Kontraktor buta bina jambatan


BEIJING: Dua pegawai kerajaan China dipenjarakan kerana melantik seorang kontraktor buta membina sebuah jambatan yang runtuh ketika sedang dibina, mencederakan 12 pekerja, lapor media tempatan.

Agensi berita Xinhua berkata lewat kelmarin, mahkamah di wilayah selatan di Jianxi ketika menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Huang Wenge, ketua kampung di pentadbiran Xiushui, dan juga ketua pemimpin parti Xia Jiazhong, penjara 12 bulan.

Agensi itu berkata, November lalu, kedua-duanya melantik seorang kontraktor bagi membina sebuah jambatan yang kemudian memberinya kepada kontraktor lain, Xia Huaqing yang buta.

Xinhua berkata, apabila Xia Huaqing mencadangkan reka bentuk jambatan, kedua-duanya bersetuju mengenai pertukaran itu tanpa memaklumkan kepada pegawai peringkat tinggi.

Mengarut jer...kontraktor buta??? Ini memang betul makan rasuah tak ingat nyer...

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::