Lelaki berubah ketika isteri hamil


LONDON: Sedar atau tidak, lelaki juga menunjukkan perubahan peri laku ketika isteri mereka mengandung wanita kerana simpati dengan susah payah pasangan masing-masing, menurut satu kajian.

Ada di kalangan bakal bapa mengalami kekejangan, sakit belakang, bertukar mood, bertambah selera makan, alahan, keletihan melampau, kemurungan, mudah marah, pitam dan sakit gigi, kata penyelidik.

Malah, ada juga mengalami perut buncit yang kelihatan seperti wanita hamil, menurut kajian terbesar mengenai masalah itu di Britain.

Semakin lama kehamilan berlaku, semakin teruk gejala yang dialami lelaki berkenaan. Ini berdasarkan pemantauan 282 bakal bapa berusia dari 19 hingga 55 tahun ketika kehamilan pasangan mereka oleh pakar di Hospital St George di Tooting, London.

“Seorang bidan memberitahu, ada lelaki selalu mengadu loya pada tahap awal kehamilan pasangan mereka,” kata Dr Val Collington, Ketua Jabatan Perbidanan di Universiti St George.

Hasil kajian dibandingkan dengan kumpulan kawalan 281 lelaki yang pasangan mereka tidak hamil. Mereka tidak mengalami sebarang gejala kehamilan. Kekejangan perut adalah aduan paling kerap diterima.

Seorang lelaki memberitahu penyelidik: “Kesakitan pada perut saya amat sama seperti pengecutan yang dialami wanita ketika hendak melahirkan anak. Ia bermula sederhana dan kemudian semakin teruk dan teruk dan teruk.”

Seorang responden berkata selera makannya bertambah. “Saya kerap lapar dan tidak boleh menahan selera menikmati kurma ayam dan papadom – walaupun pada awal pagi.”

Sebelas daripada kumpulan lelaki berkenaan mendapatkan bantuan doktor dan menjelani ujian tetapi tidak punca fizikal ditemui. Fenomena lelaki mengalami simptom simpati itu digelar Sindrom Couvade.

Will he ever be? Entahlah...malasnyer aku nak pikir...

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::