3 maut dalam kemalangan motosikal



MELAKA : Kejadian malang nih berlaku pada Sabtu, 2 Jun 2007. Si Kedis a.k.a Seediq Seegaraga Sepakraga telah ke Tampin dengan menunggang motor Honda EX5 kesayangannya seorang diri. Mak sudah berpesan kepadanya untuk menaiki kereta sebab jauh dan perjalanan pada waktu malam adalah amat berbahaya kepada penunggang motosikal.


Namun, pesanan tersebut tidak diendahkan kerana tidak ditaja oleh Celcom dan Benson & Hedges. Pada pukul lebih kurang 10 malam, Kedis telah menelefon dan mengatakan dia berada di Balai Polis dengan motosikal EX5 yang dah kena gelek ngan lori minyak Petronas. Tiada saksi yang nampak kejadian tersebut berlaku.


Sidek bernasib baik kerana sempat melompat seperti CicakMan sebelum tayar belakang lori tersebut menggelek motornya di tempat kejadian. Jalan yang sempit dan gelap kerana tiada lampu jalan dan Sidek yang berbaju gelap walaupun sudah sememangnya gelap, telah menambahkan lagi kurangnya jarak penglihatan pemandu lori terbabit.


Kemalangan tersebut telah mengorbankan 2 ekor katak dan 1 koloni semut merah apabila Sidek jatuh tersembam ke tanah setelah melompat dari motornya. Sidek mengalami trauma walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan. Selepas ini hanya poketnya sahaja yang cedera kerana terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk membaiki motosikalnya.

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::