:: Oz Down Under 2 ::

Aku terlupa nak citer satu kisah kelakar lepas jer kitaorang landing kat Sydney Airport aritu. Oleh kerana ketiga² peserta rombongan Cik Kiah nih tak penah la travel sendiri … kitaorang cam ikut jer la vontot orang. Mana nak amik luggage, mana nak bawa diri kuar dari airport. Memang la kanciong … cuak seih. Aku tak malu nak kata aku cam jakun sket, sebab ater nyer … memang tak penah la pulak aku naik plane

Oleh sebab akak aku lak ada kirim makanan, dalam beg kitaorang nih penuh la segala macam. Ada nasi himpit lah apa lah … so sebagai orang jujur la kan … pegi la nak declare. Sebab masa kat airport tu ada la sign kata kena declare kalo bawak makanan watsoever kan

Tengah kitaorang dok bongok² tak tau mana hala nak pegi tu … mak aku pun kengkonon la nak tanya pak guard kat situ mana nak pegi semua kan? Mak aku pun tanya la pak guard nih …

Hello sir, excuse me” mak aku la kata. Punya la bersopan ayat mak aku

Yer makcik, selamat pagi. Boleh saya bantu?”

Kah kah kah … cuba bayangkan Mat Salleh mata biru rambut blonde, tetiba cakap melayu slanga indonesia kat ko di Ostolia. Kitaorang terkesima kejap … lepas tu mak aku pun bantai la cakap melayu ngan pak guard nih

“Oh … makcik pegi masuk lorong merah di sana”

Hehehe … lepas tu mak aku tetiba dah syok pulak. Asik keje sengih jer manjang. Ye lah … cuak la jugak tak penah pegi buta² travel nih kan. At least 1st impression tu dapat layanan pleasant … kira takde la takut cam nak pie Amerika nun

Bila luggage kitaorang nak kena periksa, entah lah, rezeki kitaorang kot, orang yang patut check beg kitaorang yang seludup banyak gila makanan tu … tak check pun. Hahaha masuk jer dalam tempat scan x-ray tu then lepas jer. Kebetulan lak masa tengah scan bagai tu, tepon aku leh bantai lak berbunyik. Lagu tepon aku masa tu aku letak ~ Perhaps, perhaps, perhaps by Cake. Diaorang kat airport tu leh bantai nyanyi dan joget² to the music. Haru betul … pehtu dia pesan, dah kuar dari tempat scan nih baru on handphone ye … aku iyer kan aje lah. Senyum je la. Nasib baik la tak kena maki ke apa …

- - - Ok sambung citer lepas naik bas pulak - - -

Bila jer bas selamat landing kat Jolimont Centre, ex-abang ipar aku dah sedia menunggu kitaorang. Thanks to Maxis Roaming yang excellent, coverage memang tip-top tapi rate agak mahal sket lah. So, dari Jolimont Centre, kitaorang dibawak la ronda² Canberra. Masa kitaorang sampai tu … pergh! Akak aku lupa nak pesan yang masa tu dah masuk winter. cakap pun mulut nih kuar asap … sejuk nak mampus. Haru betul!

DSCN0111 DSCN0112 DSCN0116

See … all the kelabu asap nyer view? Memang freezing! Masa nih naik Mount Ainslie. Dari sini buleh nampak 360 degree of Canberra. Tapi kitaorang tak nampak apa cuz of the kabus

DSCN0118

Ini la keta yang dibeli kat sana … kalo tak silap 6K kot? Eh long … correct me yar?

P3190144

One for the album under a freezing tree
Me, Mak and Iwan

Lepas Mount Ainslie, kitaorang turun la bawah dan meronda lak pulak sekitar town centre. Naik keta tak pasang air-cond … of course lah sebab sejuk gaban. Bukak la tingkap. I’d noticed something about the air … ianya sangat fresh! Heavenly lah bila sedut napas kat sana … laie satu udaranya saturate ngan bau pokok. Memang sangat nyaman …

P3190151 P3190150

Ini kat depan Australian War Memorial yang letak kat atas bukit dan menghadap Anzac Parade

Lepas dah abih ronda² … balik la ke umah akak aku yang terletak kat Streeton Drive. Very nice neighbourhood. Tak jauh dari town, takde la solok sangat … akhirnya dapat gak rehat menghilangkan kepenatan … Kitaorang ke mana lepas nih? Tunggu je lah …

Masih jetlag,

 

Previous Post :

Info Travel :

Murrays 61 Seat Luxury Coach

Ini ler bas yang kitaorang naik dari Sydney to Canberra. Comfy la jugak

Air Conditioned
Reclining seats with seat belts
Toilet, TV/Video, Air Suspension

Bus & Charter Coach in Sydney, Canberra, Brisbane, Melbourne and Gold Coast

More info visit : http://www.murrays.com.au

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Amalan Mengandung

:: Lauk Senang ::

:: Siaran Tertunda ::