:: Dulce Tak Leceh ::

Tau ke tak ? Tak tau meh aku citer … dah tau pun, aku nak citer jugak

Ini cerita Dulce Tak Leceh atau nama sebenar – Dulce de Leche (DDL)

~ Saya DDL, membenarkan Yumiko menggunakan saya sebagai karangan autobiografi reka² supaya blognya ada cerita untuk diupdate kepada pengunjung ~

[Jahatnya ko DDL. Aku ada cerita la cuma masa takde nak update]

~ Sudah la Yumiko. Kata saja otak ko sudah tandus ~

[Pasrah]

### Sempat la pulak buat dialog tipu ?!! ###


Asalnya aku nih dibuat dari kilang. Aku tak pasti kilang mana sebab banyak sangat kilang skarang nih kan? Yang aku tau kilang aku nih huruf dan simbol jer namanya iaitu F&N. Aku nih dipek dalam tin. Harga aku skarang pun buleh tahan mahal la jugak. Biasa la, harga minyak naik ... harga aku pun naik la

Kalo zaman tok nenek aku dedulu. Keturunan kitaorang nih biasanya jumpa dalam teh tarik jer. Kalo bebudak yang buang tebiat nak kencing manis tu ... diaorang makan roti canai pun ngan kaum kerabat kitoarang nih. Yang penting ... semua orang suka kaum keluarga aku nih. Maklumlah, lemak berkrim disukai ramai

Tatau la sapa yang mereka, ada jugak kerabat aku nih kena rebus ! Berjam² plak tu. Dari warna kitaorang nih putih kuning dah jadi coklat² karemel la pulak. Tapi, rasa kitaorang makin sedap. Buleh buat memacam ngan kami yang dah kena rebus nih. Kalo nak tau camner kaedahnya, nanti si Yumiko leh ceritakan

Sekian autobiografi DDL yang ntah pepe


WTH ? Yumiko, anda dipecat ! Sah idea tandus !

[Aiyo bos, bagi saya peluang terakhir untuk ceritakan pasal DDL ni]

Okay … Last Chance !

### Eh ?! ###


Dulce de Leche ialah sos karemel susu yang pekat. Bahasa senang nyer jem susu. Kaedah nak mendapatkan karemel susu nih adalah dengan memasak susu dan gula hingga menjadi keramel (sama macam buat gula hangus)

Kaedah yang paling senang dan trend masa kini adalah dengan merebus susu pekat manis selama 3 jam di dalam periuk berisi air atau hanya 45 minit dengan menggunakan periuk tekanan (pressure cooker)

Kaedah ini membolehkan hasilan susu pekat menjadi seperti di bawah

P5133148

Lagi pekat warnanya … Lagi sedap-nikmat-melekat !


[Amacam bos ? Ok tak ?]

Apa nih Yumiko … perlu peningkatan ! Awak kerja main² la … Saya bagi awak peluang sampai cukup bulan

[Ok lah bos. Tapi tadi saya ada letak ‘Baked Dulce de Leche Cheesecake’ atas meja bos. Nanti bos rasa la yer]

### Aik … sempat mengampu ? Resepi di next entry ! ###

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::