:: Susu Ka Hantu Ka ? ::

PC062034

Hai … Saya Malliq, Malliq Rayyan
Baru berumur 2 tahun
Setiap pukul 8 malam, saya akan berangan nak ke skulah
Tapi Mak saya kata, malam² skulah tutup
Owh … saya ingat skulah bukak 24 jam
Skarang saya dah takmo minum susu
Nampak jer botol susu, saya akan terajang kuat²
Kadang² kena muka Mak saya
Tapi Mak saya sabar jer dengan perangai saya
Tak tau la …
Tapi saya memang menyampah tengok botol susu tu
Ok lah saya nak pegi skulah
Bye²

Skarang budak kecik nih bukan main garang. Sejak balik dari Makassar aritu perangainya lain macam sikit. Bila dicheck² … ter’tegur’ dan hilang semangat. Dah bawak berubat 2 kali … ada la kurang sket. Kalau tak, memang kejenya nak belasah orang jer. Ada sekali tu siap dia leh terajang saya. Sabar je lah

Bila hal tertegur nih jadi, tetiba plak dia takmo hisap susu. Padahal, dia lah johan botol susu. 4 kali sedut dah habis. Memula lepas balik tu laie teruk. Minum susu pun takmo, makan pun takmo. Berat dari 15kg, skarang ada la kot dalam 10-11kg jer. Tulang jer … Nasib la 2-3 menjak ni ada selera nak makan. Tapi, nampak botol susu jer…meraung² cam nampak antu. Erk … menda alah tu dok kat botol susu ke ek ?

Saya jadi mak, dah tentu la sangat risau pasal budak nih baru la 2 taun dah takmo menyusu. Haih … pening pala jer. Susu kotak Dutch Lady tu pun tengok angin jugak … kadang pun takmo. Sudahnya minum jer air kosong atau Vitagen @ Yakult

Memang dia takmo minum susu ke atau nampak menda tu ke atau masalah lain ? Sila bagi komen …

yumiko

Comments

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::