:: Hari Tuakan Mak Ayah ::
Sebelum sambung citer holiday Makassar, saya nak letak dulu cerita pasal Hari Tua si Malliq Rayyan yang kedua ! Yeay … anak bujang saya sudah pun dua tahun. Tapi kalau secara fizikal … dia berumur 4 tahun [ikut saiz baju]
Dekorasi yang simple saja. Maklumlah, buat secara kecil²an saja. Hanya family, jiran dan kawan² rapat. Yang lain bukan tak mau ajak, nama pun buat kecil²an. Saja meriahkan suasana. Taun lepas laie kecil, sebab buat last minute. Taun ni Alhamdulillah, ada rezeki lebih sikit
Penuh juga meja kecik saya. Saya masak nasi dagang ikan tongkol, mihun goreng dan cucuk² sosej ngan filamen ketam tu. Pizza Hut RM1 saiz 6” tu tukar dengan Hot Ticket … ada la 3 biji. Muffin kiwi dan air mata kucing untuk memaniskan mulut lepas makan
Saja nak tayang menda nih. Hehehe … nampak cantik jer susun muffin kat tetingkat nih. Dah lama teringin nak beli, jumpa kat Ikea terus kebas tak pikir panjang. Memula teringin nak beli Wilton nyer cupcake stand, tapi lebih baik beli yang jenis pinggan camnie sebab tak terhad pada cupcake saja. Dan murah 2 kali ganda dari harga Wilton. Sangat berbaloi
Tadaa ! Ini la kek b’day nya. Kek yang diorder last minute juga. Memula ingatkan nak buat sendiri tapi tak sempat la dengan nak masak, nak mengemas umah … mana dan nak deco kek segala. Ini kek blueberry 2kg … Saja order yang besar, sebab nanti orangnya ramai. Memula minta deco Elmo … tapi tokey kek kata tak sempat. Saya kata, ok lah buat saja deco rainbow warna-warni gitu. Hasilnya sangat comey ! Kena plak ngan warna deco kat dinding belakang tu
Budak² geram jer ngan kek nih. Warna² yang sungguh tempting. Biasalah kanak² … ramai juga yang berebutkan ladybugs kat bebawah tu. Hahaha … sudah confuse lah sapa punya b’day. Nampaknya si cermin mata sudah rampas kuasa gara² b’day boy masih tak paham apa itu birthday. Tak kisah la tu
Birthday boy sudah comot. Baju hadiah b’day yang dirembat di Trans Studio, Makassar. Harga baju tu Rp 259.000 tapi dapat diskaun Rp 159.000 gila mahal tapi boleh la … buat buah tangan dari Makassar
Penuh juga la rumah saya. Dalam gambar nih, ada 2 family yang menyorok belakang sofa tu. Lebey kurang ada 9 orang duduk kat belakang sofa tu. Hahaha tak percaya? Anak kawan saya tu kecik² laie, ada 5 orang. Masuk dia ngan hubby dah 7. Lepas tu ada makcik yang jaga Malliq ngan anak dia, cukup la 9 kan?
Terima kasih kerana sudi datang. Sebelum pulang … sila bawa goody bag ! Malliq yang isi semua beg dan susun tepi tingkap. Dah pandai anak mak ni … tapi mesti lah mak tolong jadi mandur. Taun depan camner la pulak. Harap diberi kesempatan untuk tengok Malliq membesar … Mudah²an
Comments
Post a Comment