:: Kek Keju Mengampu ::

Hahaha … nama kek ntah pepe je lah aku nih. Kalo sapa yang tak tau pasal kek keju mengampu nih, leh baca kat sini

Kek ni aku buat sempena B’day ayah aku yang ke 63 ! Kek ni senang dan menjadi ! Yang aku pentingkan MENJADI. Kalo teknik canggih tapi hasil tak jadi … resepi tu ke longkang la jadinya

16052011484

Tengok gambar saja pun sudah terliur. Bawah – digestive biscuits, tengah – almost 1kg of cream cheese, atas – plain yoghurt, topping – dulce de leche. These what I called – HEAVEN !

Ini resepi yang tak mengampu. Telah dialih bahasa kepada standad nusantara

Baked Dulce De Leche Cheesecake
Sumber dari
taste.com.au

Bahan-bahan

  • 300g biskut digestive – dihancurkan
  • 90g unsalted butter – dicairkan
  • 750g cream cheese – potong²
  • 2 tbs tepung jagung
  • 3 butir telur ayam
  • 120g caster sugar
  • 2 tsp esen vanila
  • 2 x 450g jars dulce de leche (boleh tengok sini cara buat DDL)
  • 600ml sour cream @ plain yogurt

Cara-caranya

  1. Panaskan oven kepada 200°C dan gris springform pan saiz 23cm.
  2. Hancurkan biskut hingga benar² halus dengan menggunakan blender kering. Masukkan butter yang telah dicairkan kepada biskut hancur dan gaul hingga sebati dan boleh dikepal. Tekankan adunan tersebut ke dasar pan. Bakar selama 8 minit. Setelah 8 minit, keluarkan dari oven dan kurangkan suhu oven kepada 160°C.
  3. Di mangkuk lain, adun cream cheese, telur, 100g gula dan 1 tsp vanila hingga menjadi krim. Setelah sebati, masukkan 450g Dulce de Leche dan adun lagi hingga rata. Tuang adunan ini ke dalam pan yang mengandungi dasar biskut dan bakar selama 45 minit
  4. Sementara itu, campurkan sour cream, 20g gula dan 1 tsp vanila di dalam bekas sederhana. Pukul menggunakan sudip kayu hingga sebati. Keluarkan kek dari oven setelah 45 minit dan tuang adunan sour cream dan bakar lagi hingga 15 minit. Setelah tamat, biarkan kek di dalam oven yang telah dipadam dengan merenggangkan pintu oven hingga kek sejuk. Setelah sejuk, simpan semalaman dalam peti sejuk
  5. Untuk dihidang, keluarkan dari bekas dan letak dalam pinggan atau cake board. Tuang baki Dulce de Leche yang telah dicairkan sedikit. Sedia untuk dinikmati

Notes

  • Aku tak buat toffee shards seperti resepi asal. Terlalu manis sudah. Tapi kalo korang nak buat … silakan. Ikut tinggi mana korang nak potong kaki korang

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::