur lereng bukit itu tidak stabil dan aliran air mengakibatkan tanah di situ menggelungsur dari ketinggian 30 meter.

Beliau yang ditemui di tempat kejadian, berkata sebahagian runtuhan tanah itu terkena tiga kereta yang melalui jalan berkenaan, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Shahrul Kamal Mohd Johari, pula berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di laluan itu, kira-kira jam 7 malam.

Beliau berkata, Unit Anjing Pengesan dari Balai Bomba Jalan Klang Lama dihantar untuk memeriksa kemungkinan ada mangsa tertimbus.

Ketua Trafik Bandaraya, Asisten Komisioner Hamza Taib, berkata laluan kira-kira tiga kilometer itu ditutup sementara untuk kerja pembersihan.

Sehingga jam 10 malam tadi, kerja mengangkut tanah dan pokok tumbang di laluan itu masih dijalankan.

Hujan lebat lebih dua jam bermula kira-kira jam 5 petang itu juga mengakibatkan berlaku kesesakan teruk di beberapa jalan di ibu kota berikutan kejadian banjir kilat.

Antara jalan yang ditenggelami air antara 0.2 meter sehingga 0.5 meter ialah Jalan Bangsar, Jalan Maarof, Jalan Semantan, Jalan Sultan Sallehudin, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Travers dan Jalan Duta.

Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Masjid Jamek juga ditutup hampir sejam berikutan kawasan di Jalan Raja dinaiki air.

FAKTA NOMBOR
Banjir kilat di ibu negara

7 - Jalan dinaiki air
3 - Kilometer jarak laluan Jalan Duta - Jalan Semantan ditutup

Lorong SMART dah...still banjir jugak ke? Not so SMART after all...

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::