:: Resepi Kecemasan ::

Sebenarnya resepi nih sama jer ngan Wad Kecemasan kat sepital. Takde ler cemas mana pun. Hahaha … sesungguhnya WK tak sama cam ER dalam TV tu. George Clooney memang buleh bikin hati semua perempuan cemas dengan mukanya yang encem itu

Eh … karut sudah ngko nih

Ok … berbalik kepada resepi kecemasan. Ini semua rekaan penulis semata² kerana diri sendiri yang tak prepare mau masak apa untuk hidangan suami dan anak tercinta. Anak baru sorang dah gelabah tak tentu pasal. Kakaka … itu antara sebab bilangan anak terhad

Dah … cukup cukup

Ayam ER

Wah … aksi cemas menyaksikan ayam telah di bawa ke syurga. Sebenarnya terpaksa edit sedemikian rupa kerana lokasi penggambaran adalah teruk (lapik meja comot dan kurang ghairah untuk beraksi)

Sesayur tersebut bukan salad. Nama nyer Green and Red Corals. Kalo bahasa glemer ialah Lollo Bionda (suka !) Gila makan sandwich kat Baker’s Moments yang antara inti sandwich tersebut adalah Alfalfa dan Lollo Bionda. Jadinya … berjaya mempengaruhi diri dan otak supaya setiap kali nak membuat sandwich kat rumah, wajib sertakan Lollo Bionda

Ok, sekarang dah terbongkar rahsia yang Lollo Bionda tersebut adalah lebihan aku buat sandwich. Eh … sandwich tu sangat sedap tau. Rasa menyesal tak buat banyak masa tu

Banyak betul cerita karut hari ini

Takyah resepi lah ek. Aku citer jer camner nak buat Ayam Kecemasan tu

Goreng drummets + Susun macam kat atas tu. Tabur sos. Ok, sos tu bukan thousand island yer. Sos tu rekaan jugak. Antara bahan ialah – French Dressing + Sandwich Spread + Sos Cili + Sos Tomato + Gula + Air Panas = Sos Rekaan Kecemasan. Gaul jer semua dalam satu bekas. Air agak² sesuai untuk aksi menyiram atas ayam. Rasa ikut tekak memasing. Oleh sebab french dressing tu agak MASAM Ya Rabbi … tambah gula untuk kurangkan masam. Tapi jangan banyak sangat … pepandai lah rasa

Orait … dah dah … jangan cecemas laie bila tetiba suami mengadu kol 2.30 pagi perutnya berkeroncong. Kalo takde bahan sos di atas … thousand island yang telah di-dilute-kan boleh diguna. Yang penting ko masak ! Takde la laki ko makan luar … betul ?

Kalo kata la memang takde thousand island pun … mayonis+sos cili+sos tomato+air panas pun buleh buat sos jugak. Kalo takde jugak … ko goreng drummets tu, ko makan je lah. Takyah susahkan diri …

Selamat mencuba !

 

 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::