:: Kawan Baik ::
Macam pelik jer kan bebudak nih. Asal kita nak bagi makan, macam mana derang tau yang kaler ijo tu sayur ? Korang tak bengang ke, asal nak bagi makan nanti budak tecit neh pandai plak sound ko “Takmo sayur !”
Masalahnya … mana dia tau tu sayur. Pandai plak tu nak rejek. Tang ayam, ikan ke laju plak nganga molot ek
Macam kitaorang, dari baby sampai skarang … memang train si Malliq makan sayur. So far memang pencinta sayur. Bayam, kacang panjang/buncis, sawi … eh senang citer suma dia bedal lah
Tetiba satu hari kepoh plak kata takmo sayur. Nak kata makcik yang jaga tu tak bagi sayur, dia memang suka bagi Malliq sayur bayam. Asal bagi report, mesti kata bagi sayur bayam. Mungkin dia nak Malliq jadi Popeye supaya dapat membantu dia ketika dilanda kesusahan kot. Tak kisah la kan … bukan nak soh masak kat anak aku yang grand² jer. Ingat anak raja ke ?
So … untuk make sure dia makan sayur cam biasa, entah la camner tetiba Incek Hubby telah mereka cerita. Katanya sayur ialah fren kepada ayam, ikan dan apa² makanan lain dalam pinggan. Kalo makan takde fren … nanti ayam ikan semua sedih … sebab tu Malliq nanti sakit perut
Dengan rasminya sayur telah bertukar nama menjadi ‘Friend’
Gila seram macam kanibal bila suruh anak ko makan dengan berkata – Haa … makan fren tu sekali. Nanti semua happy berjoget dalam perut
Kerana anak yang gilakan traffic light … beli satu set pinggan mangkuk yang ada traffic light. Kalo tak menang calon ibu bapa mithali nih tak tau la
Nampak tak makaroni di atas ? Malliq yang juga pencinta udang telah menipu dirinya sendiri dengan mengatakan makaroni itu udang. Oit … aku tak sebut pun makaroni tu udang. Bila aku bagi dia, dia terus teruja tengok makaroni tu sebagai udang seraya berkata – “Uuu banyak nye udang !” Oh … skrang bercakap sudah penuh dan banyak tatabahasa hingga terasa ganjil bercakap dengan budak 2 taun setengah yang petah
Masalah si Malliq nih satu jer. Kalo makan memang tak kunyah. Main telan jer macam ulau sawa. Eh … aku type ulau ek? Kakaka … ulaR sawa daa. Bagi kat dia kekacang macam ni. Memang la bagus untuk trainning kunyahan. Tapi syaratnya kena potong kecik² baru bleh dia kunyah kerana satu laie sebab iaitu gigi Malliq yang kecik². Kalo korang tengok gigi dia pun mesti cam tak padan je … Hahaha
Well … anak aku makan fren nya demi kesihatan
Makan kawan … ko berani ?
good one babe..
ReplyDeleteanyway where did you buy the plate?
satu2nya sayur yg adief makan... ialah bayam.
ReplyDelete:P
:: shoba ::
ReplyDeletethank you. i bought the plate at Giant. Not sure if other Giant sell the same thing or not
:: kakngah ::
senang la ko kak ... nanti dak adief leh jadi popeye kalo ditimpa musibah ... kekeke