06 December 2010

:: Sambut B’day Versi Jawa ::

Amaran : Entry ketinggalan zaman. Hehehe

Birthday celebration ni sebenarnya dianjurkan oleh makcik saya, Mak Anjang, yang tinggal di Felda Ayer Kangkong, Jasin. Biasanya makcik saya nih celebrate b’day anak² dia sekaligus dengan meriah pada bulan November. Kebetulan pulak Kak Long, adik dan anak buah saya b’day pun bulan November … jadinya kita tumpang² lah menyebok sama

PB141324

Untuk majlis hari jadi kanak² … jemputan yang datang adalah sangat ekstrem ramainya. Hehehe … takde lah. Ini jemputan bacaan doa selamat oleh kaum² ibu. Meriah betul bila buat kenduri kendara kat kampung. Nampak tak semua jemputan makan dalm dulang? Makcik saya, Mak Ngah, yang tolong prepare nasi ambeng nih [huhuhu tak sure camner spelling nya]

PB141328

Itu Mak Ngah saya. Bab masak kenduri memang serah kat dia. Mak saya dah letak jawatan. Mak Ngah adik mak saya. Mak saya sulung. Mak saya buat keje jugak …

PB141335

Mak saya tak bagi orang lain susun lauk dalam dulang nih. Kitaorang buat semua salah. Chess … mak saya nih memang perfectionist. Kadang² geram dibuatnya. Ye lah mak … kitaorang susun dulang yang dah siap diisi jer. Sampai camtu sekali tak percaya kat kitaorang … hihihi

PB141333

Tadaa ! Ini la rupa nasi ambeng yang mak dah susun cantik lauk pauknya. Lauk²nya adalah : Ayam Masak Kicap. Mee Goreng, Serunding Kelapa, Sambal Goreng Jawa dan Ikan Kering. Daun pisang tu pulak huru-hara rupanya sebab makcik² jiran tetangga tak pernah buat nasi ambeng. Jadinya diaorang tolong lap² daun pisang tu tapinya disiat² macam nak bungkus nasi lemak. Penat la kitaorang operate daun tu pakai lidi. Sambung² macam tikar dah jadinya

PB141330PB141332PB141337

Ini la jelmaan Anita Sarawak. Main lari² dengan meriah lepas tu jatuh tersembam kat lantai. Amik obat. Seronok sangat sebab ramai kawan. Main sampai tak hengat dunia … melalak mengalahkan baby girl. Hehehe

PB141346

Kan … kanak² yang ramai … ini baru separuh. Ada yang tak masuk frame sebab sebok main. Happy jer semua. Kek tu sekejapan jer licin. Nasib baik lah sempat jugak merasa hujung² piring. Ok lah jugak dari tak dapat rasa langsung

Baiklah … itu saja cerita ‘Orang Kampung’ celebrate b’day. Lagi hebat dari ‘Orang Bandar’ kan ?

yumiko

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...