:: Raya Haji Yang Pendek ::

Boleh tak kalau saya letak gambar saja ?

PB171373

Hahaha … letak gambar ni pun dah cukup to explain it all. Malliq jadi maskot orang kelaparan. Makan nasi ambeng laie masa raya haji gara² ayah saya [yang kat belakang tu] tak dapat makan nasi ambeng masa kat umah makcik saya yang buat b’day celebration aritu. Menggunakan kuasa veto yang ada … ayah request la menda nih. Huhuhu, kitaorang suka jer. Selain tu ada jugak makanan lain

PB171377

Jeng jeng jeng … cheh takde yang surprise nya. Menu ulang tayang yang dibuat oleh ini 2 orang perempuan

PB171384 PB171385

Perempuan Lapar 1 dan Perempuan Lapar 2

PB171386

Dan kaum keluarga yang lapar. Hehehe. Budak yang blur tu tak reti dok diam. Orang lain suma elok jer posing, dia sorang jer yang cam cacing kepanasan. Oh yer … lapar kan. Menggelupur kelaparan kot. Hahaha

PB171390 PB171392 PB171393

Geng Dulang 1 jadi johan. Paling corot Geng Dulang 2. Kitaorang Geng Dulang 3 biasa² jer. Menten gitu. Tapi semput jugak la nak menghabiskan semua dalam dulang tu. Mana tak nya. Lauknya bukan calang²

PB171375

Ayam goreng rempah, mee goreng, sambal goreng kicap, daging goreng kunyit, kambing goreng pedas dan serunding ikan. Memang semput dan jenuh laaaa nak menghabiskannya. Dapat pulak Geng Dulang tak kuat makan dan pandai mengelat. Tolak semua masuk kita punya kawasan. Memang tak aci … mak saya la tu

Macam mana la saya nak kurus. Haih …

yumiko

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::