The Rat Race of Shopping Spree!


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan menjangkakan kira-kira RM3 bilion dibelanjakan pelancong di pusat beli-belah sepanjang Karnival Jualan Mega 2007, yang akan bermula dari 16 Jun hingga 2 September ini di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata jumlah pendapatan yang disasarkan meningkat RM1 bilion berbanding tahun lalu berikutan karnival tahun ini dipanjangkan hingga 11 minggu berbanding enam minggu pada 2006.

Katanya, perlanjutan tempoh karnival akan memberikan pelancong tawaran jual beli dan promosi yang lebih hebat dengan pelbagai acara menarik diatur termasuk jualan tengah malam di pusat beli-belah terpilih.

“Setiap hujung minggu di beberapa pusat beli-belah akan diadakan jualan tengah malam sehingga jam 1 atau 2 pagi bermula 6 Jun hingga 1 September termasuk pada malam menyambut kemerdekaan. Beberapa bazar malam juga akan dibuka di sekitar Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi karnival.

“Pada 7 Julai, tujuh pusat beli-belah sekitar Kuala Lumpur, termasuk Berjaya Times Square, Lot 10, Starhill dan BB Plaza bakal bergabung menjayakan jualan tengah malam besar-besaran,” katanya pada sidang media Karnival Jualan Mega 2007, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

Tengku Adnan berkata, karnival akan dilancarkan pada 16 Jun di Galeri Starhill dan pada tarikh sama acara cabutan bertuah akan diadakan dengan 10 cabutan akan dibuat setiap jam. Pemenang akan diberikan baucar beli-belah bernilai RM200.

“Sebelum itu, pada 14 Jun ‘Media Treasure Hunt’ akan diadakan membabitkan wakil media luar dan tempatan yang bermula dari Pusat Pelancongan Malaysia di ibu kota hingga ke Johor Bahru bertujuan menambahkan kemeriahan sebelum acara pelancaran.

“Pada hari pelancaran, orang ramai berpeluang turut serta dalam acara ‘Shopping Hunt’ di Bukit Bintang dan mereka boleh mendapatkan borang penyertaan di Berjaya Times Square, Low Yat Plaza dan Sungei Wang Plaza,” katanya.

Beliau berkata, sempena karnival, pemegang kad kredit Mastercard berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk percutian ke Pangkor Laut melalui peraduan The Mastercard Retail Recharge Programme.

Selain itu, beliau berkata, kira-kira RM13 bilion daripada RM44.5 bilion pendapatan yang disasarkan tahun ini, dijangka diperoleh hasil perbelanjaan pelancong asing di pusat beli-belah.

Ditanya mengenai pelancong Britain lebih ramai memilih negara jiran untuk dilawati berbanding Malaysia, Tengku Adnan berkata, masalah terjadi disebabkan tiada perhubungan terus yang memudahkan mereka datang ke negara ini.

Alhamdulillah rezeki makin baik...leh gie shopping² ngan hati gembira...!

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::