08 December 2010

:: Percutian Seberang Laut ::

Yeay ! Akhirnya misi percutian yang memerlukan kapal terbang tercapai. Saya pernah naik. Incek Jaque dan Malliq tak pernah naik. Itu yang excited over-acting sket … hahaha

Kami ke mana?

 

Yeah baby ! Makassar. Ini lambang rasmi Kota Makassar. Sekali Layar Terkembang, Pantang Biduk Surut Ke Pantai. Dasat betul cogankata. Hoho … ini 1st time saya sampai Indonesia. Susah juga nak paham bahasanya sebab sini tak ramai pelancong Malaysia. Diaorang tak biasa nak komunikasi ngan orang Mesia. Kebanyakkan masa kami cakap macam ayam ngan bebek. Hahaha bebek tu itik la

PB261496 PB261498 PB261501

Kami pergi 2 family. Family saya dan family ipar saya. Yang sengeh nampak gigi berbaju cokelat tu lah Kak Iz. Biras saya yang kaki masak tu. Masa ni kat LCCT. Biasa lah si Malliq, mana la dia mau duduk dalam stroller. Saya belum apa² laie dah rasa penat melayan budak kecik nih

Nota : Kalau nak pie mengembara i.e. jalan jauh … tunggu la anak tu dah besau sket. 4 taun ke atas lah advisable

Sebab : Kecik sangat tak ingat apa pun … dan jenuh la nak mententeramkan jiwa budak kecik meragam dan tak berapa nak paham bahasa. Saya sudah banyak kali naik angin sama ini budak kecik. Sangat mencabar kesabaran

PB261507

Ini muka bosan + gemuruh. 1st time mau naik aeroplane. Nama jer duduk sekangkang kera dari airport. Hari² dok tengok kapal terbang lalu atas umah. Pegi toilet ntah baper kali dah mamat nih. Hehehe

IMG_2377 PB261510

Alhamdulillah. Selamat masuk dalam perut kapal terbang. Malliq super happy … owh. Dia tu happy manjang. Taunya nak berlari ajer. Super-Duper-Hyper-Active-Radioactive ini budak. Duduk diam secara sopan selama 5 saat adalah mustahil. Berperang nak pakaikan seatbelt. Belum sempat take-off tetiba mamat nih terlelap plak. Penat sangat la tu

PB261521

Tido skarang nak style letak tangan kat belakang kepala. Pastu nak selit jugak bawah ketiak mak. Nasib baik jugak la sepanjang² perjalanan dia tido. Kalau tak mau huru-hara macam kapal terbang kena hijack ! Tidak … tak sanggup mak oii. KUL ke UPG [Ujung Pandang] makan masa lebey kurang 3 jam 10 minit. Untuk menenangkan hati … mari kita makan !

PB261515 PB261517

Saya makan nasi briani. Incek Jaque makan nasi goreng ngan sate. Malliq pulak nasi lemak Pak Nasser. Tapi sebab Malliq tido … kami la yang bedal makanan dia. Membazir kalo tak makan. Kalau booking flight tiket … jangan lupa pre-order meal sekali. Rasa pun sedap juga … takde la rasa tak tergamak nak telan

PB261526 PB261528
PB261529 PB261530

Kat Mesia hujan … kat sini pun hujan juga. Yahoo … sudah nampak tanah. Kawasan yang banyak sawah padi. Tapi ini kawasan luar daerah. Masih banyak kehijauan … very the go green scenery. Sangat tenang. Saya suka … sejuk jer mata memandang

PB261531

Selamat mendarat di Airport Sultan Hasanuddin. Nak ke bandar jauhnya 30 minit. Macam Sepang ke KL jugak la. Airportnya agak besar juga. Saya tak pernah ke airport lain dalam Indonesia, jadinya tak dapat nak compare. Tapi nak check-out makan masa dekat 45 minit jugak sampai Malliq dah meroyan rimas ! Akhirnya kami galakkan dia melalak kuat² ! Meraung memang sangat horror ! Baru la si imigresen tu nak gerak cepat sikit. Gila kau berdiri depan kaunter yang tak ramai orang tu dekat 1 jam. Sangat tak best sebab kami dah berlengas² !

PB261532 PB261534 PB261536PB261538 PB261539

Lepas dah selamat dapat beg … kami pun pergi cari hotel. Yups … kami nih ala² backpacking. Kebetulan pulak kat bandar ada function kerajaan. Haiyo … berpeluh jugak la agen tu nak carikan hotel untuk kami. Yang tepi laut suma sudah fully booked ! Selit² dapat la kat Quality Hotel. Satu hari Rp 300.000 Ok la kot ? Hentam sajalah … takkan nak melepak kat masjid plak

Juga engage satu supir untuk bawak kami semua ke hotel. Harga supir Rp 150.000 Masa nih dah tak kira dah. Mana yang dapat kita kebas saja lah. Tak larat dah sesangat. Bebudak pun dah huru-hara. Nampak tak Malliq mencangkung kat dalam gambar kat atas tu ? Itu dia sedang yak² … memang sangat huru-hara dah

PB261543

Ini la hotel kami. Amik gambar dari dalam van saja. Dalam van tu jugak kitaorang tukarkan pampers si Malliq. Nasib baik sikit jer. Lega nampak hotel kelabu-merah nih. Masuk² jer lobby sangat terkejut ok. Penuh gila umat manusia tengah makan, hisap rokok, melepak dan bersidai² kat lobby. Gamba tak amik sebab semua tengah pandang kitaorang cam alien masuk kampung. Hahaha … tapi yang bestnya, sedang melepak² tercangak² tak tau hala tuju disamping sesak nafas ngan asap rokok merata² … tetiba datang sedulang air oren

“Ini apa ?” … “Air pak” … “Untuk siapa ?” … “Untuk bapak” … Hahaha macam tu lah lebey kurang perbualan abang ipar saya dengan waitress tu. Lawak betul. Memang terkejut sebab tak dapat nak berpikir langsung masa tu tetiba plak dapat air oren. Sejuk dan sedap pulak. Memang kena la ngan tekak gersang masa tu

Dapat jer bilik terus … Mandi ! Lepas tu terus turun makan. Harga buffet makan malam tu Rp 35.000 Entah kenapa semuanya rasa sedap kat sini. Hahaha … hancur lah diet saya selama ni

PB261544 PB261545 PB261546 PB261547 PB261548

Selera betul … sebab dah kebuluran yang amat. Baru sampai tak tau mana nak tuju. Bedal je lah. Nasib baik rasa ok. Sedap² semua. Lepas makan, naik atas, lepak tengok TV … lepas tu membuta !

Huhuhu … itu la citer hari pertama kami pie bercuti ke Makassar. Lepas nih saya sambung laie yer. Daa . . .

yumiko

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...